BAB 12

Other Completed 4263

Bayu pantai yang bertiup mendamaikan. Keindahan yang dulunya tak terkesan saat hati dibutakan dengan dosa yang menggunung. Langit ku dongak. Awan seakan tersenyum ke arahku. Menyuntik semangat dalam tatihan langkah yang baru bermula..

Dalam lakaran kelam

Aku melakar penuh khusyuk

Mengharap lakaran yang penuh sempurna

Yang mampu meraih pujian berjuta ulas bibir

Dalam sunyi jejak yang mendamaikan

Aku terjaga pada huluran sepasang tangan

Huluran yang menyumbangkan lakaranku

Huluran yang menjagakan aku pada sebuah hakikat

Huluran yang menuntun aku ke jalan yang terang

Huluran yang menghidupkan hati yang telah lama mati

Huluran yang membisikkan bahawa akulah hamba, dan DIA Allah s.w.t Penciptaku…

Kini saat tanganku kembali melakar

Pada sebuah kanvas putih yang suci

Izinkan aku melakar jalananMU Ya Rabbi..

Agar kelak,

Tika ku terleka,

Tika ku terlalai,

Lakaran ini kembali menjagakan aku…

Dalam hidupku

Sebenar-benar kemaafan yang aku damba

Hanyalah buatmu duhai insan..

Dalam simpuhku

Dalam sujudku

Dalam rukukku

Aku tak berhenti berharap..

Duhai lelaki,

maafkan aku…

Kerana langkahku ini penuh hanya dengan mengingat-Nya, dan semoga Allah mempertemukan ku lelaki yang tepat pda masa yang tepat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience