Setelah hujan turun, datang pula musim kemarau. Matahari di langit memanaskan dunia itu melalui cahayanya. Mereka mulai melipat khemah untuk meneruskan perjalanan. Raul membawa botol berisi air dan memberikan itu kepada mereka berempat. Mereka minum dengan kelegaan di hati. Dapatlah juga mereka menghilangkan rasa haus sepanjang perjalanan.
“Mari bergerak, sebelum gunung berapi meletus lagi dalam tempoh dua jam,”kata Raul. Mereka berjalan di tepi gunung sehingga meredahi hutan tebal. Kemudian, terjumpa syaitan yang menunggu di luar gua. Syaitan itu merupakan raksasa besar dengan taring tajam keluar dari mulut, beserta tanduk seperti rusa. Dia mendekati mereka dengan gagahnya ingin menerkam mereka semua. Mereka mengelak. Raul mengeluarkan pisau dan melontarkannya ke arah bahu syaitan itu. Syaitan itu menjerit, riuh rendahlah hutan itu!
Mereka menutup telinga kerana bunyi itu menyakitkan telinga mereka. Pari-pari membentuk lingkaran cahaya dan memerangkapkan raksasa di dalamnya. Syaitan itu bergelut dan akhirnya seluruh badannya diikat dengan ilusi tali dari cahaya. Raul mengeluarkan senapang dan menembak syaitan itu dengan 10 tembakan ke arah kepala dan perut. Syaitan itu terjatuh, lemah memasuki gaung dalam.
“Huu berjaya!”kata Joe yang berselindung di sebalik batu, bersama mereka bertiga.
“Mari masuk, sebelum demon lain datang,”kata Raul. Gua itu dipenuhi kelawar yang memijak-mijak kepala mereka semasa terbang keluar dari gua. Di dalam gua itu, sungguh gelap. Sebab itu, pari-pari membentuk cahaya terang dari tangan kecil mereka.
Di dalam gua itu, gaung yang mengandungi lava dilihat mereka. Di tengah-tengah gaung itu, terdapat asap putih terbang mengelilingi sebuah batu ungu, bersinar dan nampak berkuasa.
“Itu batu ungu tu!”kata Jocelyn lantang menyebabkan asap putih itu datang ke arah mereka.
“Haha, kamu ingin mencuri batu itu? hahahah!”kata seorang wanita berbadan kurus timbul dari asap putih itu.
“Hati-hati, dia sangat licik,”kata Raul cuba berundur diri di hadapan mereka berempat, menyebabkan mereka berempat pun berundur.
“Berikan kami batu tu!”kata Natasha berani.
“Manusia sangat tekad,”kata syaitan wanita itu tersenyum, mengeluarkan lidah ularnya.
Raul mengayunkan pedang ke arah syaitan itu, namun syaitan itu berubah menjadi asap putih yang mengelilingi Raul. Raul hampir sahaja terjatuh ke gaung kalau bukan Joe menarik tangannya.
“Ok saya dapat kamu,”kata Joe, lalu membawa Raul ke tepi dinding gua.
Asap putih itu datang ke kaki Raul dan menariknya.
“Arrgg!”kata Raul terkial-kial mengerakkan kakinya agar tidak ditarik. Alexa, Jocelyn dan Natasha membantu Joe sehingga Raul berjaya naik ke atas tanah gua.
Asap putih itu berbentuk pedang dan menikam Raul di bahu.
“Argg!”Raul mengerang kesakitan. Joe cepat-cepat mengambil pedang Raul dan menikam syaitan itu yang sedang berubah menjadi wanita cantik. Wanita syaitan itu ditikam dan jatuh ke dalam gaung dalam, yang mengandungi lava.
“Arrh!”suara jeritan syaitan itu kedengaran.
Alexa dan Jocelyn membawa Raul duduk di tanah, dengan darah meleleh deras dari bahu Raul.
“Tak tak, kamu harus selamat,”kata Jocelyn risau.
Pari-pari terbang ke arah batu ungu, membawanya pergi ke tangan Natasha. Batu itu berkilau dan terbang di udara seakan-akan mempunyai sayap halimunan. Dia terbang ke arah Alexa dan pergi ke dada Alexa untuk menjadi abu kecil berwarna ungu. Abu kecil ungu itu masuk ke dalam badan Alexa.
“Apa yang berlaku?”kata Alexa dengan cahaya di sekelilingi badannya.
“Batu itu... Masuk ke dalam badan saya,”kata Alexa lagi, membuatkan mereka bertiga ternganga.
“Kamulah orangnya!”kata Natasha.
“Ingatkah rumah kecil tu, itu rumah kamu!”kata Natasha lagi cuba mengingati rumah kecil berkayu yang ditunjukkan oleh cermin.
“Dan Lauv?”kata Jocelyn.
“No idea, kemungkinan Lauv mempunyai cara untuk kita pulang atau memusnahkan dia? Saya tak ada idea,”kata Natasha lagi.
“Ok apa kena-mengena rumah saya dengan Lauv dan batu ni?”kata Alexa tertanya-tanya.
“Batu ungu, bererti hati kamu, Lauv bersikap licik dan jahat, kerana mencuri cermin Magande itu, rumah pula bermaksud kita pulang ke dunia manusia,”kata Joe.
“Kemungkinan, saya setuju dengan Joe,”kata Jocelyn.
“Adakah ini bermaksud kita patut berjumpa Lauv dan menanyakan dia bagaimana kita pulang?”kata Alexa bingung.
“Kemungkinan, mari cuba tu,”kata Joe bijak.
“Ok , kita kena bawa Raul ke bawah tanah,”kata Jocelyn.
“Tak tak, bawa ke Blue Fairy Garden, Neut mungkin dapat bantu,”kata Alexa.
“Mari pergi,”kata Joe. Raul masih ingin berada di gua itu kerana menyuruh mereka berjalan dahulu. Permintaannya ditolak oleh Alexa. Dia ingin memimpin Raul yang kesakitan bahu itu. Mereka meredah kaki gunung yang berhutan tebal dan seterusnya sampai ke sebuah padang besar yang berumput kering kerana kemarau. Ketika itu, bergerimis.
“Nasib tak lebat,”kata Jocelyn. Lama-kelamaan, mereka sampai ke sebuah jambatan putih kerana salji datang menebal di situ. Mereka keluar dari portal dan kabus menemani mereka sambil menyeberang jambatan itu. Di tengah jambatan kelihatan seorang wanita cantik, menampakkan kakinya yang panjang, serta berkuku tajam. Dia seakan-akan menjaga portal dunia gelap itu.
“Kamu siapa?”kata Alexa. Wanita itu tidak menjawab sebaliknya mengeluarkan skrin maya di tangannya, menunjukkan mereka akan Lauv yang memusnahkan istana puteri Merelda.
“Saya tahu kamu ingin pulang, tapi puteri Merelda di Blue Fairy Garden dibunuh oleh Lauv, adakah kamu ingin balas dendam?”kata wanita itu dengan rambut putihnya seputih salji.
“Kamu ingin menghalang kami?”kata Joe.
“Tak, bagi saya lelaki yang luka tu dan saya benarkan kamu pergi,”kata wanita itu lagi.
“Tak, dia membantu kami!”kata Alexa.
“Ok kalau begitu, kita bermusuh!”lalu wanita itu berubah menjadi ular besar. Alexa mengeluarkan cahaya ungu dari tangan, membentuk ikatan memerangkap badan ular. Natasha dan Jocelyn, memegang Raul dan berundur. Joe di belakang Alexa sedang memegang pedang Timothy. Setelah ular terhempas di jambatan, Joe memotong badan ular itu sehingga keluar asap hitam dari badan itu. Asap hitam membentuk ular kecil, yang datang ke arah mereka. Pari-pari mengeluarkan cahaya putih, membentuk pedang besar, menikam ular itu, namun ular itu licik dan dapat mengelak, serta masih bernyawa biarpun dipotong separuh badannya. Dia bergerak laju ke arah mereka berempat dan Alexa mengeluarkan sebuah bulatan ungu dari tangannya, yang berupaya melindungi diri mereka dari kehadiran ular itu. Ular yang kecil terjatuh ke gaung setelah digerakkan oleh cahaya ungu Alexa. Alexa fokus lagi dan menghasilkan sebuah pedang bercahaya ungu di tangannya dan dilontarkan ke arah kepala ular itu. Ular itu berjaya ditikam dan jatuh ke gaung bersama asap hitam di udara.
“Yass!”kata Joe. Alexa melihat tangannya yang bercahaya ungu. Ianya menjadi seperti api yang timbul dari jarinya. Dia terpesona dengan kuasa barunya itu. Mereka bertiga menepuk bahu Alexa.
“Hebat!”kata Jocelyn. Kemudian, kabus hilang dan ternampaklah sebuah jambatan besar ke arah ruang hutan tebal. Mereka menyeberang jambatan itu dan sampai ke Blue Fairy Garden.
“Mari pergi berjumpa Neut,”kata Natasha.
Share this novel