BAB 1

Action Completed 139193

Masa Kini – Kuala Lumpur, Malaysia

KHAYRA'S PLANNER

BEGITU kuat Khayra Alana mengenggam pen di tangan. Tetapi masih lagi mampu mempamerkan reaksi seraut wajah bersahaja tanpa sebarang bentuk senyuman yang terukir.

‘Kalau aku tak fikir yang kau tu di antara ahli korporat terkenal di Malaysia… sudah lama aku kerat-kerat ‘anu’ kau!’ Menyumpah penuh meluat Khayra Alana di dalam hati.

Khayra Alana sedaya bersahaja dalam memberi tumpuan sepenuhnya kepada bakal pengantin perempuan yang begitu bersemangat menzahirkan dekorasi impian untuk majlis perkahwinan gilang-gemilang yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Bersama-sama dengan bakal pasangannya yang kini berada di hadapan Khayra Alana. Mempamerkan seraut wajah dan renungan penuh romantis kepada pasangannya. Tetapi kaki lelaki itu galak meraba betisnya di balik meja!

"Bie.... Baby nak jawab call sekejap ya. Miss Khayra. Sekejap lagi kita sambung semula perbincangan kita. I need to take this call." Segaris senyuman diberikan oleh Khayra Alana kepada si bakal pengantin perempuan.

"Miss Khayra dear. You ni cantik sangat walaupun tak senyum. I tergoda...." Si bakal pengantin lelaki sudah mula menunjukkan perangai miang-miang keladi sebaik sahaja kelibat bakal isterinya menghilangkan diri sebentar.

"Aduh! Auch! Arghhh!"

Khayra Alana hanya tersenyum sinis. Melihat si bakal pengantin lelaki yang sudah meringkuk di atas lantai dalam menahan senak. Dek penangan sepakan kasut bertumit tinggi runcing miliknya menendang padu ‘aset’ kelakian milik lelaki itu.

Dasar lelaki tua tak sedar diri! Bini sudah ada tiga orang! Tambah lagi satu! Sudah nak berlangsung majlis dengan yang ke-4... menyempat lagi tu menggatal! This is Khayra Alana la! Don't play-play ha! Hendakkan lagi melibatkan kaum yang bernama L.E.L.A.K.I!

"Bie! OMG! Kenapa ni?!"

"Dato' Amar dan Cik Linda. I mahu batalkan kontrak urusan majlis. Deposit I akan pulangkan sekarang!" Khayra Alana sudah mula bangkit daripada kerusi lantas terus melemparkan sekeping cek ke arah pasangan yang tidak mahu berapa nak sejoli itu! Umpama seperti buah pinang dibelah dua dengan gergaji!

"Miss Khayra! Ini ke rude attitude yang you tunjukkan pada customer you! I akan pastikan reputasi syarikat you jatuh menjunam! I akan hebohkan pada media sosial! That Khayra's Planner yang popular sangat ni... service is so bad and the owner of this company are very rude! Plus you cuba goda I!" Dato' Amar sudah mula mengugut.

Khayra Alana mula mencerlung tajam memandang ke arah Dato' Amar.

"Try me Dato'! I percaya you will lose the case! I ada voice CCTV yang merakam segala percakapan dan perlakuan Dato' yang cuba goda dan meraba I!" Bersinggung senyuman sinis di bibir Khayra Alana sebaik sahaja melihat perubahan raut wajah Dato' Amar... dan juga wajah membengis terkejut yang dilemparkan oleh Cik Linda kepada bakal suami tua kerepotnya!

"So... Dato' Amar. I give you two options. Ambil cek deposit tu dan berambus daripada sini. Ataupun reputasi Dato' sebagai seorang ahli korporat yang berjaya musnah dalam sekelip mata dengan cara... I akan sebarkan my company voice CCTV to social media! Dato' pilih." Dato' Amar dengan sepantas kilat beredar daripada situ. Meninggalkan bakal isteri yang berlari-lari mengejarnya dari belakang.

"Orang tua tu memang melampau! Sendiri yang buat onar... menyempat lagi pecahkan pintu entrance kaca ofis! Miss Kay mahu saya telefon polis? Biar Dato' Amar tu masuk lokap!" Naziha. Penyambut tetamu di syarikat Khayra's Planner sudah mengeluarkan telefon pintar miliknya. Mahu menghubungi polis.

"No need Naziha. I boleh ganti sendiri pintu kaca ofis. Janji I tak perlu hadap orang tua gatal merenyam tu lagi! Call the vendor now. Minta ganti pintu yang baru." Naziha segera berlalu menuju ke kaunter penyambut tetamu.

****

ZHIRMIN GROUP

"ABANG. Lagi dua bulan anak kita si Qash tu dah nak balik ke Malaysia. Akhirnya setuju juga si Qash tu mahu ambil alih syarikat ni ya bang." Puan Sri Alisa memulakan bicara sebaik sahaja beliau tiba ke pejabat suaminya. Tan Sri Ku Zhirmin Farid Shah.

"Tapikan abang... Lisa rasa baik kita ubah sikit dekorasi bilik ni. Ikut citarasa Qash. Okey tak abang?" Terhenti gerakan tangan Tan Sri Ku Zhirmin Farid Shah yang sedari tadi sibuk menurunkan tandatangan pada dokumen kertas kerja.

"Apa yang tak kenanya dengan dekorasi sekarang? Abang tengok elok saja. Citarasa abang dan Qash lebih kurang sama. Tak perlulah nak ubah-ubah hiasan."

"Lisa tak kira! Lisa mahu ubah juga bilik ni! Abang jangan masuk campur. Nanti Lisa minta tolong Secretary abang carikan syarikat planner yang terbaik."

"Kalau tak nak abang masuk campur... yang Lisa pergi tanya pendapat abang tadi buat apa?" Tergeleng-geleng kepala Tan Sri Ku Zhirmin Farid Shah.

Tan Sri Ku Zhirmin Farid Shah menyandarkan tubuhnya pada kerusi beroda pejabat sebaik sahaja kelibat isterinya beredar dan mahu berbincang dengan Puan Zarina. Setiausaha beliau yang berada di luar berkenaan dengan pengubahsuaian pejabat CEO untuk anak tunggal mereka.

Ku Zhirmin Qarl Aqashah. Memikirkan anak yang satu itu amat merungsingkan fikiran tuanya. Bukan senang mahu memujuk lelaki dingin itu untuk menerajui legasi syarikat milik keluarga mereka. Sedangkan anaknya itu sudah pun mempunyai syarikat perkapalannya sendiri. Belum lagi masuk dengan pekerjaan ‘kedua’ Qash... yang meneruskan legasi keturunan generasi terdahulu di belah keluarga Tan Sri Ku Zhirmin Farid Shah.

‘Daddy minta maaf Qash. Qash sahaja harapan pada keturunan Zhirmin untuk terajui syarikat ini. Daddy tak ada pilihan. Ini wasiat daripada arwah Tok. Berharap benar mahu Qash teruskan legasi Zhirmin Group.’

****

AMYLIA Zarith, Zafrul Rasul dan Nazmi Ariffin mula berpandangan sesama sendiri. Melihat sahabat baik mereka... Khayra Alana yang sejak daripada tadi menongkat kepala di atas meja café. Statik tidak bergerak. Menekur memandang sepi hidangan di hadapan... dan hanya membiarkan sahaja panggilan telefon pintar milik wanita itu berdering tanpa henti!

"Angkatlah handphone kau, Kay! Mama kau call tu! Manalah tahu ada emergency. Kalau kau tak nak jawab... mari sini aku tolong jawabkan!" Tersentak Amylia Zarith sebentar apabila Khayra Alana merampas kembali telefon pintar miliknya dan lantas melempar masuk ke dalam tas tangan.

"Ini mesti kes di rumah papa dan mama kau sekarang ada lelaki datang kan?! Mahu kenen-kenenkan kau!" Nazmi Ariffin sudah mula ketawa.

"As usual! Rumah papa dan mama aku tu tiap-tiap malam ada je lelaki datang! Serabut la..." Khayra Alana merengus perlahan.

"Try la babe. Mana tahu... lelaki-lelaki yang mama kau nak kenenkan sangat tu boleh kasi ovari kau meletup kebabom! Hahahaha!" Zafrul Rasul sudah menghamburkan ketawa mengekek. Diikuti pula dengan sahut menyahut ketawa dua lagi sahabat baiknya. Khayra Alana pula hanya menjulingkan mata ke atas.

"Babe-babe sekalian. I am a woman who has everything. Aku tak perlukan kehadiran mana-mana lelaki la untuk menjadi pelengkap hidup aku."

"Kau jangan angkuh sangat Kay. One fine day... tiba-tiba muncul seketul jantan buat kau terciduk nanti..."

"Tak akan ada lelaki yang hebatlah yang boleh jadi partner in crime aku! Majoriti lelaki kebanyakannya useless! Lemah!" Begitu angkuh bicara Khayra Alana.

"Kay oi! Aku dan Zafrul ni lelaki tau! Amboi mulut dia! Main lepas cakap saja kutuk kaum kerabat kitaorang! Nasib baik kau tu berstatus best friend forever! Kalau tidak... dah lama aku ajak bergusti dengan kau di sini! Sekarang juga!" Makin panas hati Nazmi Ariffin melihat mimik muka Khayra Alana yang galak mengajuk percakapannya!

"Kau tu lelaki ke Nazmi... bukan ‘separuh-separuh’ ke?! Hahaha! Ada hati nak ajak aku bergusti! Sah-sahlah kau yang melalak dulu dik non!"

Khayra Alana yang masih mahu bertelagah dengan Nazmi Ariffin mula terdiam apabila notifikasi WhatsApp Iphone 12 miliknya berbunyi. Nada dering istimewa yang disetkan oleh Khayra Alana. Khas untuk urusan kerja berkaitan dengan Khayra's Planner.

"Siapa tu?!" Secara serentak ketiga-tiga sahabat Khayra Alana bertanya.

"Naziha forward message dari client baru. Berkenaan mahu ubah interior ruang bilik ofis. Katanya anak Tuan CEO nak take over company ayah dia."

"Wow! Bukan calang-calang client kau ni babe! Daripada syarikat mana tu, Kay?!" Amylia Zarith teruja bertanya. Seperti biasa Zafrul Rasul dan Nazmi Ariffin sudah mula merapatkan diri masing-masing. Mahu juga kepochi!

"Zhirmin Group. Client nak jumpa aku esok pagi... di sana."

Mellbie ISR
Actual Published: 27/1/2021
Republished cum editing: 7/10/2022

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience