Completed
260
Telinganya masih lagi pelik seperti kucing tadi iaitu sebelah besar
sebelah kecil.
Badannya yang berbulu lebat itu penuh dengan kesan kurap. Ulat-ulat
kecil kelihatan sedang menjalar-jalar di sekitar badannya yang berbulu
lebat itu. Salman mula berasa cuak dengan apa yang dilihatnya di depan
mata. Mustahil! Memang mustahil! Macam mana kucing mengemis tadi boleh
bertukar menjadi makhluk menakutkan seperti
ini?Syaitan?Hantu?Aghhh…Mustahillah!
‘’Hihihihihi….hihihihihihi….’’
Makhluk bermuka hodoh itu mula mengilai pula. Semakin lama semakin
nyaring ia mengilai. Tubuhnya yang berbulu panjang mula mengerbang
ditiup angin malam. Ulat-ulat yang banyak menjalar di badan makhluk itu
mula melayang ke tubuh Salman apabila ditiup angin.
Puas Salman menepis ulat-ulat busuk tersebut daripada terus melekat di
badannya. Salman menjadi semakin takut. Mengigil satu badannya
menyaksikan sesuatu yang dianggap mustahil di depan matanya kini.
Manakan mungkin seekor kucing kurap tadi mampu bertukar menjadi makhluk
hodoh bertubuh sebesar ini. Gila!
Salman cuba mencubit pipinya sekuat hati. Aghhh..sakit! Sah dia tidak
bermimpi. Dengan badan yang mengeletar ketakutan Salman cepat-cepat
masuk ke dalam kereta dan mengunci keretanya. Peluh jantan sudah mula
membasahi seluruh muka dan badannya. Salman tercungap-cungap mencari
nafas sambil cuba menghidupkan enjin keretanya berkali-kali.
Share this novel