3: MONSTER

Romance Series 17585

"CIK Dahlia! Report untuk hari ini." Aina namanya. Dipercayakan oleh Dahlia sebagai manager. Store sudah selesai ditutup, dia pun naik ke ofis Dahlia untuk menyerahkan laporan.

"Oh, ya. Terima kasih! Nak balik dah ke?" soal Dahlia.

"Aah, nak balik dah, Cik! Cik Dahlia tak nak balik lagi ke?"

"Belum lagi. Saya nak kena membuat semakan dulu. Banyak komplain hari ini dari customer. Barang tertukarlah, tak cukuplah," luah Dahlia.

"Maafkan saya, Cik Dahlia! Staf baru yang dua orang tu dia masih tak berapa faham." Aina akui silap.

Dahlia mengeluh pendek. "Iyalah, tak apa. Tapi awak tolonglah diorang, ya. Ajar dia orang betul-betul. Pesan jangan silap lagi. Masak saya nak kena cover ganti rugi banyak macam hari ini."

"Baik, Cik Dahlia. Lain kali saya akan lebih berhati-hati. Saya minta diri dulu."

"Iyalah, jumpa esok."

Aina sudah beranjak dari hadapan Dahlia. Nampaknya hanya tinggal Dahlia seorang saja di bangunan ini belum mengangkat punggung lagi. Store di bawah sudah ditutup oleh staf-stafnya dan kesemua mereka sudahpun pulang.

Dahlia mengeluh lagi di depan komputernya. Tak tahu pukul berapa siap sekejap lagi ni. Bukan tak biasa sebenarnya balik sehingga larut malam. Terutama bila tengah macam ni nilah. Dia boss, tapi dia yang kena balik lambat. Apalah nasib?

Gruk gruk gruk!

Itu bukan bunyi anak tikus di belakang almari. Tapi bunyi perut Dahlia yang sudah minta diisi. Kalau tak silap dia cuma sempat menjamah pavlova waktu breakfast, dan cappuccino di cafe tadi. Manakala tengah hari tak sempat nak isi perut lantaran terlalu busy.

"Nak makan apa eh malam ni?" Tak ada sesiapa yang bakal menjawap soalan itu sebab memang tak ada orang pun selain dirinya. Kalau tiba-tiba ada orang menjawap silap-silap Dahlia lintang pukang tak cukup tanah lari. Jangan cari pasal!

Sambil-sambil menghadap komputer, perutnya dipegang. Otak sudah memberi signal senarai makanan lazat yang dia hendak jamah buat menghentikan growl.

"Apa ada kat rumah eh? Rasanya lauk beku je semua. Lambatlah nak tunggu deffrost," monolognya lagi.

"Kalau singgah kedai makan, malas pula. Lambat nak tunggu order. Habis tu nak makan apa?"

Sekali lagi, tak ada sesiapa dapat menjawap melainkan dirinya sendiri. Kalau begitu, Dahlia perlu menyelesaikan kerjanya cepat-cepat. Perut ini sudah tak boleh dibawa berbincang lagi.

Jam pun dah lebih pukul lapan malam. Eloklah cepat-cepat bungkus. Bukan apa, kalau lambat-lambat dekat ofis sorang-sorang ni lain macam juga aura dia.

Sikit je lagi kan. Okeylah tu. Boleh sambung esok. detik hatinya.

Dahlia cepat-cepat mematikan komputer dan segera bergegas keluar. Tak lupa pintu ofis dikunci, begitu juga dengan grill. Keselamatan tetap menjadi keutamaan.

Sepasang kakinya longlai diseret menuju kereta. Honda CR-V putih yang baru dibeli enam bulan lepas telah menanti dirinya masuk.

Berkelip-kelip lampu kenderaan itu begitu dia sudah mendekat. Dahlia segera meloloskan diri masuk ke dalamnya. Perlahan-lahan kenderaan untiliti sukan itu mula bergerak meninggalkan tempatnya berjemur seharian.

Memandu sudah hampir tiba di kawasan rumah, tapi Dahlia masih tak tahu mahu makan apa. Dia mahunya yang cepat siap dan tak perlu menunggu lama.

Sebelum masuk ke kawasan rumah, Dahlia perlu melalui barisan kedai tak jauh dari kediamannya. Dia terfikir mahu cari makanan di situ. Tengoklah kejap lagi apa yang ada.

Huh! Lepas melintasi satu persatu kedai, akhirnya hanya kedai serbaneka 24 jam sahaja yang menarik perhatiannya. Dah itu je yang ada. Dahlia pun parkir kenderaan di depan kedai tersebut.

Dalam kepala hotaknya cuma terfikir Maggi pedas giler. Harap-harap stok tengah ada. Buatnya tengah habis memang tak makanlah dia. Dahlia pun masuk.

"Ugh!"

Brutal betul tolak pintu kaca tu. Dahlia sampai termundur dek kerena terkejut. Nak masuk 7e pun kena ganas-ganas macam tu ke? Dahlah tiba-tiba je muncul.

Orang itu tertahan di pintu lalu menjeling Dahlia. "Terhegeh-hegeh nak masuk. Tak tahu ke orang nak cepat?" semburnya.

Eh, tiba-tiba pulak. Nak masuk dulu masuk jelah. Kenapa nak berebut dengan orang? Haish! Pelik-pelik je orang sekarang ni.

Lelaki itu masih berdiri menahan pintu. Tadi kata nak cepat sangat.

"Hei, kau bukan yang tadi dekat parking tu ke?" Lelaki itu meneka.

Dahlia kerutkan kening. Mana dia nak cam. Tadi lelaki itu tutup muka dia dengan helmet. Sekarang dah tak pakai helmet. Tapi kalau tengok dari postur badan dan pakaian dia, memang macam orang yang tadi. Dengan jacket kulit hitam dia. Dengan jeans dia. Tak syak lagi, ini si lelaki monster tadi tu.

"Oo, yang kecoh pasal parking tu eh?" teka Dahlia.

Lelaki itu merengus. "Kali ini aku tak akan bagi kau peluang cross line aku lagi. Aku masuk dulu," katanya. Terus pintu ditutup.

Eh eh, boleh pulak macam tu? Cis, macam budak-budak. Dahlia mengeluh lalu menyusul masuk. Nak masuk 7e pun kena ada scene dramatic dulu ke? Penat, penat!

Kaunter mi segera langsung didapatkan. Dahlia hanya mengambil sesuai keinginannya saja. Malas nak lama-lama memandangkan ada lelaki monster tadi tu kat dalam ni. Ambil apa yang perlu, bayar dan keluar segera. Dahlia lalu segera bawa barang yang diambilnya ke cashier untuk dibayar.

"Aku letak dulu!"

Kuss semangat! Ish, ada lagi dia ni. "Eleh. Siapa juga nak berebut?" getus Dahlia.

"Ini bukan soal berebut, tapi soal attitude. Orang yang lebih dulu sampai, dia yang di depan," katanya.

Dahlia gulingkan anak mata. Dia ingat orang ni benak sangat ke sampai tak tahu semua tu? Malas nak layan, biarkan je dia. Bukannya banyak pun barang dibelinya. Air Coca-Cola kecil je.

Orang itu masih menjeling Dahlia. Nampaknya masih tak puas hati gara-gara kes parking tadi. Tak sangka boleh terjumpa di 7e pula. Mungkin ini cara dia nak balas dendam pada Dahlia barangkali.

"Ceh! Beli makanan pedas. Tak sayang perut," sindir lelaki itu. Ternampak barang yang Dahlia pegang.

"Suka hatilah! Perut saya, bukan perut awak." Dahlia melawan.

"Huh! Nanti dah kena appendix baru tahu," tambahnya.

"Ish, ketepilah! Orang pun nak bayar jugak. Dahlah minum Coca-Cola. Tak sayang buah pinggang ke?" Dahlia pulangkan paku.

"Suka hatilah. Buah pinggang aku, bukan buah pinggang kau." Dia terus blah usai memulas rakus penutup botol Coca-cola.

Lega hati Dahlia bila lelaki monster itu sudah keluar. Orang nak membayar kat kaunter pun tak senang.

Akhirnya selesai juga urusan membeli mi segera. Aih, macam-macam hal. Nak beli mi segera pun banyak drama. Ingatkan dah malam ni amanlah hidup Dahlia. Iyalah, dah seharian hadap masalah. Rupanya nak balik rumah pun kena hadap benda macam ni jugak. Apalah nasib kau hari ini, Dahlia?

Cup mi segera dicampak saja ke seat sebelah. Dahlia pun masuk, sedia mahu memandu keretanya.

Vroom... Vroom...

Terpaksa Dahlia menoleh ke sebelah lagi. Eh, ada lagi si monster ni. Ingatkan dah ghaib. Sempat dia menyelitkan motornya masuk ke sebelah kereta Dahlia.

"Apahal? Tak puas hati lagi?" cabar Dahlia. Cermin tingkap sudah diturunkan.

Helmet hitam yang sudah menutupi wajah dibuka visornya. Lelaki itu melirik dengan matanya yang garang tanpa berkata apa-apa.

Tak kuasa Dahlia nak layan. Cermin tingkap segera dinaikkan semula. Dia perlu segera beredar dari tempat itu secepatnya. Pandangan lelaki itu membuat dia rasa tak selamat. Memang macam monster betul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience