Mereka merentasi sebuah hutan tebal lagi. Burung yang dinaiki mereka terbang merentasi pepohon yang besar, dengan bergerak ke kiri dan kanan untuk mengelak dari terkena dahan pokok yang berselirat.
“Lama lagikah?”kata Jocelyn. Natasha membuka peta dan melihat keberadaan mereka.
“Tak lama lagi,”kata Natasha. Mereka melihat burung di udara, dengan gigi tajam, diikuti fenomena gajah terbang yang mempunyai sayap seperti bidadari.
“Wow,”kata Joe dan Natasha.
“Kalau itu dibawa ke dunia manusia, segalanya akan huru-hara,”kata Alexa menduga. Jocelyn pula ternampak seekor katak yang juga mempunyai sayap di kakinya.
“Wow, tengok katak tu,”kata Jocelyn.
“Nampak luculah,”kata Natasha lalu ketawa terbahak-bahak.
“Hei kenapa kamu mengejek saya?!”kata katak itu, mendekati mereka.
“Hei tenang.. mereka baru saja menjejaki dunia kita,”kata Rejam. Katak itu bermasam muka, lalu turun ke tanah dan masuk ke dalam air kolam. Jocelyn bersyukur katak itu sudah pergi dan tidaklah diganggu oleh Natasha yang mencuba mengawal tawa dalam diri.
Mereka meredahi sebuah sungai yang besar dan sampai di gunung-ganang tinggi. Tidak lama kemudian, nampaklah sebuah istana besar, diperbuat dari permata berkilat-kilat. Mereka berhenti di hadapan istana itu. Kemudian, dua makhluk berwajah toyol dan berbadan boroi mulai mendekati mereka.
“Kamu siapa? Jangan datang ke istana ni bagi berjumpa puteri,”kata seekor makhluk uang matanya lebam.
“Kami hendak berjumpa puteri, demi cermin Magande,”kata Natasha tidak ingin membuang masa.
“Siapakah itu?”kata suara seorang wanita. Istana itu muat dengan saiz raksasa besar. Muncullah seorang wanita berambut panjang dengan mata yamg sayu kerana menangis. Badannya sungguh gemuk dan hampir tidak muat dengan gaun ketatnya.
“Kamu puteri Merelda?”kata Joe.
“Sayalah itu wahai manusia, mengapa kamu datang ke sini? Ini adalah masa tidak sesuai,”kata puteri itu yang mega di hadapan mereka. Mereka berempat terpaksa mendongak ke paras atas atmosfera bagi melihat wajah puteri itu.
“Mereka perlukan cermin sakti tu, puteri Merelda,”kata Markus terbang ke atas udara, menyamai kedudukan kepala puteri itu.
“Cermin? Cermin tu dah dicuri oleh Lauv!”kata puteri itu panik. Rejam memandang Markus, lalu Markus terbang ke arah mereka berempat.
“Kamu harus cari cermin tu,”kata Markus kepada mereka.
“Baiklah, siapa Lauv?”kata Jocelyn.
“Dia… raksasa berbadan besar, dia tinggal di bawah tanah,”kata Rejam.
“Kami tak boleh ikut kerana Lauv sangat kuat dengan ciptaan robotnya,”kata Markus.
“Apa perlu kami buat?”kata Alexa panik.
“Jumpa Lauv dan bercakap dengannya untuk memulangkan cermin itu?”kata Natasha.
“Adakah dia lebih kepada seorang pencuri terkenal berbadan besar dan suka tidur di mana-mana sahaja?”kata Jocelyn sehingga membuatkan Natasha mengeluarkan tawa kecil tidak terkawal.
“Hmm lebih kurang,”kata Rejam.
“Kamu perlu bawa kami ke Lauv itu,”kata Joe.
“Tolonglah,”kata Alexa. Rejam berpandangan dengan Markus dan mengangguk.
“Okay hanya membawa kamu ke sana, tapi kami tak akan bertembung dengannya,”kata Rejam. Markus terbang ke udara, ingin mereka semua mengikutinya. Mereka meredah hutan tebal sehingga sampai ke kawasan di mana, langit berubah warna menjadi hitam pekat. Tentu hendak hujan.
“Kawasan di sini selalu hujan gula-gula,”kata Rejam.
“Wow, gula-gula? Sound sweet!”kata Natasha.
“Yup, dan ianya boleh meletup,”kata Markus.
Hujan turun dan gula-gula melekat pada tanah. Natasha mengambil sebiji gula-gula. Setelah gula-gula dibuka plastiknya, tiba-tiba, ianya meletup!
Bom! Natasha bermuka hitam bersama rambutnya yang kusut.
“Kan saya dah cakap, jangan main-main dengan gula-gula hujan ni,”kata Markus.
“Itu dia,”kata Rejam, menunjukkan sebuah lubang pada tanah. Lubang itu begitu besar bagi mereka yang kecil. Batu-batu kecil dan besar disusun di tepi lubang, membentuk pagar di sekelilingnya. Rejam dan Markus akan tunggu di luar, sementara mereka berempat masuk bersama burung merpati itu.
“Dalamnya,”kata Jocelyn ketakutan, gayatnya muncul. Mereka memasukinya, lalu mendapati ada cahaya di dalam kegelapan. Burung itu membawa mereka memasuki sebuah dunia lain. Dunia dihuni oleh aksasa besar, sedang tidur di tepi kolam besar.
Di dalam kolam, ikan-ikan besar bermain dan melompat-lompat. Raksasa itu sedang tidur, berdengkur!
“Tentu itu Lauv,”kata Joe. Mereka mencari-cari cermin. Kemudian, ternampak suatu cermin yang berkilat, memantulkan cahaya ke arah mata mereka.
“Cermin tu di kaki raksasa tu,”kata Joe berbisik.
“Shuuu,”bisik Alexa.
‘Biar saya dan Natasha ambil cermin tu,”kata Joe, Natasha pun mengangguk. Mereka turun dari burung itu dan berjalan ke arah raksasa yang sedang tidur lena. Burung itu hinggap di tepi kolam, menunggu mereka berdua.
Joe mendekati cermin itu dan mencapainya. Kemudian raksasa itu bergerak-gerak dan hampir sahaja memijak Joe, nasib baiklah Joe mengelak dan sempat mengambil cermin itu dengan senyap-senyap. Natasha dan Joe berjalan ke tepi kolam dan seekor ikan melompat ke arah mereka. Natasha hampir sahaja menjerit.
“Shuu,”kata Joe, lalu menarik tangan Natasha naik ke atas badan burung merpati.
Mereka berjaya keluar dari lubang itu, bersama cermin besar di tangan mereka. Cermin itu seperti saiz mereka dan memerlukan dua orang untuk memegang cermin itu agar tidak jatuh dan pecah!
“Apakah fungsi cermin ajaib ini? Harap ianya boleh bawa kita pulang,”kata Jocelyn ketakutan, mengigillah badannya. Mereka berjaya keluar dari lubang dan menemui Rejam dan Markus. Mereka meredahi hutan luas, ingin kembali ke istana. Setelah sampai di istana, puteri dunia itu muncul, mengucapkan terima kasih.
“Kami perlukan cermin tu untuk kembali,”kata Joe. Puteri itu mengangguk dan memberikan cermin itu kepada Joe dan Natasha.
"Kamu buatlah hajat,"kata Merelda.
“Cermin ajaib, kembalikan kami ke bumi, dunia manusia!”kata Joe lantang. Cermin itu bercahaya dan keluarlah imej sebuah rumah dari cermin itu, kemudian, terpaparlah raksasa besar menyerupai Lauv dan memperlihatkan imej sebuah batu ungu.
“Apakah maknanya ini?”kata Natasha bingung.
“Nampaknya kamu ada misi,”kata Rejam, mengejutkan manusia itu. Hati mereka diterap persoalan, mereka hanya hendak pulang ke rumah!!!
Tiba-tiba
...muncullah suatu ayat dari cermin itu, membuatkan Markus dan Joe berpandangan.
“Batu ungu,”baca Joe dari cermin itu.
“Apakah maksudnya ini?”
“Okay mula-mula rumah kecil, berkayu, kemudian Lauv, kemudian batu ungu, adakah kamu tahu mengenai kewujudan batu ungu di sini? Bagaimana kami mencarinya?”kata Alexa. Mereka berempat terdiam, melayan persoalan misteri terpaku di fikiran.
“Sebenarnya, batu ungu bukan datang dari sini, tapi forest of demon,”kata Markus, benar-benar memeranjatkan mereka berempat.
“Adakah cermin ni suruh kami cari batu tu?”kata Jocelyn membuat andaian.
“Kemungkinan, saya rasa, dia hendak kita kalahkan Lauv dengan batu ungu tu, kemudian, temui seseorang di rumah kayu tu,”kata Rejam bijak memberi hujahan. Mereka berempat mengangguk, mata berair, hasrat untuk kembali ke dunia manusia terpaksa ditanamkan dulu.
“Kita harus cari batu tu!”kata Joe. Manusia itu berpandangan, lalu mengangguk.
"Adakah misi ini membawa kami pulang?"kata Jocelyn.
"Ya, saya yakin begitulah,"kata puteri alam itu.
“Kalau begitu, mari jalan sekarang!"kata Natasha.
“Tapi itu forest of demon, sungguh berbahaya,”kata Markus.
“Tapi kita tak ada pilihan,”kata Joe. Jocelyn mengeluarkan nafas yang berat.
“Itu dunia gelap!”kata Jocelyn, matanya terbeliak!
“Dengan pedang Timothy ini, kami yakin dapat mengalahkan demon yang cuba mengacau kita,”kata Joe yakin.
“Tak Joe, kamu tak faham, demon tidak boleh mati dengan pedang sahaja… kamu harus berhati-hati,”kata Rejam.
Jocelyn meminta Natasha membentangkan peta. Di situ, melalui jambatan, kelihatan landskap merah di kanan peta. Landskap merah itu begitu besar.
“Di manakah batu ungu tu Markus?”kata Alexa.
“Di dalam gua gunung,”kata Markus.
“Tolonglah kami, wahai pari-pari!"kata Jocelyn, tangisannya akhirnya meledak. Rasa simpati timbul dalam diri Rejam dan Markus.
"Baiklah..kamu... Sudah bersedia?"
Share this novel