Bab 7 : Kunci Phoenix

Fantasy Series 401

Mereka membawa Raul berjumpa pari-pari di sebuah pokok yang besar daripada mereka. Mereka mendapati semuanya nampak besar lagi, berbeda dengan dunia gelap. Pari-pari menjadi saiz seperti mereka.
“Ok kami akan ubati dia,”kata Rejam datang dari pokok. Semua pari-pari hinggap di badan Raul dan membawanya ke sebuah pokok, di mana, pari-pari yang memakai kelopak putih bunga datang ke arah luka Raul. Mereka mengeluarkan cahaya putih dan membuatkan Raul terbang ke udara.
“Wow, apakah itu?”kata Jocelyn. Markus datang di sebelah Jocelyn.
“Itu kuasa healing pari-pari tua,”kata Markus.
“Ohh maksud, hanya pari-pari tua mempunyai kuasa tu?”kata Jocelyn.
“Yup,”kata Markus. Rejam pula datang di sebelah Alexa, mengamatinya.
“Kamu… kenapa berubah menjadi sesuatu yang berkuasa di mata saya,”kata Rejam, melihat Alexa yang bertukar kulit ke ungu.
“Batu itu…masuk ke dalam badan saya,”kata Alexa.
“Saya rasa, saya menjadi perantaraan untuk kami balik ke dunia manusia,”kata Alexa lagi, mengejutkan Rejam.
“Saya dengar batu tu memilih tuan yang berhati suci, kamu layak mendapatkannya,”kata Rejam.
“Kenapa demon yang menjaga batu itu?”kata Alexa tertanya-tanya.
“Ianya hadiah dari para malaikat, yang seterusnya dicuri oleh demon, sebab itu demon menjaganya,”kata Rejam menerangkan segalanya.
Alexa mengeluarkan cahaya ungu. Lalu cahaya itu tangkas bergerak seperti angin, hinggap di atas pokok, kemudian, datang ke arah tangan Alexa.
“Ianya jinak,”kata Alexa tersenyum. Cahaya ungu itu juga hinggap di bahu Rejam dan Rejam menangkap identiti cahaya itu sehingga tangannya bercahaya ungu.
“Wow,”kata Rejam, lalu cahaya itu mengelilingi Rejam sebelum kembali ke badan Alexa.
“Ok ianya sukakan kamu,”kata Alexa ketawa.
Tidak lama kemudian, sedarlah Raul yang masih dikelilingi cahaya daripada pari-pari tua. Dia mencari-cari mereka berempat.
“Terima kasih sudah selamatkan saya,”kata Raul kepada mereka berempat. Rauh berdiri dan menyentuh tangan pari-pari tua bagi menyatakan betapa bersyukur dirinya yang sudah pulih. Luka di bahu hilang dan hanya meninggalkan parut besar. Alexa mendekati Raul yang melonjak gembira, air mata pula bergenang..
“Alina, Minda, Rejam, Markus dan kamu semua, datanglah bersama kami,”kata Alexa.
“Mari menentang Lauv!”kata Alexa lagi bersemangat!. Joe, Natasha dan Jocelyn bersorak agar semua pari-pari turut "terjangkit".
Semua pari-pari mengikuti Alexa yang menunggang seekor burung merpati. Begitu juga, Joe, Natasha, Raul dan Jocelyn.
Mereka meredahi hutan yang besar dan sampai ke istana yang runtuh bersama makhluk toyol, jelas terlantar di tanah setelah mendapat luka di bahagian perut. Alexa mendekati toyol yang lemah di sana, tetapi masih sedar, serba sedikit lega melihat kedatangan kumpulan Alexa.
“Di manakah puteri Merelda?”kata Alexa.
“Dia ditangkap dan dibunuh oleh Lauv, raksasa tak guna tu!"kata salah satu toyol bermata lebam.
“Mari pergi cari Lauv,”kata Joe kepada Alexa. Mereka meneruskan perjalanan sehingga sampai ke suatu ruangan dengan langit hitam. Hujan gula-gula terjadi, mengelaklah mereka.
“Kejap, saya ada idea,”kata Alexa. Lalu, menyuruh pari-pari menangkap gula-gula itu, dimasukkan ke dalam beg sandang Raul. Mereka mengumpulkan gula-gula sehingga beg itu penuh.
“Ok cukup, mari bergerak mencari Lauv,”kata Alexa memimpin mereka semua. Mereka tiba di suatu lubang yang ditutup oleh batu kecil. Lalu pari-pari itu mengangkat batu kecil, bersama-sama kumpulan Alexa sehingga akhirnya, batu itu dibuka. Lubang besar kelihatan di tanah bak gua bawah tanah, dengan mereka satu-persatu masuk ke dalam lubang.
Mereka jatuh, ditelan kegelapan gua bawah tanah sehinggalah sampai ke sebuah kolam, dengan ikan melompat-lompat dan menjamah makanan yang dibuang oleh Lauv. Lauv memegang cermin itu dan melompat-lompat di tepi kolam, seperti mengikuti aksi ikan itu.
“Apa kamu mahu?”kata Lauv bermata merah.
“Puteri itu, kamu bunuh dia!!!!”kata Joe marah.
“Well..poor lady,”kata Lauv dengan suara raksasanya.
“Mayat puteri di mana?”kata Alexa lalu mengeluarkan cahaya ungu, menyerang Lauv!
Dia meraung kesakitan. Mereka mendapati bahagian kakinya telah luka, tentu bergelut di istana bersama makhluk toyol itu.
“Mana mayat puteri Merelda?”kata Jocelyn cuba memberanikan diri.
“Haha, dia sudah di makan oleh ikan pirana saya di kolam ni,”kata Lauv ketawa terbahak-bahak sehingga suaranya bergema di dalam gua itu.
“Kamu harus menerima padahnya, tell us, kamu tahu bagaimana kami dapat pulang ke dunia manusia?”kata Natasha.
“Haha, kamu tak akan berjaya pulang haha!”Lauv memegang sebuah pistol besi dan menembaknya ke arah mereka berlima. Mereka berlarian di dalam bawah tanah itu untuk mengelakkan diri dari tembakan Lauv. Alexa fokus meruntuhkan batu di syiling gua dan dia berjaya melakukannya. Batu besar jatuh ke badan Lauv yang besar. Dia meraung kesakitan lagi.
“Ini masanya,”kata Alexa, lalu menyuruh burung merpati yang ditunggangnya pergi ke arah kepala Lauv.
Dia mengayunkan pedang dan mencucuknya sedikit ke leher Lauv.
“Argg! Tolong jangan bunuh saya, saya tahu caranya untuk kamu balik!”kata Lauv merayu. Mereka berempat berpandangan.
“Tell us!”kata Alexa sambil terus mencucuk leher Lauv dengan pedangnya Lauv mengeluarkan sesuatu dari tangannya.
“Kunci?”kata Alexa.
“Ianya mampu buka portal ke dunia kamu,”kata Lauv. Alexa menjatuhkan pedang bercahaya ungu yang hilang ke udara dan mengambil kunci itu dari tangan Lauv. Setelah mengambil kunci itu, Lauv menolak Alexa jatuh ke kolam.
“Alexa!”kata Joe, Natasha dan Jocelyn. Raul turun dari burung merpati dan segera membuang gula-gula yang dibuka plastiknya, ke arah Lauv yang seperti hendak melarikan diri. Meletuplah gula-gula, tetapi Lauv sempat mengelaknya. Pada masa sama, Raul menyelam ke dalam kolam. Alexa dilihat membentuk bulatan bercahaya ungu di sekelilinginya agar ikan pirana terkorban jika merentasi cahaya itu. Raul membawa Alexa naik ke permukaan darat.
Joe kelihatan memegang pedang Timothy dan melancarkan serangan ke arah Lauv yang tiba-tiba membuat bunyi siulan. Muncullah sebuah robot dari sebuah pintu gua. Robot itu mempunyai tayar besar dan meriam besar, sesuai untuk raksasa.
Lauv menunggang robot itu dan melancarkan serangan ke arah mereka semua. Pari-pari mengeluarkan cahaya putih, untuk menghancurkan robot itu, tetapi tidak berhasil. Robot itu sungguh keras untuk dihancurkan. Alexa dan Raul mendekati burung merpati dan menunggangnya, terbang lebih tinggi. Mereka menuju ke arah Lauv yang sedang memandu robot itu dan Alexa menghunuskan pedang ungu ke musuh. Pedang itu berjaya menikam bahu Lauv. Dia menjerit sehingga mengegarkan syiling bawah tanah itu. Batu-batu kecil dan besar jatuh dari syiling dan mereka berusaha mengelaknya.
“Arrgg!”jerit Lauv, lalu mencetuskan tembakan laser ke arah Alexa dan Raul. Mereka berdua mengelak tembakan itu, ke kiri dan kanan. Kemudian, Alexa menjerit ke arah Raul untuk membuka plastik gula-gula lagi bagi dihumban ke arah Lauv. Raul berbuat demikian dan berjaya meletupkan Lauv yang tidak sempat mengelak. Kemudian, Alexa mencetuskan cahaya ungu yang bertukar menjadi pedang untuk menikam badan Lauv dan pada masa sama, Raul masih membuang gula-gula yang meletup tanpa henti ke badan robot dan Lauv.
Lama-kelamaam, Lauv terjatuh dari metalik itu dan robotnya pecah dan lebur! Lauv terkena serpihan robotnya yakni di bahagian wajahnya. Dia juga mendapati perutnya ditikam oleh pedang ungu Alexa. Dia kehilangan darah yang banyak, lemah terlantar ke tanah, lalu menghembus nafas yang terakhir.
“Okay, berjaya!”kata Alexa. Raul tersenyum-senyum dan dia mendapati runtuhan bawah tanah semakin teruk.
“Mari keluar!”kata Raul. Mereka melarikan diri, berjaya keluar dari gua bawah tanah itu dengan lega!
Alexa menyerahkan kunci Lauc kepada pari-pari untuk mereka menelitinya.
“Itu kunci apa?”kata Joe.
“Ini kunci Phoenix,”kata Antoni. Dia memberikan kunci itu kepada mereka berlima.
“Saya akan tinggal di Blue Fairy Garden ini,”kata Raul tersenyum pahit.
"Betul ni, Raul? Kamu tak menyesal?"kata Alexa. Raul mengangguk, nafasnya dihela.
‘”Sedia?”kata Joe kepada mereka bertiga. Alexa meletakkan kunci di udara bersama cahaya ungu yang muncul dari tangannya.
“Sedia!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience