Rate

BAB4

Romance Series 1512

Lisa berasa pelik kerana semua pelajar sudah mula rapat dengannya tetapi 'jejaka korea'nya masih belum menegurnya sedangkan sudah dua minggu dia memulakan pelajaran di sekolah itu.
Ketika pulang dari sekolah lisa ternampak putra mengayuh basikalnya dengan laju dan lisa berasa pelik,
"hmm sebelum ni aku tak nampak dia pun lalu dekat kawasan ni?"soal lisa.
Tiba tiba tayar basikal putra pecah dan hilang kawalan lalu jatuh.
Lisa yg terkejut terus mengayuh basikalnya dengan laju kerana mahu menolong putra.
"kau tak apa apa ke?"tanya lisa setelah melihat putra terduduk dan memegang kakinya yg berdarah dan sakit itu.
"tak apa aku okey"kata putra kerana dia berasa malu.
"rumah kau kat mana?"lisa bertanya lagi.
"adalah rumah aku jauh lah kau balik je la!"putra tidak mahu menyusahkan gadis idamannya itu.
"hishh tak boleh jadi nih"lalu lisa berjalan menghampiri putra dan mengangkatnya dengan perlahan lahan.Putra mahu menolak tetapi kakinya begitu sakit sekali.Lisa meletakkan putra di bahagian tempat duduk belakangnya dan dia meletakkan basikal putra di bawah pokok mempelam di tepi jalan itu lalu menunggang basikalnya.
"kau tahu ke nak bawa aku ke mana?"tanya putra setelah lisa memulakan kayuhannya.
"kau diam je,pandailah aku nanti"kata lisa yg menuju ke arah kawasan bandar.
"hmm baiklah!"kata putra dengan nada yg lemah lalu berpaut di badan lisa.
Lisa tergamam apabila putra memeluk pinggangnya dengan erat lalu dia meneruskan perjalanannya...
Setibanya di hadapan farmasi itu lisa memberhentikan basikalnya dan menoleh ke belakang melihat putra yg sedang tidur lena di belakangnya.
'hmmphh patutlah berat dia tidur rupanya!'rungut lisa di dalam hatinya.
"putra oh putra kita dah sampai!"lisa cuba mengejutkan putra.
Putra sedar lalu terkejut dengan apa yg dilakukannya tadi.
"kita buat apa kat farmasi ni?"tanya putra.
"buat apa lagi nak rawat luka kau la,pada mulanya aku ingat nak hantar kau terus tapi bila kau tak nak bagitahu rumah kau kat mana dan aku tengok luka kau tu teruk aku pun bawa la kau ke farmasi ni"tutur lisa.
Putra turun dari basikal lalu lisa masuk ke dalam farmasi membeli ubat dan pembalut luka.
Apabila lisa keluar dari farmasi itu dia terus berjalan menuju ke arah putra...
"Apa yg kau nak buat ni?" tanya putra apabila lisa mendekatinya.
"Aku nak balut luka kau la."kata lisa lalu putra mendiamkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience