Get the app for full experience
Masa Kini – Kuala Lumpur, Malaysia ZHIRMIN'S MANSION TERUKIR sebentuk senyuman simpul di bibir mungilnya. Cuba menahan ketawa melihat gelagat dua orang kepercayaan utama Ketua Mafia Da'Veleno iaitu Stefano dan Marco... yang sedang mengagah dan bermain bersama Baby Qarizh dan Baby Alana di dalam ribaan pangkuan masing-masing. Ukiran tattoo yang penuh di bahagian pangkal leher hingga ke pangkal lengan. Dengan raut wajah yang tampak bengis tetapi apabila diri mereka terpaksa mengendalikan si kembar comel atas arahan suami tercinta. Situasi kekok dalam cuba bermesra itu sedikit sebanyak mencuit hati Khayra Alana. Marco. Selama ini disangkakan sudah mati rupanya masih lagi hidup! Memalsukan ...