Asal Usul Perayaan Halloween.

Horror & Thriller Completed 771

Perayaan Halloween asalnya adalah perayaan yang dicipta oleh golongan Celtic, dan nama asalnya adalah “Samhain”. Golongan Celtic ini hidup 2000 tahun yang lalu dan menduduki kawasan yang sekarang dikenali sebagai Ireland, United Kingdom dan Perancis.

Meraka ini merayakan tahun baru pada 1 November setiap tahun. Bulan November bagi mereka adalah menandakan penghujung musim panas, musim menuai dan permulaan musim sejuk yang gelap. Mereka percaya musim sejuk adalah musim yang sering dikaitkan dengan kematian pada ketika itu.

Puak Celtic juga percaya bahawa, pada malam sebelum tahun baru, iaitu pada 31 Oktober. Sempadan antara dunia yang hidup dan yang mati akan menjadi lemah. Pada malam inilah mereka akan merayakan Samhain dan mempercayai bahawa roh-roh orang mati akan kembali ke bumi.

Roh-roh jahat yang merayau tersebut dikatakan sentiasa merosakkan tanaman dan menyesatkan mereka yang keluar di malam hari. Walaupun sering mendatangkan kesusahan, mereka turut mengambil kesempatan dengan meminta pihak Druid (ketua agama) untuk berinteraksi dengan roh-roh dan meramal masa depan mereka sepanjang musim sejuk tu. Tujuan utama ramalan masa depan dibuat, adalah untuk membantu puak Celtic ini menempuh musim sejuk yang panjang dan gelap dengan lebih baik dan tenang tanpa gangguan dari roh-roh jahat.

Sempena acara ramalan masa depan tersebut, pihak Druid akan membina unggun api besar yang mereka anggap suci. Unggun api tersebut akan dibuat menggunakan kayu, tulang haiwan ternakan, ataupun tulang manusia yang dipilih dan telah dijadikan korban. Di sekeliling unggun api ini juga puak Celtic akan berkumpul dan membakar lagi hasil tanaman dan haiwan ternakan sebagai korban kepada dewa-dewa mereka.

Semasa perayaan Samhain, puak Celtic akan memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit haiwan. Ada yang memakai topeng yang diukir dengan ukiran yang menakutkan. Ini bertujuan untuk mengelirukan hantu-hantu yang berkeliaran. Apabila perayaan Samhain sudah berakhir, mereka akan menyalakan kembali unggun api yang telah dipadam. Tujuannya adalah untuk melindungi mereka sepanjang musim sejuk.

Menjelang 43 selepas masihi, Empayar Rom telah menakluki sebahagian besar wilayah Celtic. Mereka memerintah tanah Celtic selama 400 tahun. Dalam masa itulah, dua buah pesta yang berasal dari Rom digabungkan dengan perayaan Samhain.

Perayaan pertama adalah pesta Feralia. Ianya disambut pada hujung bulan Oktober dengan tujuan memperingati orang yang telah mati. Perayaan kedua ialah hari menghormati Pomona iaitu dewi buah-buahan dan pohon-pohon mengikut tradisi orang Rom. Kedua perayaan ini juga disambut pada 31 Oktober.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience