BAB 3

Action Completed 139193

Masa Kini – Kuala Lumpur, Malaysia

KHAYRA'S PLANNER

TUMPUAN Khayra Alana yang sedang melakar dekorasi pelamin terganggu sebentar. Lalu dicapainya Iphone 12 miliknya yang berada di atas meja... yang sedari tadi tidak berhenti mengeluarkan bunyi notifikasi group WhatApps!

Khayra Alana hanya mampu tersenyum membaca mesej-mesej berangkai laju yang dihantar secara silih berganti oleh tiga sahabat baik beliau. Siapa lagi kalau bukan Amylia Zarith, Zafrul Rasul dan juga Nazmi Ariffin yang dikenali sejak di bangku sekolah rendah lagi.

‘Maki hamun aku berjemaah nampak tiga ketul ni! Masing-masing punya bahasa puaka tak boleh bawa bincang langsung!’ Gumam menyinis Khayra Alana di dalam hati. Tetapi dia sedikit pun tidak terasa hati kerana sudah terbiasa. Lagipun kalau hendak dibandingkan bahasa puaka di antara mereka berempat. Khayra Alana lagi W.I.N!

Khayra Alana memicit pelipis dahi dan mula mengeluh. Keputusannya yang menarik diri di saat-saat akhir perancangan mereka berempat untuk bercuti bersama selama sebulan menjelajah Negara Itali terpaksa diambil. Ini kerana semakin hari semakin banyak projek baru syarikat miliknya menerima tender dan sudah semestinya Khayra Alana akan mendahulukan kerja beliau... dan ini bukan kali pertama dia menunda percutian bersama-sama dengan tiga sahabat baiknya itu. Sejak daripada empat tahun lepas lagi. Keep on delayed! Dan Khayra Alana fikir untuk tahun ini dia akhirnya berjaya memberi ruang kepada dirinya sendiri. Meluangkan masa untuk bercuti. Tetapi tidak sama sekali! Dan dia faham tahap kemarahan yang membuak di dalam diri Amylia Zarith, Zafrul Rasul dan juga Nazmi Ariffin terhadapnya.

"Miss Kay. Puan Sri Alisa bagi ni…" Naziha mula melangkah masuk dan meletakkan barangan pemberian daripada wanita VVIP itu.

"Again?! Kali ni Puan Sri bagi apa pula?!" Khayra Alana mula membelek-belek barangan yang berada di atas meja kerja beliau. Khayra Alana yang sedang gigih membuka balutan… lantas tersenyum apabila telefon pintar di tangannya bergetar dan tertera nama wanita itu di permukaan skrin.

"Assalammualaikum Puan Sri. Ya... Ayra dah terima barang pemberian Puan Sri. Baru nak buka. Oh yeke?! Patutlah besar hadiah kali ni Ayra dapat. Hah?! Panggil je Auntie Lisa? Hurm okeylah Auntie Lisa. Terima kasih banyak-banyak. Eh Auntie Lisa. Sampaikan ucapan terima kasih Ayra pada Tuan Qash ya. Okey Auntie Lisa... Waalaikummussalam..."

Sebaik sahaja Khayra Alana mematikan talian. Dengan perasaan tidak sabar dan agak teruja... dia lantas membuka balutan bersegi empat sederhana besar itu.

"Wow! It so beautiful!"

Terpesona Khayra Alana melihat lukisan Abstrak yang dihadiahkan oleh Tuan Qash melalui ibunya, Puan Sri Alisa sebagai tanda ucapan terima kasih di atas hasil sentuhan berseni Khayra Alana dalam mengubah interior pejabat Tuan CEO Zhirmin Group.
Semenjak projek yang satu itu siap sepenuhnya hampir tiga bulan yang lalu... Ku Zhirmin Farid Shah dan Puan Sri Alisa sangat berpuas hati dengan hasil sentuhan dekorasi interior syarikatnya dan semenjak daripada itu... dia sering menerima pelbagai hadiah daripada mereka. Tetapi kali ini lain sedikit pemberian yang Khayra Alana terima. Lukisan hasil tangan berseni daripada anak Ku Zhirmin Farid Shah dan Puan Sri Alisa.

***

ZHIRMIN GROUP

KU Zhirmin Qarl Aqashah yang sedang berbual santai dengan daddy menjeling sekilas ke arah mommy yang sedari tadi asyik tersenyum-senyum sebaik sahaja mematikan talian di telefon pintarnya.

"Mommy okey ke tu? Dari tadi asyik tersenyum saja. You look so happy. Tak mahu berkongsi cerita sama Qash dan daddy?"

"Mommy baru lepas bersembang dengan Ayra..."

"Ayra? Who?" Ku Zhirmin Qarl Aqashah mula berkerut dahi. Mengerah mindanya sebentar memikir sebaris nama yang meluncur di bicara Puan Sri Alisa.

"Ala Qash. Ayra... yang mommy upah syarikat dia untuk ubah interior ofis Qash ni. Qash yang suruh mommy hantar lukisan Qash pada dia sebagai tanda terima kasih. Sebab Qash berkenan sangat dengan sentuhan interior si Ayra tu. Ish budak bertuah ni. Cepat benar lupanya!"

Ku Zhirmin Qarl Aqashah hanya memandang seraut wajah mommy tanpa sebarang reaksi. Bukannya dia lupa. Tetapi terlalu banyak perkara yang beliau fikirkan. Hendakkan pula lusa dia sudah mahu berangkat ke Negara Itali di atas urusan kerja ‘kedua’!

Renungan mata tajam Ku Zhirmin Qarl Aqashah mula melilau memandang sekeliling bilik pejabat CEO. Dia begitu kagum dengan sentuhan interior wanita yang bernama Ayra itu. Sangat kena dengan jiwa dan kredibiliti yang dibawanya sebagai seorang ahli tokoh korporat yang disegani dan terkenal… dan sememangnya dua gabungan warna ini merupakan lambang identiti beliau sendiri. Hampir keseluruhan barangan miliknya mempunyai dua kombinasi warna hitam dan keemasan. Mungkin suatu hari nanti dia akan menggunakan khidmat syarikat wanita itu untuk mendekorasi rumah agam barunya yang masih lagi dalam proses pembinaan di sini.
"Apa dia mommy?!"

"Ish Qash ni! Mommy cakap sorang-sorang daripada tadi rupanya!" Membuntang geram Puan Sri Alisa merenung anak tunggal beliau.

"Mommy cakap Ayra tu cantik budaknya dan bagus dalam buat kerja. Muda-muda lagi sudah ada syarikat sendiri. Cantik-cantik dia… garang dan tegas si Ayra tu! Mommy perhati saja cara dia marah dan arahkan pekerja dia. Kecut perut mommy!" Puan Sri Alisa mula terbayang-bayang seraut wajah cantik jelita milik Khayra Alana. Dalam garang dan tegas... dia tahu wanita itu seorang yang lembut dan manja orangnya. Mungkin terpaksa bersikap begitu atas dasar kerja.

"Tapi kan Qash… mommy rasa Qash dan Ayra tu sepadan sangat! Yalah! Seorang dingin dan asyik serius saja memanjang dan seorang lagi garang. Eloklah tu kombinasi. Qash nak mommy…"

"Nope mommy! Please don't start. Qash tak berminat mahu kenal dengan sesiapa pun. You know the risk yang Qash ‘pegang’ sekarang..." Ku Zhirmin Qarl Aqashah pantas memintas bicara Puan Sri Alisa.

"Okey fine, Qash! Jangan cakap mommy tak cuba tolong mahu kenalkan Qash sama Ayra. Nanti menyesal jangan melutut depan mommy! Ayra tu cantik dan bijak. Sempurna sangat dia di mata mommy."

Ku Zhirmin Qarl Aqashah hanya melemparkan senyuman tipis pada Puan Sri Alisa. Entahlah! Dia merasakan yang dia kini sudah jatuh cinta dengan seseorang. Hendak dikerah Marco dan Stefano untuk mencari? Mahu teruk dia kena bahan nanti oleh dua orang kanan kepercayaannya! Biar dia sahajalah yang mencarinya sendiri. Tetapi apabila tiba masanya nanti!

Benar! Dia sudah jatuh cinta dengan pemilik kepada sehelai napkin kecil yang berukiran abjad K itu dan harumannya sudah melekat teguh malah terasa begitu sebati di jiwa lelakinya!

***

TERATAK KHIDIR-KARTINI

KHAYRA Alana mencebik bibir dengan rasa meluat! Sebaik sahaja dia terlihat kelibat Mikael Kashaf yang elok bersandar santai pada Grey Audi Sport R8. Merupakan kenderaan milik lelaki itu yang menghalang pagar rumah papa dan mama.

"Khayra Alana. My darling...." Mikael Kashaf mendepakan tangan sebaik sahaja figura wanita pujaannya itu melangkah keluar daripada kereta.

"I am not your darling, Mr. Mikael Kashaf! Move your car please! I nak masuk!"

"My dear Khayra. You tahu kan yang kita akan berkahwin tak lama lagi..." Mikael Kashaf sudah mula melangkah mendekati Khayra Alana lalu menyandarkan tubuhnya di kereta wanita itu.

"Hahaha! Jangan nak merepeklah! It will never happen!" Khayra Alana menepis kasar tangan Mikael Kashaf yang cuba bermain-main dengan hujung rambutnya.

"Soon Khayra sayang. You will be mine. You belum kenal lagi I siapa. No one. I repeat... no one can say no to me especially you! Just be prepared Khayra! Tak lama lagi you akan menjadi hak mutlak I. Forever! Tunggulah dalam bulan ni ke bulan depan ke... rombongan meminang akan sampai ke sini."

"Mr. Mikael Kashaf yang rasa diri tu bagus sangat! When a Khayra Alana said that… it will never happened. She is really mean it! Now… sila berambus daripada sini!"

**

KHAYRA Alana menghempas kuat pintu kamar beradunya. Meluap-luap rasa amarah di hati. Betapa sakit hatinya apabila mama bersetuju menerima kedatangan rombongan meminang daripada pihak keluarga Mikael Kashaf tidak lama lagi!

Ooo... patutlah penuh yakin lelaki itu berbicara dengannya petang tadi. Rupa-rupanya... papa dan mama sudah bersetuju untuk mereka disatukan!

Agak lama Khayra Alana merenung Iphone 12 di sisi birai katil dan serta-merta bibirnya mengukir senyuman penuh lebar!
Sebaik sahaja Khayra Alana menghantar mesej di notifikasi group WhatsApp. Beliau segera menuju ke pintu wardrobe.

Dentingan notifikasi group WhatApps yang bertubi-tubi masuk tidak dihiraukan. Semestinya dia tahu siapa dan ayat yang ditaip oleh tiga sahabat baiknya itu.

"Hello Italy! Wait for me! Khayra Alana is coming!” Bernyanyi-nyanyi riang Khayra Alana sambil mengemas pakaian dan barangan miliknya masuk ke dalam bagasi tarik dan dia akan mula berangkat lusa ke sana.

Semoga percutian selama sebulan ini bisa memberikan Khayra Alana ruang untuk ‘melarikan diri’ buat seketika dan semoga percutian kali ini memberi dia satu kegembiraan dan keseronokan yang tidak terhingga!

Amin!

Mellbie ISR
Actual Published: 29/1/2021
Republished cum editing: 7/10/2022

Share this novel

DHIA AMIRA
2022-10-11 13:02:46 

ok done read until here . . later continue


NovelPlus Premium

The best ads free experience