BAB 4

Drama Completed 312

“Cikgu, kenapa batik yang kita tempat warna oren tapi yang datang warna merah?” Lembut sahaja pertanyaan itu agar dapat mengenai dasar hati Cikgu Nurin.

Cikgu Nurin terus menjawab dengan yakin. Sudah dijangka soalan ini akan ditanya. Tega dalam semangat memberi jawapan. Sedar guru-guru melancarkan perang saraf. “Memang saya ada menerima e-mel contoh batik tersebut. Saya malas nak layan kerenah cikgu-cikgu semua tentang batik sutera itu lagi. Banyak lagi kerja yang saya nak buat. Malas nak panjangkan cerita terus saya setuju saja dengan e-mel tersebut.”

“Baiklah kalau macam tu. Saya akan jelaskan kepada semua guru.” Cikgu Hakim tidak mahu bersoal panjang. Keluar dari bilik guru besar dengan jawapan yang masih lagi menghantui perasaannya. Tidak mahu mencemar ketenangan.

“Guru besar jawab apa? Kenapa silap tempah? Kenapa tak bincang dengan kami?” Cikgu Iffah dan cikgu-cikgu lain menyerbu bagaikan wartawan Melodi melontarkan soalan demi soalan. Langsung tidak mendamaikan jiwa-jiwa derita. Semakin terhimpun keruh emosi.

Cikgu Hakim berlakon melembutkan nada. Sedar, pintu takdir melakarkan warna yang berbeza. “GB tidak mahu keruhkan keadaan yang sudah keruh. Malas nak cakap panjang terus setuju saja. Yang penting batik sutera dah sampai ke sekolah. Habis cerita.”

“Jadi apa perlu kita buat?” Cikgu Halimah tetap melawan setiap jawapan.

“Redha sajalah. Kita seumah seagama. Kenapa ditempah medan sengketa.” Ustazah Umaira menzahirkan niat yang tersirat. Tetap menyemai wangian kedamaian.

Namun, ternyata sangkaan meleset. Ada yang tidak berpuas hati. Berhari-hari dan berganti minggu. Tekad tidak mahu menjahit batik itu dijadikan baju. Tetap menjentik hiba yang tidak terperi.

“Saya tak nak buat.” Cikgu Hakim membalas. Menjelma amuk geger siang hari.

“Mahal tu tak kan tak nak buat?” Cikgu Izzul yang sebelum ini tidak pernah bersuara menarik untuk mencelah. Sampai macam itu sekali rajuk Cikgu Hakim.

“Aku boikot takkan buat. Aku yang beria memujuk, memilih warna dan corak baju tersebut kemudian dipersetujui oleh kekawan. Itu pun berapa kerat saja. Tapi aku terpaksa memilih dalam terpaksa.” Cikgu Hakim akhirnya meluahkan perasaan yang paling dalam sembunyi di lubuk hatinya selama ini.

Mulut Cikgu Halimah melopong sambil memandang Cikgu Iffah. Malapetaka apakah yang sedang berlaku ini? Apakah hati Cikgu Hakim sendiri sudah terkena tulah dan hukum karma kerana sehelai batik sutera? Yang badinya sudah lama menjalari dan berputar-putar ligat, berbelit serta meracuni perasaan semua guru.

“Saya sokong cikgu. Saya juga boikot tak nak buat.” Tiba-tiba Cikgu Yusra selaku rakan Cikgu Hakim yang menjadi tulang belakang dalam urusan jual beli batik sutera mencelah mengheret muka dua. Duka hiba laranya menjalari menjadi puaka kini.

“Kau tak nak buat juga ke?” Soal Cikgu Izzul hairan.

“Aku tak nak buat. Kain ni tak cantik langsung dari segi corak, warna dan sebagainya. Merah menyala macam Mak Ngah nak pergi kenduri!” Cikgu Yusra selaku cikgu Pendidikan Seni Visual merasakan batik sutera yang harga ratusan ringgit itu sangat tidak bernilai di matanya. Kutukan berselitkan kejian pula mengiringi setiap luahan perasaan.

“Kau cakap tak cantik. Ni kain mahal. Sampai ke luar negara orang beli.” Cikgu Izzul saja membuka medan borak antara guru-guru lelaki.

“Cantik apa. Merah menyala. Hati aku lagi menyala dari kain ni. Siap-silap boleh terbakar.” Cikgu Yusra tetap mempertahankan hujahnya. Rajuknya sama dengan Cikgu Hakim. Mereka berpadu rajuk patah hati kini.

Cikgu Yusra mencelah lagi. “Keputusan aku tekad. Pada pandangan mata aku saja selaku guru pendidikan seni yang pengalaman bermain dengan corak dan warna lukisan.”

“Hati aku dah lama terbakar sejak dibawa ke kilang itu tanpa perancangan.” Cikgu Hakim meluah sekali lagi bersama sedu terkelar hati terbelah.

Cikgu Hawa mendengar sahaja luahan guru-guru. Biarlah bertalu dendam. Dirinya sendiri sudah lama berdebar dalam pegun. Mengumpul doa agar semua guru tidak mencanangkan perasaan.

Cikgu Hakim terus mengeluarkan batik tersebut di depan semua guru-guru lelaki. Dibuka dan ditatap seketika lalu dibuat hampar meja.

Cikgu lain terkedu. Bertempur rasa bersandiwara. Kesudahan batik sutera semahal itu layak menjadi alas meja? Biar semua tahu, itulah seni luahan perasaan. Semoga hiba rasa ini hiba yang terakhir. Dibisukan kisah kelmarin.

Harapnya cikgu-cikgu akan sentiasa merenung hikmah ujian di sebalik. Biarlah rahsia batik itu terus melukiskan kisah dan takdir. Menjadi sejarah siapa yang betul siapa yang salah. Biarlah, batik sutera itu terus menjadi alas meja. Selagi ada kenangan, tiada terpadam ingatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience