Series
591
ROSE berlari ke arah deretan bangunan lama. Dia benar-benar di dalam keadaan ketakutan. Siapa sangka dengan wajahnya yang sudah bertudung, suaminya dapat mencarinya sehingga ke sini.
Ting! Ting!
Nama majikannya tertera di permukaan skrin. Rose cepat-cepat mematikan talian, sebelum dirinya ketahuan.
Isy! Time ni jugalah dia nak call! Desis hati kecil Rose.
“Find her now!” Dato’ Harisz menjerit kuat, mengarahkan setiausahanya mencari isterinya.
Rose tersentak, sehingga membuatkan telefon bimbitnya terlepas dari tangan.
Pap!
Skrin telefon bimbitnya retak serta merta.
Handphone aku! Aduh, aku beli dengan duit gaji aku! Jerit hati kecilnya.
Dato’ Harisz yang kebetulan lalu di situ, terus sahaja menghentikan langkah. Adakah itu isterinya?
Rose terus mencapai telefon bimbitnya dengan pantas. Belum sempat kaki mahu melangkah, tiba-tiba pinggangnya diraih lalu tubuhnya dibawa ke dalam pelukan. Siapa lagi kalau bukan suaminya. Haruman minyak wangi yang begitu dikenalinya terus menerpa masuk ke rongga hidungnya. Dia sudah tertangkap!
“Lepaskan saya!” Rose meronta-ronta, minta dilepaskan. Kaki kanan diangkat tinggi, tetapi suaminya pantas mengelak daripada dipijaknya.
“Lepaskan Rose? Abang tak akan lepaskan Rose,” bisik Dato’ Harisz di tepi telinga Rose, dengan suara yang sedikit bergetar.
Bulu roma Rose terus sahaja meremang. Hampir 6 bulan dia melarikan diri, dan sekarang dia ditemui.
Dato’ Harisz memusingkan badan Rose menghadapnya. “Sampai hati Rose buat abang macam ni? Abang bagai nak gila cari Rose. Rupa-rupanya Rose larikan diri sehingga ke sini?”
“Awak nak apa lagi? Saya dah mesej awak sebelum ni, supaya lepaskan saya secara baik. Saya merayu sangat dekat awak. Tolonglah...” Rose melekapkan kedua-dua tapak tangannya, memohon supaya Dato’ Harisz dapat melepaskannya. Lagipun dia sudah berjanji dengan seseorang, untuk menjauhkan dirinya daripada suaminya.
“Lepaskan Rose? Tak, abang takkan lepaskan Rose.”
Rose mencebik menahan tangis. “Kenapa susah sangat awak nak lepaskan saya? Berapa lama lagi awak nak simpan saya? Berapa lama lagi! Saya dah tak sanggup nak teruskan perkahwinan ni lagi!”
“Apa Rose cakap ni? Simpan? Rose isteri abang yang sah. Tak ada istilah simpan. Dan abang takkan lepaskan Rose.” Kedua-dua mata Dato’ Harisz tampak seperti menahan air mata daripada jatuh.
Rose senyum sinis. “Awak tahu tak, awak dah betul-betul susahkan saya? Saya susah nak mohon penceraian, disebabkan awak tak daftar pernikahan kita dekat sini. Proses jadi rumit, awak tahu tak?!”
“Kenapa Rose nak sangat bercerai? Walaupun Rose larikan diri daripada abang, abang tak pernah lupa untuk bank in duit pada Rose setiap minggu. Cuba beritahu abang, apa yang kurangnya dengan abang ni?” Dato’ Harisz mula hilang sabar. Dia tahu, Rose menyintainya. Tiada sebab isterinya mahu meminta cerai.
“Bank in duit? Awak ingat saya guna ke duit awak bagi tu? Satu sen saya tak gunalah! Dan sekarang ni, awak tak faham lagi ke? Saya nak awak lepaskan saya! Saya tak nak lagi jadi isteri awak!”
“Sebabkan dia ke, Rose larikan diri daripada abang? Kita balik ya? Abang rindukan Rose sangat-sangat.” Tak dinafikan dia benar-benar rindukan Rose.
“Tak... saya tak nak balik! Saya nak awak ceraikan saya! Awak tak faham-faham ke!” Rose meninggikan suaranya. Dia sudah semakin hilang sabar. Mahu sahaja kakinya mahu menendang suaminya, seperti yang pernah dibuatnya sebelum ini.
Rahang Dato’ Harisz mula bergerak menahan marah. Tak semudah itu dia akan melepaskan isterinya. Lengan kanan Rose terus ditarik kasar. Dia mahu mengheret isterinya masuk ke dalam kereta. Belum sempat dia mahu berbuat demikian, tiba-tiba satu tumbukan tepat mengenai rahang kanannya.
Buk!
Hampir sahaja Dato’ Harisz tersungkur, tetapi sempat dia menahan dirinya daripada terjatuh. Sedikit cecair merah sudah mengalir di tepi bibirnya.
Rose terkedu.
“What the hell!” marah Dato’ Harisz.
“Lebih baik kau lepaskan dia!”
“Who the hell are you!”
“Lepaskan Rose sekarang!”
“Kau siapa?! Apa hak kau suruh aku lepaskan dia? She’s my wife!”
“Apa? Wife?” Faisal sudah tercengang mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki tadi.
Rose sudah kehilangan kata. Rahsia tentang status perkahwinannya terbongkar di hadapan majikannya sendiri.
Share this novel