Rate

BAB3

Romance Series 1512

*kringgggg!!!!
Kedengaran bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah tamat.
Kesemua pelajar masuk ke dalam kelas untuk belajar tetapi putra tetap berdiri di tepi koridor dan terus termenung mengingatkan hal tentang gadis yg dilanggarnya kelmarin.
"haishh mana la agaknya budak perempuan tu sekolah erk?kalau dia sekolah sini dah tentu tentu aku nampak dia."gusar putra lalu masuk ke dalan kelas kerana dia terlihat gurunya yg sedang meluru ke kelas mereka..
"eh,sekarang bukan ke waktu cikgu nazrah ke asal guru kelas kita yg masuk ni?"kata irene lalu memberi salam kepada guru kelas tingkatan 5 amanah iaitu puan asmah.
Setelah memberi salam dan cikgu asmah memberikan arahan kepada pelajar supaya duduk cikgu asmah memulakan bicara tentang tujuannya masuk ke kelas itu.
"harini kamu ada pelajar baru masuk ke dalam kelas kamu ni."
'pelajar baru?lelaki ke perempuan?dia duduk mana cikgu?' kedengaran suara para pelajar lelaki sedang sibuk bertanyakan tentang pelajar baru itu.
"ish kamu ni nanti dia datang kamu tengoklah sendiri!"marah cikgu asmah kerana anak muridnya menyampuk..
"putra kau rasa kalau budak baru yg masuk tu perempuan kau nak tak kawan dengan dia?"tanya irene.
Lamunan putra tersentak mendengarkan kata kata irene itu.
"mestilah aku kawan dengan dia,dia cantik daripada kau lah irene"kata putra kerana dia tidak mahu begitu rapat dengan irene kerana dia tahu yg irene telah lama menyukainya sejak pertama kali dia masuk ke sekolah ini.
"ha!,inilah pelajar baru tu."kata cikgu asmah.
Putra menoleh lalu berasa kecewa kerana pelajar baharu itu bukanlah gadis yg dia mahukan lalu dia menoleh semula ke arah luar tingkap.
"eh cikgu saya kawan dia je,dia ada kat luar,lisa!"jerit gadis itu memanggil kawannya.
"ye?"lisa menjenguk untuk melihat persekitaran kelas baharunya namun matanya terpandang susuk tubuh lelaki yg amat dia kenal iaitu 'jejaka korea!' desir hatinya.
"ha,kenalkanlah diri kamu dengan kawan kawan kamu dan duduklah di mana mana kawasan yg kosong ye sbb cikgu ada hal nak diuruskan dengan pengetua"kata cikgu asmah yg berlalu pergi membiarkan lisa terpinga pinga kerana tidak tahu untuk melakukan apa apa.
"haa lisa aku balik dulu yee sbb aku cuma teman kau sampai dalam kelas je,bye!"kata sofea kawan baik lisa lalu berlalu pulang.
"ehem ehem"lisa memperbetulkan nada suaranya kerana mahu memperkenalkan dirinya di hadapan kawan kelasnya yg baharu.
'aduh macam mana nih diorang semua tengok aku macam nak makan aku je kalau aku terus duduk tak boleh ke haa?'rungut lisa dalam hati...
"hai,saya irene ketua kelas 5 amanah,jadi siapa awak?kenalkanlah diri awak depan kami semua?"kata irene dengan wajah yg bengis.
"hmm baiklah nama aku lisa,aku baru ja pindah dari bandar ke kampung sri piandang nihh"kata lisa sambil menundukkan kepalanya kerana malu.
Putra yg mendengar segalanya menoleh melihat wajah pelajar baharu itu dan dia berasa terkejut lalu berdiri.
Lisa terkejut dengan tingkah laku lelaki yg digelar 'jejaka korea' oleh dirinya sendiri kerana dia tidak mengetahui nama lelaki tersebut.
"hoii perempuan,maksud aku lisa kau kena duduk sebelah aku sbb tempat duduk yg kat sebelah aku ni je yg kosong"kata putra tanpa ragu ragu.
Lisa mengangguk dan berkata baiklahh lalu duduk di sebelah putra.
Mereka saling mencuri curi pandang antara satu sama lain kerana malu untuk bertanyakan tentang diri masing masing...
Ketika waktu pulang dari sekolah,
*kringgg loceng tamat persekolahan berbunyi
Sekumpulan pelajar lelaki mengekori lisa yg berjalan berseorangan ke arah bilik guru untuk menghantar rekod dirinya...
Putra memerhatikan tingkah laku para pelajar itu lalu mengekori mereka juga..
Lisa dapat merasakan pelajar lelaki itu mengekori nya lalu dia berhenti dan menoleh ke arah semua pelajar lelaki itu dan bertanya,
"asal korang ikut aku ha?"tanya lisa.
"bila masa kitorang ikut kau haa?kau bukannya cantik pun kitorang nak ikut"kata amir iaitu ketua gangster a.k.a ketua para pelajar yg nakal.
"baiklah kalau kau tak ikut aku,tapi kalau kau nak ikut jugak aku tak halang tapi kau kena berhati hati lah ye"ugut lisa.
Kata kata lisa membuatkan pelajar lelaki itu berhenti mengekorinya kerana berasa takut tetapi amir tidak berhenti setakat itu sahaja lalu dia menarik tangan lisa.
Lisa yg terkejut dengan tindakkan amir terus menampar,menumbuk dan menendang amir sehingga amir pengsan.
"kan aku dah cakap jangan dekat dengan aku,korang degil kan?kalau nak jadi macam dia ni buatlah apa yg dia nak buat kat aku"kata lisa sambil memperbetulkan rambutnya dan berlalu pergi...
Putra terdiam dan senyum seorang diri kerana berasa bangga melihat seorang gadis yg mampu menjaga dirinya sendiri tanpa bergantung pada org lain lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience