Bab 3

Short Story Series 4553

Kriinng...kringg.... "aku dari rumah ni, otw nak pergi gim" jawab Daniel Farhan kepada kawan baiknya Riyash Irfan lalu memutuskan panggilan talifon. Daniel Farhan lelaki idaman wanita. Seorang jejaka yang romantik, bertubuh sasa tapi tidak terlalu tinggi, bersahaja yang paling utama pandai memasak dia merupakan pemilik DaF Steak House. Dia banyak meluangkan masa di gim memandangkan dia bekerja sendiri hanya sesekali melawat beberapa cawangan Steak Housenya. Walau bagaimana pun Farhan merupakan duda tapi tidak mempunyai anak. Kisahnya bermula ketika melancong dalam negeri ke Utara tanah air Kedah.
Perkenalan dengan seorang gadis manis bertudung mempunyai kulit yang putih, rendah orangnya berbudi bahasa membuatkan hatinya telah dimiliki. Tanpa berlengah hanya mengambil masa beberapa bulan gadis tersebut menjadi suri hatinya. Layla Salina,iya tanpa disedarinya dalam baik yang dipaparkan oleh Layla rupa-rupanya ada udang disebalik batu. Hanya mampu bertahan 1tahun usia perkahwinan mereka. Rayuan demi rayuan, oleh kerana kesian pada isteri tercinta Farhan bersetuju untuk membenarkan isterinya mel?anjutkan pelajaran. Hanya mengambil masa setahun ikatan pernikahan mereka putus di tengah jalan kerana Layla curang kepada suaminya. Bagi remaja berusia awal 20-an berkahwin dengan lelaki 10tahun beza umurnya, dia merasakan dirinya terkongkong oleh ikatan tersebut. Akhirnya perceraian menjadi pilihan Layla walaupun berat hati Farhan untuk melepaskan dia kerana Farhan terlalu mencintai gadis tersebut. Tapi harini merubah segalanya.

Pon...Pon.... "Apahal yang tak jalan lampu dah hijau dari tadi lagi" bebel Farhan sambil membunyikan hon. Lalu menukar lorong kiri dan melintas kereta tersebut. Terlihat seorang gadis yang kelam kabut memasukkan gear tiba-tiba hatinya berdebar-debar seolah-olah waktu bergerak perlahan wajah wanita tadi asyik terbayang walaupun sudah 1jam berlalu. "Ya Allah, siapakah dia? kenapa hati aku berdebar-debar melihat dia? adakah aku dah jatuh cinta pada dia? macam mana aku nak cari dia? segala persoalan bermain di fikiran Farhan. Setelah 5 tahun hatinya tak berpenghuni kini terpapar gadis misteri yang tidak tahu asal usulnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience