BAB4

Short Story Series 4553

Seusai solat maghrib Hana cuba untuk hubungi semula nombor Rayash Irfan, akhirnya dapat ditembusi. "Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Encik Rayash Irfan?" "Speaking" Rayash menjawab dengan tegas. " Petang tadi saya ada terjumpa dompet Encik depan Spa Cinta Kasih" bagitahu Hana. "Rayash yang baru sahaja sampai ke rumah terus meraba-raba badannya mencari dompetnya baru dia sedar dompet dia tiada. Semasa di DaF Steak House, perasan handphonenya low bateri, die bergegas pulang ke pejabatnya untuk mengambil powerbanknya yang tertinggal dan beberapa dokumen yang perlu diambil untuk meeting esok. Tanpa sedar handphonenya lupa di 'on' kan, hampir separuh perjalanan baru dia perasankannya. Selepas di 'on' terdapat beberapa misscol from unknown nombor. Jadi bagi someone like Rayash Irfan kalau urgen that person will call him back. Sambung on call tadi, "Hello hello are you there Mr.Rayash?. "Yes, Tomorrow jumpa i dekat DaF Steak House i send location" "DaF Steak House? its ok i know that place. See you tomorrow"balas Hana.

Bip..bip.. Hana melihat handpdonenya 'New Massage' from unknown number. Tanpa berlengah Hana terus membuka mesej tersebut. 'Jumpa i dekat Daf Steak House jam 5.30 petang tepat ok, i tak suka lambat-lambat'. Hana terpinga-pinga"kereknye mamat ni dah la aku jumpa dompet dia, aku yang nak tolong hantar kat dia sepatutnya dia yang datang ambik, berlagak betul. Jap lesen dia kan semua kat sini macam mana nak drive, kang kena tangkap dengan polis takde dokumen polis cakap bukan warganegara Malaysia pulak nanti kikkikkik...'Hana gelak geli hati. Jam 5.15 petang Hana sudah sampai di DaF Steak House. Sambil menunggu Hana memesan minuman kegemarannya 'Chocolate Americano'. Sambil menunggu, Hana melihat beberapa koleksi pakaian yang akan dilancarkan oleh syarikatnya RAFFANNE COLLECTION SDN BHD walaupun baru 5 tahun menapak dalam dunia fesyen sememangnya koleksinya mendapat sambutan yang menggalakkan sehinggakan dia mampu membuka 5 cawangan dalam masa 5 tahun. Hana hanya akan melawat cawangan butiknya sekali sebulan, masa yang selebihnya akan di fokuskan di pejabat.
Tik..tok...tik...tok....masa berlalu dengan sangat cepat. Hana melihat jam ditangannya sudah hampir jam 6petang. 'cakap tak suka menunggu orang lambat-lambat, habis 2 dia ingat aku ni patung duk tunggu dia kat sini'.mengomel Hana sendiri. 'Bip..bip...' i tak dapat datang sebab ada hal urgent jadi tolong pass dekat kawan i owner DaF Steak House. Mulut Hana dah tak boleh di tutup, marah sungguh dia "kurang asam betul la mamat ni, kalau aku tau macam ni aku biar je lah dompet dia tepi jalan 2 menyusahkan orang je lah,berangin sungguh aku petang ni".
'Dik, sini kejap' Hana memanggil pelayan restoran tu. "ye ,miss boleh saya bantu?" jawab pelayan tersebut. "Boleh saya jumpa owner kat sini tak,saya nak pass kan dompet kawan dia ni" sambil tunjukkan dompet tersebut. " Dia tak ada lah cik, biasanya kalau waktu macam ni dia ada dekat gim cik". "Pulak dah" Hana mengomel dalam hati. "Boleh u col dia tak?" "sekejap ye cik". 5minit kemudian pelayan tadi datang kembali. "Maaf cik sebab menunggu, bos ada dekat gim cik boleh pegi jumpa dia kat sana, gim tu 2 blok dari bangunan ni.Satu lagi cik bos saya cakap cik tak perlu bayar dia belanja" dia terus berlalu pergi. "Minum free sejuk sikit hati aku ni, tapi dah kenape suruh aku pegi sana sini pulak, aku yang nak tolong orang tapi aku pulak yang terkena. Penat...penat" bebelnya sendiri.

Selepas dua kali buat pusing confirm ada satu je Gim kat situ. 'Extra Exersice' "sinilah kot mana ada gim lain dah, urmm... macam tak sesuai je pakaian aku ni datang dekat gim" bermonolog sendiri. Hana bergaun merah bawah lutut, berkasut tumit tinggi. Rambut ikal paras pinggang cukup menggoda mana-mana lelaki yang dekat dengannya. "Panjat tangga pulak" bebel Hana. Sampai je di atas, seperti yang dijangkakan semua mata memerhatikannya sehinggakan Hana merasa tidak selesa. Tanpa berlengah Hana terus ke kaunter."Hye, saya nak jumpa owner DaF Steak House , u kenal tak? tadi i tanya staff dia, dia suruh i datang sini." terang Hana kepada lelaki yang berada di kaunter gim tersebut". Tanpa berlengah "Han girlfriend u cari ni, ada girlfriend lawa macam ni tak kenalkan dekat kita orang kan" tempik lelaki tersebut di dalam gim. Muka Hana tiba-tiba berubah menjadi merah, malu bercampur dengan segan. Dah la semua yang ada lelaki, tiba-tiba lelaki tadi bersapa lagi" cik boleh tunggu dekat bilik menunggu hujung sana ya" sambil menunjukkan bilik tersebut dengan jarinya.
Hana perlu melintasi lelaki-lelaki sado terlebih dahulu untuk ke ruang menunggu. Dengan perasaan yang malu Hana lalu dengan wajah di tunduk kan kebawah untuk tidak bertentang mata dengan mereka.Sesampai di ruang menunggu Hana berasa lega dan menghembuskan nafas yang panjang tapi apabila dia berpusing ke belakang "Mak kau hantu terbang pergi kampung pisang tak pulang-pulang" Hana melatah panjang terkejut melihat kelibat Farhan sudah berada di kerusi ruang menunggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience