BAB 11

Romance Completed 7750

Doktor Halim Ho memerhati dari jauh kelibat lelaki bernama Mikael Ahmad yang sedang menggaru-garu kepala dengan laju. Tanpa sedar air mata doktor itu berguguran kerana mengenangkan nasib malang dalam hidup Kael.

Dan dalam masa yang sama, orang yang dicintai oleh doktor itu telah pergi buat selama-lamanya. Allayarhamah Nurul tidak pernah tahu akan kecintaan itu.

Perasaan itu wujud setelah doktor itu memeluk agama Islam dan dia juga benar-benar tertarik pada Islam setelah pendekatan diberikan oleh Nurul. Kebaikan Nurul serta hidayah daripada Allah telah membuka pintu hatinya untuk memeluk agama suci itu.

Hakikat kehilangan itu, Kael pula tidak dapat menerima kenyataan. Akibat daripada itu, kewarasan fikiran mula hilang setelah dia serba salah secara kritikal dan menganggap dialah punca sebenar kematian Nurul dua minggu yang lalu.

Emosi Kael terganggu menyebabkan tahap mentalnya tidak stabil. Dan akhirnya, Kael ditempatkan di hospital sakit mental. Daripada seorang pemalu, berubah kepada seorang yang gemuruh dan tidak mampu bersabar membuktikan bahawa akal yang sudah dipengaruhi nafsu akan menjerumus seseorang ke dimensi yang mengancam kewarasan.

Betapa nipisnya iman Kael dan betapa dia menurut kata hati sehingga membinasakan segala-galanya.

Doktor Halim Ho mendoakan agar roh Allahyarhamah Nurul ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Sesungguhnya hidup ini akan bertemu dengan mati dan setiap orang MESTI mati.

Tiada seorang pun yang akan terlepas daripada kenyataan itu. Dalam masa yang sama, seorang doktor juga mengharapkan keajaiban akan berlaku agar Kael kembali pulih seperti sedia kala, Insya-Allah.

Hanya Allah yang Berkuasa di atas setiap ciptaan-Nya dan Dia juga yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience