BAB 2

Action Completed 139193

Masa Kini – Kuala Lumpur, Malaysia

TERATAK KHIDIR-KARTINI

AGAK lama Khayra Alana berteleku di dalam kereta. Di antara mahu keluar memandu semula dari parkir halaman luar rumah papa dan mama ataupun melangkah masuk ke dalam rumah seperti biasa.

Khayra Alana mula merengus kasar dalam menunjukkan rasa protes! Sejak kebelakangan ini mamanya... Puan Kartini semakin agresif mencari calon-calon suami untuknya! Boleh dikatakan hampir setiap malam ada sahaja tetamu yang berkunjung ke rumah. Tapi… ini semua mungkin salahnya juga. Mengeluarkan satu kenyataan yang dikira cukup angkuh iaitu tidak mahu berkahwin sampai bila-bila dan mahu hidup sendiri…. Dan semenjak daripada itu, inilah yang terjadi! Betapa paniknya mama jikalau anak dara tunggal kesayangan bakal memegang status andartu! (anak dara tua)

Bukan Khayra Alana tidak mahu berkahwin. Tetapi dia merasakan tiada lelaki yang hebat… yang cukup layak berdamping dengannya! Bagi Khayra Alana, dia memiliki segalanya dan dia mampu menjaga dirinya sendiri dan merasakan kredibiliti yang dibawanya kini setanding dengan para lelaki di luar sana. Jadinya... mengapa dia perlukan kehadiran seorang lelaki untuk dijadikan pelengkap hidupnya?! Buat menyemak kepala sahaja!

‘Huh! Masuk sajalah! Lagipun sudah nak habis waktu Maghrib. Badan pun sudah letih yang amat!’

Hari ini sahaja berapa lama dia terpaksa ‘bertapa’ di dalam bilik Tuan CEO syarikat Zhirmin Group dalam memastikan sentuhan terkahir kali interior rekaan dalaman dalam keadaan yang sempurna oleh para pekerja yang diupah. Bukan main cerewet lagi wanita yang bernama Puan Sri Alisa itu. Mahukan yang terbaik untuk anaknya yang dikenali sebagai Qash.

*

"HA… sudah balik pun anak mama. Come sayang. Mama kenalkan dengan kawan mama..." Puan Kartini tersenyum lebar sebaik sahaja melihat figura anak perempuan tunggal kesayangannya.

"Mama…. Kay baru balik ni dan Kay belum solat lagi. Izinkan Kay naik ke bilik dulu ya..." Khayra Alana berbisik perlahan di celahan telinga Puan Kartini.

"Kay..." Puan Kartini merenung dalam-dalam anak mata Khayra Alana sambil mengusap rambut beralun panjang milik anaknya itu. Hanya untuk memastikan sekiranya anak perempuan beliau ini sebetulnya sedang mencuba mahu berbohong sekaligus mengelak. Tetapi Khayra Alana hanya membalas renungan mamanya dengan reaksi bersahaja namun tampak penuh yakin!

"Uncle, auntie and you… yang I tak kenal. Izinkan Khayra naik ke bilik dulu. Nanti dalam masa sejam Khayra turun balik… then bolehlah kita beramah mesra. Demi memenuhi kehendak mama Khayra yang kemaruk sangat nak bermenantu ni… auch! Sakitlah mama!" Perit lengan Khayra Alana terkena penangan cubitan berbisa Puan Kartini.

"Kay ni memang macam ni. Kalau sudah balik dari tempat kerja... otak dia memang kepenatan. Itu yang merapu-rapu bila bercakap. Kay pergi naik ke bilik, solat dan bersihkan diri dulu ya sayang. Kikis lidah tu sekali dengan berus gigi. Bagi molek sikit bahasa tu!"
Khayra Alana hanya menjeling sinis ke arah Puan Kartini yang mempamerkan senyuman ‘plastik’ penuh kegeraman ke arahnya. Encik Khidir. Papanya. Hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja.

**

PUAN Kartini menjeling penuh geram sambil mengurut dada. Dia tahu yang Khayra Alana sengaja berbuat perangai sebegitu rupa!
Khayra Alana menjamu selera di meja makan sambil mengangkat sebelah kaki ke atas kerusi dan bukan itu sahaja... dengan sengaja mengunyah makanan dengan mengeluarkan bunyi yang sangat tidak senonoh di hadapan para tetamu!

"Khayra Alana! Jangan malukan papa dan mama please..." Membuntang mata Puan Kartini sambil mengetap bibir.

"Straight to the point mama. Mama jemput kawan mama ni... with their son sebab nak kenenkan dengan Kay, right?! I am not interested at all!" Khayra Alana melemparkan pandangan sinis sekilas ke arah lelaki yang dikenali sebagai Mikael yang duduk bertentangan dengannya. Tetapi lelaki itu hanya mengulum senyuman penuh menggoda ke arahnya pula!

"Khayra Alana! Behave please!" Naik seoktaf suara Puan Kartini.

Khayra Alana mula bangkit daripada kerusi. Melempar renungan penuh amarah ke arah Puan Kartini. Baru sahaja dia mahu melawan cakap mama... telefon pintar miliknya yang berada di atas meja mula berdering. Menandakan ada panggilan masuk.

‘Aduh! Apa lagilah yang nak kena ubah?!’ Khayra Alana mengumam di dalam hati sebaik sahaja mematikan talian.

"Sorry. Kay kena gerak sekarang. Ada masalah sikit. Hal kerja." Khayra Alana pantas beredar dari ruang makan dan terus naik ke kamar beradunya.

"I like her so much Uncle Khidir... Auntie Kartini. Jangan risau. Biar Mikael uruskan Khayra. Anggaplah perhubungan kami berdua ini menjadi."

Mikael Kashaf tersenyum penuh makna. Khayra Alana akan menjadi miliknya tidak lama lagi dan beliau akan pastikan itu!

**

ZHIRMIN GROUP

KHAYRA Alana mengelap beberapa titisan peluh di dahinya dengan menggunakan sehelai napkin kecil. Panggilan daripada Puan Sri Alisa sebentar tadi telah membawanya kembali semula ke pejabat Tuan CEO Zhirmin Group. Hanya semata-mata mahu beliau mengubah beberapa kedudukan lukisan Abstrak di dinding bilik CEO ini dan mahu diubah kedudukan lukisan-lukisan tersebut pada malam ini juga!

Khayra Alana merebahkan tubuh langsingnya sebentar di atas kerusi beroda milik Tuan CEO sambil melihat keseluruhan dekorasi interior rekaannya mengikut citarasa pewaris Zhirmin Group. Hampir keseluruhan ruangan dipenuhi dengan dua tona warna.
Kombinasi warna hitam dan keemasam. Lambang kemewahan dan elegen berseni! Walaupun dia tidak mengenali pewaris Zhirmin Group yang hanya diketahui nama sebagai Qash itu… tetapi beliau sepertinya dapat merasakan kombinasi kedua-dua warna tersebut sangat cocok dengan anak Tan Sri Ku Zhirmin Farid Shah dan Puan Sri Alisa.

Pandangan mata Khayra Alana beralih pula kepada beberapa lukisan Abstrak yang tergantung cantik di sekitar dinding. Bak kata Puan Sri Alisa. Lukisan Abstrak ini merupakan hasil seni daripada anaknya sendiri!

‘Hurm... not bad! Berseni jugak si Qash tu. Macam aku! Eh! Tiber!’

"Err Miss. Kalau sudah selesai urusan… saya nak kunci bilik Tuan CEO."

Khayra Alana menjeling waktu di telefon pintarnya. Sudah hampir menginjak ke pukul 11.30 minit malam. Tanpa berlengah... Khayra Alana segera bangkit daripada duduknya dan berpamitan dengan pengawal keselamatan bangunan Zhirmin Group.

*

DUMMM!

Khayra Alana mengaduh kesakitan apabila kepala dan puncak dadanya terhentak agak kuat pada stereng kereta.

"Arghhh…! Dalam parking basement pun nak bawa kereta laju-laju ke?!" Khayra Alana memandang cermin tengah kereta. Mulutnya sudah menyumpah seranah kenderaan yang menghentam keretanya dari belakang!

"Hey Cik Adik! Berangan ke apa?! Bawa kereta tu slow sangat! Dasar lady driver!"

"Excuse me Cik Abang! Ini basement parking! Bongok ke apa bawa kereta laju-laju!" Panas sungguh hati Khayra Alana. Hanya kerana dia seorang wanita. Sesedap bahasa sahaja lelaki di hadapannya ini memperlekehkannya!

"Marco!"

Khayra Alana hanya menjongketkan kening apabila mendengar suara agak tegas dan dingin melaungkan nama Marco dan kelihatannya lelaki yang bertekak dengan beliau deras berlari ke arah sisi pintu belakang penumpang dan lelaki itu menunduk penuh hormat sebaik sahaja cermin bertinted gelap kenderaan mewah pacuan empat roda itu mula diturunkan.

"Bos aku bagi. Buat tampung kos baiki kalau ada apa-apa kerosakan." Khayra Alana yang sedang menunduk fokus melihat kerosakan kecil di belakang bumper White BMW X6 miliknya berpaling semula menghadap lelaki itu.

"I don't need this amount of money! I am demand for an apology from you, Mr. Marco! Kau yang langgar tapi masih lagi mahu claim yang… that I was the one who to be blame! Disebabkan I am a lady driver... you ingat lelaki ni hebat sangat ke pandu kereta?!"

"Well said young Lady. Is a fact that a lady driver is the worst driver ever!" Lelaki yang bernama Marco itu melemparkan senyuman mengejek.

"Well said to you too Mr. Marco! Statistik kemalangan yang berlaku di dunia majoritinya berpunca daripada lelaki!" Khayra Alana tersenyum penuh kemenangan apabila melihat riak wajah lelaki bertatu penuh di lengan kanan itu mula berubah riak wajahnya. Benganglah tu!

"Marco! Basta discutere! Il Capo vuole che la smetta!” (Marco! Enough arguing! Boss wanted you to stop!)

"Kalau bukan disebabkan bos… dah lama aku smackdown kau perempuan! Addio!” (Bye)

"Macamlah aku takut!" Khayra Alana sengaja memprovokasi lelaki yang bernama Marco itu. Makin menyinis senyuman Khayra Alana apabila melihat lelaki itu mula mengepal buku penumbuk sedang mengorak langkah ke arah kenderaan Black Range Rover Evoque. Kenderaan pacuan empat roda yang menghentam keretanya dari arah belakang.

"Capo (Boss). That arrogant lady refused to take this money! Muka cantik tapi tak padan dengan ego!" Marco sudah mula membebel tidak berpuas hati namun lebih kepada dia kalah berlawanan mulut dengan perempuan tadi sebenarnya!

Di saat kenderaan Black Range Rover Evoque berselisih dengan figura wanita yang masih lagi ralit menilik kerosakan bumper kenderaan miliknya. Cermin sisi penumpang belakang diturunkan lalu ada sesuatu yang dilemparkan ke arah wanita itu. Dengan sengaja mengenai pinggulnya!

"Boss baling apa tu?!" Marco kalih kepalanya sekilas ke arah tempat duduk belakang.

Hanya senyuman sinis bertinggung sahaja terukir bentuk di bibir bos!

**

TERATAK KHIDIR-KARTINI

KHAYRA Alana merebahkan tubuhnya di atas katil sebaik sahaja beliau membersihkan diri. Ditarik perlahan tas tangan yang berada di sisi meja katil lalu mengeluarkan sesuatu.

Beberapa keping note Euro dikepilkan bersama Clip Money yang berukiran abjad Q. Objek yang dilempar mengenai pinggulnya!

‘Ini mesti Marco tu yang baling! Saja nak menyakitkan hati aku! Kau berdoalah banyak-banyak semoga kita tidak akan ketemu lagi! Kalau aku jumpa kau lagi sekali... siaplah kau wahai Marco!"

**

KU Zhirmin Qarl Aqashah mengeluarkan sesuatu di sebalik poket jaket kulit yang dipakainya. Sehelai napkin kecil bersegi berukiran abjad K... yang dia jumpai di atas meja kerja CEO Zhirmin Group. Bakal menjadi tempat kerja beliau yang baharu.

Ku Zhirmin Qarl Aqashah menikmati haruman napkin di dalam genggamannnya. Sungguh dia hanyut dengan haruman yang melekat pada napkin kecil ini. Membuatkan beliau merasa ada satu perasaan yang membuai-buai!

Marco yang sedang memandu mengerling sekilas ke arah cermin tengah kenderaan. Melihat perlakuan pelik Bos yang begitu asyik menghidu sehelai napkin kecil. Marco mula menoleh sekilas ke arah Stefano yang berada di sebelahnya dan hanya menjongket bahu sesama mereka. Membiarkan sahaja Mafia Boss mereka mengelamun sambil tersenyum-senyum!

Mellbie ISR
Actual Published: 28/1/2021
Republished cum editing: 7/10/2022

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience