Rate

BAB7

Romance Series 1512

Sembilan bulan berlalu begitu pantas hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi para pelajar spm akan mengambil peperiksaan yg amat penting itu...
Seperti biasa hubungan lisa dan putra berterusan sebagai seorang sahabat baik yg menemani ketika pergi ke sekolah dan pulang ke rumah,sahabat baik yg sentiasa ada dikala susah dan senang,itulah mereka berdua...
Ketika pulang dari sekolah,
"lisa nanti kita jumpa tau petang ni dekat bawah pokok mempelam yg ada padi tu tau"jerit putra dari jauh.
"kau tak nak balik dengan aku sekali?kau nak ke mana?"tanya lisa.
"aku tak dapat nak teman kau balik harini sbb aku nak ke aatu tempat,dah dah jangan banyak tanya kau pergi je balik dulu nanti aku balik lahh.."kata putra lalu berlalu pergi..
"hmm pelik!selalunya nak kemana pun dia akan ajak aku,tapi tak pa lahh dia ada hal kot"fikir lisa lalu pulang ke rumahnya...
Lisa menunggu di bawah pokok mempelam seperti yg dijanjikan oleh mereka untuk berjumpa itu,namun lisa telah lama menunggu kedatangan lelaki itu.Dia sudah biasa dengan perangai putra yg selalu datang lewat tak kira apa pun perkara.Angin dari sawah padi itu membuatkan lisa lebih tenang,beberapa minit kemudian muncul lah lelaki yg berjanji mahu berjumpanya itu.
"sorry sangat lisa aku lambat sbb aku tertinggal ni"putra memohon maaf sambil menunjukkan sebuah kotak yg dipegangnya itu...
"hmmm tak pe lahh aku dah biasa dengan perangai busuk kau tu...."rajuk lisa.
"alah sorry la"rayu putra
"ye ye aku maafkan kau,nasib baik kau ni sahabat aku yg terbaik!"perli lisa.
"ok kau nak tahu kenapa aku nak jumpa kau?"tanya putra.
"apa dia?"lisa mengangkat sebelah keningnya.
"kau ingat tak aku ada cakap sesuatu sembilan bulan yg lepas?"tanya putra.
"sembilan bulan lepas?ouh aku ingat yg masa tu first day kau teman aku ke sekolah kan?"cerita lisa.
"yup dan aku ada cakap yg aku nak cakap sesuatu dekat kau kan?"
"ha a kau cakap kau nak cakap lain kali tapi aku tunggu dah sembilan bulan tapi kau tetap tak bagitahu kat aku tapi tak apa lah aku tak nak paksa kau bagitahu kat aku pun"tutur lisa.
"sorry masa tu aku belum bersedia lagi lahh"kata putra.
"habis tu?kau dah bersedia nak bagitahu aku sekarang?"tanya lisa.
"yup,aku sebenarnya nak bagitahu yg sebenarnya aku suka dan jatuh cinta pada kau sejak hari pertama aku terlanggar kau.Mungkin aku yg langgar kau tapi aku rasa pada masa tu aku yg jatuh,aku rasa aku jatuh cinta pada kau,aku nak bagitaju perkara ni awal awal lagi tapi setiap kali aku cuba nak luahkan perasaan ni kau selalu buat aku tersenyum malu dan takut untuk aku luahkan rasa..."luah putra
"tapi putra aku belum lagi bersedia untuk mencintai kau,"kata lisa
"memang,memang kau belum bersedia,jadi aku nak bagi kotak ni kat kau,aku nak kau pandang kotak ni dan fikir tentang apa yg aku cakapkan ni,kalau kau dah bersedia untuk mencintai aku baru kau boleh buka kotak ni kalau tak kau kena janji dengan aku yg kau takkan buka selagi kau belum bersedia."kata putra sambil membuat jari pinky promise.
"baiklah aku janji"kata lisa lalu mengambil kotak itu dan berlalu pergi dengan perasaan yg bercampur baur.
Sejak dari hari itu mereka tidak bercakap dan berbual diantara satu sama lain dan mereka sering mengelak dari bertembung kerana terlalu malu untuk bersua muka...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience