BAB 8

Romance Completed 7750

"Hello, awak ada dekat mana ni?"

"Atas bangunan."

"Bangunan? Buat apa atas tu?"

"Sedia nak lompat." Balas Kael.

"What?!" Nurul menggelabah. Sepatutnya Kael muncul selepas ke tandas. Terlalu lama ditunggu, batanng hidung Kael pun tak nampak. Oleh itu Nurul menghubungi Kael bertanyakan lokasi. "Awak jangan nak bergurau." Nurul seolah-olah tidak mempercayainya.

"Saya tak bergurau." Serius bunyi suara Kael.

Nurul memikirkan bagaimana caranya untuk ke tingkat paling atas bangunan pusat membeli belah ini? Kael mahu bertindak di luar kewarasan. Itu kerja gila!

Nurul panik.

Dan dengan pantas dia masuk ke dalam lif ke tingkat paling atas mencair kelibat Kael. Benarkah dia nak bunuh diri? Nurul tidak henti-henti memikirkan hal itu dan peluh mula terbit dari liang-liang romanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience