BAB 2

Short Story Series 4553

"Selamat pagi Encik Rayash Irfan" sapa Aliya kepada bosnya. Menjawab dengan tegas "pagi, jadual i harini?"tanya Rayash kepada Aliya. " pukul 10pagi ada meeting dengan Harraz Holding, pukul 4.30 petang Encik Rayash kena jumpa client berkenaan projek di Sabah di DaF Steak House thats all". Terang Aliya kepada bosnya yang sememangnya terkenal dengan sikap yang tegas dan pentingkan kerjaya. Walaupun begitu hati Aliya tetap berbunga-bunga melihat bosnya bahkan terbayangkan wajah bosnya pun sudah membuatkan Aliya tersenyum sendiri. Ini bukan terjadi pada Aliya sahaja tetapi pada kakitangan yang lain juga. Tetapi Aliya sedar betapa susahnya untuk mendekati bosnya walaupun dia sendiri sebagai setiausaha bosnya. Aliya seorang gadis yang lincah, agak sosial mempunyai raut muka yang manis dan mengikut peredaran fesyen terkini. Sejak mula bekerja dengan RAYASH i HOLDING dia sudah jatuh hati dengan ketampanan Rayash yang cukup tampan dan segak itu. Tetapi Rayash lelaki yang penuh dengan ego tidak sebelah mata pun dia memandang Aliya.

Selesai meeting bersama Harraz Holding dia terus kebiliknya."Ting, masuk"Rayash menekan interkom dan memanggil Aliya masuk. "i keluar lunch and then i terus pergi jumpa client, i dah tak masuk office ok". Rayash menjelaskan kepada Aliya. Aliya hanya mengangguk tanda faham. Rayash berlalu terus tanpa menoleh kearahnya."kenapalah kau tak pandang aku, tak cukup cantik ke aku ni tak cukup seksi ke? keras sungguh hati kau.Kau langsung tak tergoda dengan aku. Walau macam mana sekalipun aku akan pastikan kau jadi milik aku". Mengomel sendiri bercampur marah Aliya apabila perasan yang bosnya langsung tidak menoleh kearahnya.

Rayash berjalan menuju ke parking dan terus memasuki keretanya, banyak mata memandang, ialah siapa yang tak cemburu seawal 30-an dia telah memiliki kekayaan yang di idamkan oleh setiap orang. Memandangkan masih awal lagi, dia terus memacu kenderaan ke rumah baba dan mummynya memandangkan mummynya ada urusan yang hendak dibincangkan dengan Rayash. Sesampai di Villa Indera Citra, dari jauh Rayash sudah nampak mummynya duduk di luar rumah membuat sulaman kain. Selesai parking keretanya dia terus menyapa mummynya "sibuk nampak mummy". "biasalah yash ada tempahan" jawab mummynya "kenapa tak suruh pekerja mummy je buat" katanya kepada mummynya. "ini special taw Yash Puan Sri Rosita punya, dia bertegas jugak nak air tangan mummy yang sulamkan.Terpaksa lah nak jaga hati customer, macam Yash la jugakkan". terang mummynya. "Kenapa mummy suruh Yash balik ni?"soal Rayash "salah ke mummy nak tengok anak mummy lagipun dah lama Yash tak balik mummy rindu" "rindu ke ada sebab lain?" "campur sekali macam ni another 2 week kawan mummy ada buat fesyen show untuk amal kalau Yash sudi untuk beri sumbanga nanti Yash boleh ikut mummy pegi sana". "mummy pun tahu Yash tak berapa suka pergi majlis macam tu kan?" melihat muka mummynya yang dah masam mencuka tu akhirnya Yash bersetuju dengan pelawaan mummynya. Mummynya tersenyum kegirangan. Mematikan senyuman mummynya"i need to go mummy,Yash nak kena jumpa client kejap lagi but i promise you ok" sambil mencium pipi mummynya Yash menghadiahkan ucapan sayang kepada mummynya "I LOVE U".

Rayash terus memandu kereta mewahnya menuju ke DaF Steak House. Sesampainya di sana dia disapa seorang lelaki 40-an yang digelar Dato Zack. Selesai urusan berkenaan projek di Sabah, Dato Z meminta diri kerana mempunyai urusan lain. Rayash mengeluarkan handfonenya dan membelek-belek nombor lalu menekan dail.. TOT.TOT...TOT.TOT... "kau kat mane? tak nampak pun? oh.... ok..ok...." begitulah perbualannya di talifon sekejap tadi. Rayash mengangkat punggung dan keluar dari situ. Sebaik membuka pintu dia didekati oleh seorang remaja lelaki berkupiah."Assalamualaikum Tuan, saya nak minta derma untuk pusat tahfiz",katanya. Tanpa berlengah dia mengeluarkan not Rm50 dan diberikan kepada remaja tersebut. Lalu kembali ke keretanya. Tanpa disedarinya dompet yang disangka telah dimasukkan ke dalam poket kotnya td rupa-rupanya telah tercicir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience