BAB 2

Romance Series 151930

MENGAMBIL tempat duduk yang terletak di baris pertama, Faaeq memandang satu-persatu pemuzik yang sudah mengambil tempat. Semuanya bertopeng membuat dia mendengus sebal.

“Kalau semua bertopeng, macam mana I nak cam mana satu Mayleia?”

“Use your instinct. Setiap pasangan suami isteri ada instinct towards their partner. Use that.”

“What instinct? I don’t have any instinct towards my wife.”

“Then, you’re not husband enough.”

“Excuse me?!”

“Shhh!” Danish melekapkan telunjuknya ke bibir. Tidak mahu mendengar apa-apa lagi ketika muzik intro pembukaan konsert mula berkumandang.

Faaeq mendengus sebal. Tubuh disandarkan pada kerusi, menghayati muzik rancak dari lagu Copacabana. Rasa kesal yang sempat terbit kerana tidak dapat melihat wajah pemuzik, perlahan sirna. Melodi setiap alat muzik bergabung sempurna membentuk melodi yang merdu dan harmoni. Satu persatu pemuzik yang berada di pentas itu diperhatikan. Cuba menggunakan instinct seorang suami seperti yang dikatakan Danish untuk mencari Mayleia. Bermula dengan barisan pemain biola. Namun dari bentuk hidung, bibir, lengan, kaki, postur tubuh, tidak ada yang kelihatan seperti Mayleia. Ah, jika ada pun mana dia tahu. Separuh wajah mereka tertutup topeng dan semua wanita di atas sana kelihatan sama sahaja kecuali bentuk tubuh mereka.

“Are you there, Mawar Mayleia?” gumamnya. Matanya terus tajam memerhati. Mengikut perkiraannya, mungkin ada lebih dari 100 pemuzik di atas proscenium itu. Pemain biola saja ada 18 orang dibarisan pertama dan 16 orang di barisan kedua. Tolak 5 orang lelaki, ada 29 orang yang perlu dianalisis struktur wajah mereka.

“Negatif!” ketus otaknya setelah setiap pemain biola wanita tidak ada ciri Mayleia.

Kemudian dia memerhatikan barisan pemain cello pula. 12 semuanya dan ada 7 wanita. Pun dia yakin tidak ada Mayleia dalam kalangan mereka.

Matanya beralih pula kepada 8 orang pemain double bass. Hanya 3 wanita dan semuanya dengan bentuk tubuh yang agak gempal. Tidak mungkinlah dalam masa empat tahun tubuh kurus Mayleia boleh membesar dengan begitu pesat.

Kemudian dia memerhati pula pemain seruling dan obo. Ah...tidak ada satu gadis pun di sana yang memiliki ciri seperti Mayleia. Faaeq malas memerhati lagi. Lebih baik menikmati persembahan muzik yang sangat jarang dia berpeluang untuk menontonnya.

Melodi lagu Puttin’ On the Ritz menggantikan lagu Copacabana. Melodi rancak dengan irama jazz membuat persembahannya tidak membosankan. Tetapi tidak juga bingit dan serabut sehingga memekakkan telinga.

Dari satu lagu ke satu lagu, tidak sedar sudah lebih 30 minit telinga mereka dijamu dengan melodi masquerade.

“Ladies and gentlemen. Let’s give a big applause to our beautiful violinist...Miss Rosejizahg!”

Tepukan gemuruh mengiringi langkah gemalai seorang gadis bersama biolanya. Faaeq mengecilkan matanya. Tubuh yang bersandar, ditegakkan sedikit. Jika tidak salah ingatannya, itu ialah gadis yang bertembung dengannya di tandas tadi.

“Rosejizahg?” Dia menggumam nama itu. “Is she Russian?” soalnya sambil melirik sekilas ke arah Danish.

“Dengar pada namanya...boleh jadi.”

Dahi Faaeq berkerut. Seingatnya slang Inggeris yang digunakan gadis itu tidak terdengar seperti pelat Rusia. Lebih kepada pelat British dan Malaysia.

“Let’s enjoy The Four Seasons, 5 Spanish Dances and...the legendary Romeo and Juliet by Miss Rosejizahg.”

Dewan sunyi sepi sebelum muzik intro lagu The Four Seasons bergema memenuhi ruang. Mata Faaeq tidak beralih dari Rosejizahg. Kelincahan tangannya menggesek bow dan pada masa yang sama tangan satu lagi mengawal string. Juga gerakan tubuhnya mengikut melodi rancak benar-benar mempesona. Walaupun separuh wajahnya tertutup topeng, namun Faaeq yakin gadis itu memiliki raut wajah yang cantik. Ya, berdasarkan bentuk wajah dan susuk tubuhnya yang tinggi lampai. Gayanya bersahaja tanpa nampak tertekan atau gugup. Mungkin sudah biasa atau mungkin juga kerana dia bijak menyembunyikan kegugupannya. Professional dan anggun pada masa yang sama.

“Imagine being so pretty and so talented at the same time,” ujar Danish sebaik sahaja Rosejizahg menyelesaikan lagu pertama. Tangan ikut bertepuk bersama penonton lain yang kagum dan teruja dengan persembahan itu.

Macam mana you tahu dia cantik?” soal Faaeq, walaupun hatinya tidak menyangkal pendapat itu.

“Berdasarkan penelitian pada semua bahagian tubuh dia yang mampu dicapai oleh mata I.”

“You admire her beauty or her magnificent talent?”

“Both. The icy grace that she shows while playing is so stunning. But still we can see the powerful emotions on her face.”

“Yeah...” Faaeq mengangguk setuju. Namun tidak berkata lanjut kerana muzik intro lagu kedua mula berkumandang. Masih dengan irama rancak, membuat Faaeq benar-benar kagum dengan kelincahan gadis itu bermain biola. Bakat yang bukan biasa dan tidak dimiliki ramai orang.

Fikirannya berkelana kepada Mayleia. Apa Mayleia juga memiliki bakat seperti ini sehingga dia nekad mengambil jurusan muzik di luar negara, di saat arwah papanya mengharapkan dia mewarisi syarikat yang dibangunkannya? Ah, benar-benar dia tidak faham dengan jalan fikiran Mayleia. Kata mama, Mayleia anak yang bijak. Keputusan SPMnya straight A+. STPMnya 4.0. Tetapi mengapa gadis itu mengambil bidang muzik? Sejauh mana bidang itu mampu memberinya makan? Dan setakat mana bidang itu boleh menjamin masa depannya? Serta bagaimana bidang itu boleh meneruskan kelangsungan syarikat peninggalan Tan Sri Ghazi?

Terlalu larut memikirkan Mayleia, tanpa sedar lagu kedua sudah selesai. Lagu ketiga berkumandang. Melodi sad romance dengan gesekan biola yang mendayu membuat seisi dewan bagai berkabung. Perhatian Faaeq terus terarah kepada Rosejizahg. Setiap emosi, ekspresi dan gerakan gadis itu tidak luput dari pandangannya. Ya, harus diakui dia terpesona dengan gadis itu.

Danish yang tidak sengaja tertoleh ke arah Faaeq, terkebil-kebil memandang bosnya itu. Dengan kedua-dua tangan bersilang di bawah dagu, matanya ralit menatap Rosejizahg di pentas.

“Remember that you’re married,” bisiknya.

“So? I ada 3 kuota kosong lagi.”

“Isteri sorang pun lari. Ada hati nak kahwin dua.” Danish mencemuh tanpa risaukan masa depan.

“Sebab yang sorang tu larilah, I have to find another wife.”

“Cari yang sorang tu dulu sampai jumpa sebelum sibuk nak pasang yang lain. Aiyo...hidup jangan tamak. Ingat kahwin ni macam buat profit dekat real estate ke?”

“Kahwin tak untung macam real estate.”

“Sebab you belum rasa nikmatnya berkahwin tu. Malam pertama dah tinggal bini. Lepas tu gelabah cari bila bini lari.”

“I takkan cari dia lagi.”

“What?”

“Makin I cari, makin jauh dia lari. So, I akan berhenti cari and biar dia sendiri kembali pada I. Masa tu tahulah I ajar dia.”

“Kalau sampai bila-bila dia tak kembali pada you? You nak jadi virgin husband sampai mati?”

“She’ll come back to me. Trust me.”

Danish terus menatap Faaeq dengan wajah tidak percaya. Apa Faaeq benar-benar mengalah atau sebenarnya dia sedang merancang sesuatu?

MAYLEIA menunduk sedikit ke arah penonton di kiri, kanan, dan depannya sebagai tanda terima kasih atas tepukan gemuruh yang diberikan. Saat dia melilau rawak ke arah penonton, matanya tidak sengaja menangkap sosok lelaki yang menyelamatkannya daripada menyembah lantai sejam lalu. Sambil bertepuk tangan, dia melihat lelaki itu juga memandangnya dengan senyum nipis. Mayleia membalas senyum itu sambil mengangguk sedikit sebelum keluar dari pentas.

“Fuh...” Sesampai di belakang pentas, dia menepuk dadanya beberapa kali. Lega kerana akhirnya persembahannya selesai. Walaupun ini bukan kali pertama, tetapi tetap dia diserang stage fright saat membuat persembahan. Namun mujurlah setiap kali dia mampu mengawalnya. Gigil tangan dan tubuhnya, hanya Tuhan yang tahu. Mujurlah dia tidak nampak jejaka kacak di depan tandas itu semasa persembahan. Jika tidak, stage fright bergabung dengan shaking bow phenomenon. Pakej lengkap untuk dia diserang sawan di pentas.

Mengingat lelaki itu, bibir tidak sengaja mengoyak senyum.

“Ah...I think I’m falling in love. Who are you mysterious man?”

.
. .

“Harga saham kita jatuh lebih 40% dan sekarang credit rating agencies dah dowgrade bon yang kita keluarkan,” ujar Datuk Jamil, Pengerusi Eksekutif Ghazij Group.

“Bon kita akan jadi less attractive pada investors and those who still hold our bonds will sell theirs. Interest rate bon kita akan naik and the new bonds we issue will have to pay higher interest rates. Means, we have to pay more to borrow and reduce the budget for other uses,” sambung Alicia pula, yang memegang jawatan Timbalan CEO.

Mayleia tercenung. Tidak sangka kunjungan Datuk Jamil dan Alicia akan membawa berita buruk. Patutlah mereka memutuskan untuk bertemunya langsung, bukannya berhubung melalui panggilan video seperti sebelum ini. Selama setahun ini, dia mula mengambil tahu tentang hal-hal berkait syarikat melalui Datuk Jamil dan Alicia. Banyak keputusan syarikat termasuk promosi yang diadakan di Excel London baru-baru ini adalah ideanya. Namun dia belum bersedia untuk menonjolkan diri. Hanya menggunakan Datuk Jamil dan Alicia sebagai perantara.

“Apa yang I tahu, it’s caused by the increase in unsold properties yang menyebabkan kita terpaksa jual dengan harga murah to ensure that there’s money for our business to be able to survive. Right?” ujar Mayleia.

“Yeah.” Datuk Jamil mengangguk. “Now we’re having trouble paying the interest on the debt.”

Keluhan kasar lolos dari bibir Mayleia. “Then, kita takde cara lain. Sell all the unsold properties at a discounted price and jangan issue bon baru,” ujarnya.

“Masalahnya Mustakim nak issue 100 juta unit bon baru dan nak kekalkan harga hartanah yang tak laku dijual tu.”

“What?” Mayleia melotot. “That’s not a smart move at all.”

“Right.”

“Yakinkan BoD yang lain untuk sokong langkah yang I sebut tadi. Issue bon baru akan menambah masalah. Harga saham kita dah jatuh. Yang ada pegangan pun mungkin akan jual semua, lagi nak issue bon baru? What’s wrong with that old man? Otak dia dekat punggung ke?”

“Bukan senang nak yakinkan BoD,” ujar Datuk Jamil.

“I rasa tak. BoD mesti tahu implikasi daripada penerbitan bon baru dalam keadaan saham kita dah diturun taraf. Dan BoD pun masti tahu kenapa kita nak jual unsold properties tu at discounted price. We would be forced to make repayments to investors if we fail to find cash to repay the company’s liabilities.”

Datuk Jamil dan Alicia mengangguk-angguk sebelum saling berbalas pandang. Alicia memberi isyarat kepada Datuk Jamil supaya menyampaikan hajat kedatangan mereka kepada Mayleia. Datuk Jamil angguk. Dia berdeham sekali. nafas ditarik panjang sebelum menghembusnya perlahan. Tidak mudah untuk memujuk Mayleia. Degilnya mengalahkan kotoran minyak pada baju. Tetapi hajat yang dibawa dari Kuala Lumpur harus disampaikan.

“May...”

“Ya?”

“Apa kata May balik Malaysia?"

Share this novel

Masnah
2024-10-25 13:00:25 

smoga cg sihat utk terus berkarya, amin hari2 jenguk , hrp adalah hari ini

Newlife
2024-10-24 21:29:45 

Semoga Sis Calyta sihat dan dipermudahkan urusan untuk berkarya. dah tak sabar-sabar nak baca next chapter

Masnah
2024-10-23 18:23:50 

lamanya tggu chaptr sterusnya^_^


NovelPlus Premium

The best ads free experience