Completed
260
Sebelum memulakan perjalanan tadi perut Salman sudah berbunyi-bunyi
rentak keriuk-keriuk kelaparan minta diisi. Tidak sempat Salman hendak
menjamah makan malam masakan emaknya di rumah sebelum bertolak balik ke
bandar.
Kelam-kabut dia mengemas pakaian sebaik saja dapat panggilan telefon
daripada majikannya yang mengesa dia masuk kerja keesokkan hari juga
kerana ada mesyuarat tergempar. Bengang dibuatnya apabila cutinya yang
berbaki lagi sehari di kampung terpaksa dikorbankan begitu saja.
Kurang asam punya bos! Nasiblah dia memang kuli hendak tak hendak, sudi
tak sudi dia terpaksa turutkan saja arahan orang atasan. Salman sempat
menyumpah seranah majikannya itu sementara menunggu pesanan makanan nasi
gorengnya yang masih belum sampai-sampai. Dalam perjalanannya yang masih
jauh itu, Salman berhenti sekejap untuk singgah makan di sebuah warung tepi jalan.
‘’Lambat lagi ker bang? Saya dah kebulur ni.’’
Masuk kali ni dah berapa kali Salman bertanyakan soalan yang sama.
Nampak sangat dia dah kelaparan. Dari tadi tak senang duduk selagi
makanannya tak sampai ke meja. Tukang ambil order makanannya tadi pun
dah mula gelisah apabila setiap kali bertembung dengan mata tajam Salman
yang seakan mahu menerkam dia saja dari tadi. Tahulah lapar jangan
dibuat pasal pula dia nanti menjadi korban pelanggannya yang nampak
sedang pelahap ini. Kecut perut lelaki yang bekerja di warung tepi jalan tersebut.
‘’Haaa…sampai pun…Lambat sangat!Nasib aku tak mati kebulur!’’
Bebel Salman sebaik saja makanannya sampai. Budak yang menghantar
makanan itu hanya tersengih sumbing saja. Tanpa membaca bismillah apatah
lagi baca doa makan Salman terus mencekik nasi goreng pattaya yang sudah
sedia terhidang depan mata.
Tiba-tiba sedang enak dia menjamu selera Salman berasa tidak selesa
apabila kakinya digesel-gesel oleh seekor kucing yang kotor dan berbau
busuk. Dia yang berang dengan aksi mengada-ngada kucing tersebut terus
saja menendang kucing yang berwajah pelik itu.
Share this novel