Pembunuh Bersiri Zodiac (Kisah Benar)

Horror & Thriller Completed 771

Sekiranya fail siasatan kes pembunuhan berprofail tinggi Zodiac masih dibuka hingga ke hari ini. Maka ianya sudah berusia 49 Tahun dari hari pertama Zodiac melakukan pembunuhan pada tahun 1968. Kes ini pernah ditutup pada tahun 2004. Namun atas beberapa sebab ianya dibuka semula 3 tahun kemudian.

Sehingga kini suspek utama pembunuhan masih tidak diketahui. Walaupun pasukan penyiasat yang hebat telah ditugaskan untuk mengambil alih kes ini namun ianya sangat rumit untuk diselesaikan. Zodiac sangat licik dan bijak. Siapa sebenarnya Zodiac? Mengapa dia melakukan pembunuhan bersiri? Ayuh sama-sama kita telusuri kisah ini.

Kronologi Pembunuhan

Pada 20 Disember 1968, dua orang pelajar sekolah tinggi David Faraday dan Betty Lou Jensen dipercayai hilang ketika di dalam perjalanan pergi ke sebuah konsert Xmas yang dibuat di Hogan High School, yang jaraknya hanya 3 blok bangunan dari rumah mereka. Tragisnya, Mayat mereka kemudian ditemui di Lake Hermand Road. Menurut pihak Polis, kedua-dua mangsa telah diserang dan ditembak oleh orang yang tidak dikenali. Hasil siasatan pembunuhan ianya bukan bermotifkan rompakan. Ini kerana barang berharga mangsa masih berada ditempat kejadian.

7 Bulan kemudian, iaitu pada tanggal 4 Julai 1969. Sepasang kekasih telah diserang tidak jauh dari lokasi pertama pembunuhan iaitu di Blue Rock Spring Park. Menurut laporan yang dibuat. Kereta mangsa mengalami kerosakan dan mereka telah berhenti di bahu jalan untuk meminta bantuan dari kenderaan lain yang melalui kawasan itu.

Kemudian sebuah kereta tidak dikenali telah berhenti tidak jauh dari kereta mereka. Selepas itu seorang lelaki keluar dari kereta itu datang ke arah mereka sebelum melepaskan tembakan bertubi-tubi kearah kedua-dua mangsa.Orang awam yang terlihat mangsa terbaring di situ telah menghubungi pihak berkuasa.

Pasangan kekasih Michael Mageau dan teman wanitanya Darlene Ferrin dikejarkan ke hospital. Michael Mageau yang cedera parah akibat tembakan dileher dan dada berjaya diselamatkan. Manakala Darlene Ferrin mati sewaktu di dalam perjalanan menuju ke hospital.

Panggilan Orang Tak Dikenali.

5 Julai 1969, Balai Polis Vallejo telah menerima panggilan misteri dari seorang lelaki. Lelaki tersebut mengakui, yang dia bertanggung jawab keatas kedua-dua kes pembunuhan. Susulan itu, Pihak Polis Vallejo telah melakukan siasatan dan mendapati panggilan itu dibuat dari pondok telefon awam yang lokasinya tidak jauh dari tempat kejadian.

Surat-surat Dari Zodiac Killer.

1 Ogos 1969, tiga buah syarikat akhbar tempatan telah dikejutkan dengan tiga pucuk surat yang telah dihantar masing-masing ke Vallejo Times Herald, The San Fransisco Examiner, dan San Fransisco. Isi surat tersebut memberitahu bahawa pengirim surat adalah orang yang bertanggung jawab keatas dua siri pembunuhan yang terjadi di Lake Herman Road dan Blue Rock Spring Park

““I am the killer of the two teenagers last Christmas at Lake Herman”. Namunpun begitu, 408 patah perkataan yang lain ditulis menggunakan simbol yang dikenali sebagai cryptogram. Pengirim surat juga meminta ketiga-tiga surat tersebut supaya di masukan kedalam cetakan akhabar keesokan harinya. Jika permintaan ini tidak ditunaikan. Dia akan melakukan pembunuhan yang berikutnya.

Selang beberapa hari iaitu pada 7 ogos 1969, sepucuk surat lain telah diterima oleh The San Fransisco. Dengan ayat pembukaan ditulis “Dear Editor, This is Zodiac speaking”. Dengan itu, buat pertama kalinya dia memberitahu yang dirinya dikenali sebagai Zodiac.

Kali ini surat itu ditulis oleh Zodiac untuk membuktikan perincian setiap pembunuhan yang dilakukan olehnya. Ini adalah kerana Ketua Polis Vallejo, Jack E. Stiltz telah menafikan pembunuhan sebelum ini dilakukan oleh Zodiac di tiga pucuk surat pertama yang dikirimkan oleh Zodiac dan mengatakan ianya meragukan dan merupakan permainan dari sesorang yang berpura-pura menjadi Zodiac.

Oleh itu, surat itu dituliskan semula oleh Zodiac untuk menceritakan butiran mangsa pembunuhan, dan selepas semakan dibuat ianya sama seperti didalam siasatan.

Pada 8 Ogos 1969 iaitu pada keesokan harinnya. Surat pertama sebelum itu, yang dipenuhi dengan simbol cryptogram telah dapat dipecahkan dan dituliskan semula kedalam bahasa Inggeris oleh suami dan isteri yang juga bekerja sebagai Cikgu. Cikgu tersebut bernama Donald dan Cikgu Betty Harden. Menurut mereka surat pertama tidak menceritakan siapa dia Zodiac. Malah terlalu banyak kesalahan ejaan di dalam surat itu.

Pembunuhan ke 3

Pada malam 27 September 1969, satu lagi kes pembunuhan telah terjadi. Kali ini mangsanya adalah pasangan Cecilia Shepherd dan Bryan Hartnell. Kedua pasangan ini sedang berehat di Lake Berryessa, Napa County telah diserang dan tangan mereka diikat sebelum ditikam tanpa belas kasihan berkali-kali. Seolah-olah pembunuh sedang melepaskan geram.

Selepas itu penyerang telah meniggalkan sekeping nota yang diselitkan pada pintu kereta mangsa. Kemudian penyerang juga telah membuat panggilan ke balai Polis Napa untuk memberitahu bahawa dia telah melakukan serangan keatas suspek dan sekali lagi memberitahu bahawa dia adalah Zodiac.

Sejurus itu sepasukan Polis dan Ambulans telah dikejarkan ke tempat kejadian. Cecilia Shepherd tidak dapat diselamatkan. Sementara itu teman lelakinya Bryan Hartnell yang terselamat dan pulih selepas itu menceritakan kejadian. Menurut Hartnell, suspek menggunakan topeng dan bajunya terdapat simbol circle-cross.

Dua minggu selepas itu, seorang pemandu teksi pula telah ditembak di San Fransisco. Siasatan awal pihak Polis mendapati serangan tersebut mungkin bermotifkan rompakan. Namun ianya meleset. Tiga hari selepas kejadian itu,, sepucuk surat telah dikirimkan ke The San Fransisco Chronicle. Surat itu menyatakan bahawa Paul Stine (Pemandu Teksi) telah dibunuh olehnya (Zodiac) ini dibuktikan dengan sepasang baju yang mempunyai tompokan darah dikirimkan sekali bersama surat tersebut. Diakhir surat itu, Zodiac memberitahu dia akan membuat serangan terhadap bas sekolah yang dipenuhi dengan kanak-kanak.

Pihak polis kemudianya, meneliti semula semua surat yang pernah dihantar oleh Zodiac. Polis juga merujuk semula kepada kes tembakan keatas pemandu teksi. Beberapa orang saksi yang melihat kejadian itu berlaku, telah dipanggil untuk memberi keterangan. Selepas itu pihak Polis telah mengeluarkan lakaran wajah yang bekemungkinan dialah Zodiac si pembunuh.

Ironinya, walaupun banyak bukti telah dikumpulkan oleh pihak Polis namun tiada tangkapan berjaya dibuat. Selepas itu, banyak kes serangan dan pembunuhan terjadi. Yang juga berkemungkinan dilakukan oleh Zodiac. Semua ini berlarutan sehingga tahun 1974, dimana Zodiac menghantar sepucuk surat mengancam akan meletupkan bas sekolah.

Pada tahun 1991, setelah Polis mendapat waran dari mahkhamah untuk menggeledah rumah suspek utama iaitu, Arthur Leigh Allen. Yang dilihat mempunyai ciri yang hampir sama dengan Zodiac. Polis berjaya menjumpai mesin taip jenis Royal typewriter. Jenis mesin taip ini, menghasilkan tulisan yang sama dengan surat daripada Zodiac. Begitupun setelah pemeriksaan dibuat di balai Polis. Cop jari Arthur Leigh Allen tidak sama dengan dengan cop jari di semua barang bukti. Begitupun, Arthur Leigh Allen akhirnya mati kerana sakit diabetes pada tahun 1992. Setahun selepas siasatan masih berjalan terhadapnya.

Robert Graysmith di dalam bukunya yang bertajuk Zodiac, memberitahu bahawa Arthur Leigh Allen adalah Zodiac yang merupakan suspek sebenar pembunuhan bersiri ini. Atas sebab bukti-bukti yang kukuh dia secara yakin mengaitkan Arthur Leigh Allen dengan Zodiac. Selain daripada kisah ini dibukukan. Ianya juga dibawa ke layar perak pada tahun 2007. Dengan tajuk Zodiac. Filem ini dibintangi oleh Jake Gyllenhaal, Robert Downey Jr, dan Mark Ruffalo sebagai watak utama.

Kes ini masih tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini. Siapakah Zodiac? Adakah kamu yang sedang membaca kisah ini?

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience