GILA 3

Mystery & Detective Series 37353

Dari jauh sudah nampak bentangan pasir putih sejauh mata memandang dari Pulau Aman. Cantik sungguh permandangan ciptaan tuhan itu.

Bagaikan lukisan hidup yang dilukis pelukis yang terkenal saja. Bukit yang menghijau seakan - akan mengalukan kedatangan Humaira.

Humaira mula galak mengukir senyuman. Tidak sabar - sabar dia mahu menjejakkan kaki ke tanah, menenggelamkan segala jari jemari kaki ke dalam butiran pasir bak putih mutiara itu.

Sejujurnya, sudah dari tadi dia menahan rasa pening dan loya. Lupa pula yang dia mabuk laut. Kalau tidak, boleh dia singgah ke kedai Pak Salleh membeli ubat tahan mabuk.

Sampai di pesisir, Firhan dengan penuh rasa hormatnya menghulurkan tangannya pada Humaira. Sayangnya, wanita bernama Humaira itu terlebih dahulu terjun dari bot. Bukan susah pun.

Firhan yang masih berada di atas bot dan menunggu sambutan tangan Humaira mengekek tawa.

This woman…

" Boleh tahan juga awak ni, ya? Tak takut ke kalau jatuh tergolek dalam air?" Ujar Firhan sebaik saja dia juga sudah menuruni bot.

Setahu dia sarit - sarit saja dia mengenali seseorang seperti Humaira. Gayanya ayu bak wanita Melayu terakhir, tapi gerak tangkasnya seperti hulubalang perang. Dia membontoti Humaira sampai ke darat.

" Nak takut apanya? Terjun je la. Lagipun, bukannya dalam sangat. Cetek je tu, doktor,” bibir munggil Humaira terjuih kecil menunjuk ke arah gigi pantai yang cetek dengan air bergerlipan bak mutiara sambil dia membetul - betulkan kain baju kurungnya yang basah.

Ubun - ubun yang berdenyut dipicit lembut.

" Awak okay tak ni? Mabuk ya?" Firhan tanpa meminta izin dan segan silu mengurut ubun - ubun Humaira. Tidak semena, tubuh Firhan mula merapat ke tubuh Humaira.

Wah! Ini memang orang tak ada insurans betul ni. Bisik hati kecil Humaira.

Tanpa berfikir panjang, Humaira tangkas menepis tangan kekar Firhan sebelum dia berganjak dua langkah ke belakang. Mujur tidak tergolek dia jatuh terpalit kain baju kurung yang basah.

" Pening sikit je ni, doktor. Nanti eloklah,” beritahu Humaira gugup menahan gentar gemuruh di rengkung. Siapa saja selesa diperlakukan sedemikian rupa. Kenal tidak sampai sehari, sudah berani pegang sana sini.

Berani, Humaira bertentangan mata dengan Firhan. Lelaki itu hanya membuah senyum saja pada dia. Mungkin faham kenapa dia bertindak demikian rupa.

" Oh! Saya tolong pun marah ke?" Firhan tersengih sumbing sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Sengaja buat - buat bodoh alang.

" Hah?" Bulat mata Humaira dibuatnya. Apa mak bapak dia tak ajar batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ke?

Firhan terus bersenyum kulum seperti dia tak peduli dengan apa yang tertutur di bibir Humaira.

Humaira mula kerisauan keras dan melihatkan itu Firhan segera saja memutuskan lamunan.

" Anyway, welcome to Pulau Aman."

Firhan mendepa tangannya mempelawa Humaira ke mari. Kemudian, bola mata Humaira menebar pandangannya merentas dunia di hadapan mata.

Dia jadi teruja melihat bangunan besar yang dikelilingi kawat dawai di hadapannya. Hilang terbang melayang segala curiga pada Firhan.

Gigi cantik tersusun dibawa sekilas pamer pada Firhan sebelum dia beralih kembali pada hamparan hadapan.

Dia pasti. Melihatkan bangunan yang bercirikan Eropah itu, ia sama sekali bukan binaan moden.

Hatinya mula tertanya sejak bila bangunan itu wujud disitu? Macam mana tak pernah diketahuinya selama ini. Bingung bercampur takjub.

" It might looks eerie, but don't be intimidated by its look. It is a stunning building,” luah Firhan senyum menampakkan gigi berlapisnya di sebelah bawah. Namun, itu sedikit pun tidak menjejaskan kekacakan Firhan.

" Seram memang seram. Tapi, saya hairanlah…,” Humaira mengerut dahi mencari ayat yang sebenarnya sejak tadi lagi berlegar - legar dalam benaknya. Bila dia mahu menyuarakannya, dia terlupa pula.

" Hairan kenapa?" Firhan bertanya.

" Alamak, saya lupalah, doktor! Nanti saya ingat saya beritahu doktor ya,” bilang Humaira dengan sengih panjang sedepa.

Dia sememangnya begitu orangnya. Kadang kala dia sendiri terlupa apa yang difikirkan.

Firhan hanya menggeleng senyum. She seems really interesting…

“ Are you sure?” telor bunyi british dari suara Firhan.

Menonong Humaira bersimpandangan dengan lelaki tinggi lampai itu, “ ya? What is sure?” Memang ternyata dia lupa sama sekali.

Entah bila la agaknya dia boleh mengingat perkara yang dia ingin tanyakan tu.

" Nasib baik awak cantik. Kalau tak, tadi saya dah campak awak dalam air. Lepas ni, jangan lupa lagi, ya?” Firhan membuah senyum tapi ayatnya tadi bunyinya lebih kepada macam satu amaran saja.

Humaira menelan air liur. Tepat ke keputusan dia ke mari?

" Maaf, doktor."

" Firhan Panggil Firhan. Fir— Han. Boleh?"

Humaira terus saja mengangguk tidak banyak bicara. Terasa seperti Firhan yang lembut tutur katanya bertukar menjadi Firhan yang aneh kelakuannya. Humaira jadi sedikit kebingungan.

" Bagus. Good girl,” suara yang tadi garau bernada keras tiba - tiba berubah sensual. Sedar akan keterlanjurannya, cepat - cepat Firhan menambah, “ I fancy a well-mannered woman. Jom, saya bawa awak tour bangunan ni."

Firhan dengan berani mencuit batang hidung mancung Humaira. Ah! Dia tak mampu menahan betul!

Humaira mahu melarang tapi mengingatkan pandangan tidak senang Firhan tadi, dia putuskan niatnya.

Mahu tidak mahu, dia mengejar juga langkah besar Firhan kerana mahu seiiring jalan dengannya. Humaira mengekori saja ke mana kaki Firhan membawanya pergi.

Sudah hampir seluruh bangunan Firhan bawa dia melawat dan hampir semua tempat yang Humaira jejaki, semuanya menakutkan. Lebih - lebih lagi sewaktu Firhan tunjuk bilik banduan gila.

Mendengarkan rekod - rekon banduan gila ini, memang membuatkan sesiapa saja tidak mahu bertemu mata dengan mereka. Kejam dan menakutkan. Lebih tepat, langsung tidak berperikemanusiaan.

Cerita terbaru yang dia dengar dari Firhan pasal seorang lelaki membunuh seorang anggota polis dan mayat mangsa dikerat alat sulitnya sebelum ditanam di tanah perkuburan bukan Islam. Seram betul.

Humaira menelan air liur berkilo - kilo bila dia tahu akan hal itu, dan lebih menyeramkan bila itulah tempat dia akan memulakan kerjanya esok hari.

" Maaf tanya, Firhan. Tapi, kenapa semua bangunan tadi kosong?" Soal Humaira bila dia tidak nampak seorang pun pesakit mental berkeliaran di kawasan sekitar bangunan.

Sunyi sepi bagaikan bangunan tinggalan lama.

" OH! Its their playtime," sengih Firhan kedengaran berjenaka. Kelat tawa Humaira cuba membalas jenaka hambar Firhan. Dia mengangguk seakan burung belatuk.

***

TITTT!

Pintu keselamatan terbuka. Seorang pegawai menahan mereka daripada masuk. Bila Firhan menujukkan kad putih pada pegawai itu, dia mula menghulurkan sarung tangan getah perubatan bewarna hijau muda pada.

" Wear your gloves at anytime and at any costs,” Firhan beritahu Humaira sebelum dia menghulurkan sepasang sarung tangan padanya.

" Kenapa ya? Ada wabak penyakit ke kat sini?" Tanya Humaira ingin tahu. Kalau dah kena pakai sarung tangan 24/7 maksudnya mesti ada sesuatu yang tak enak didengar berlaku disini.

" Awak tengok saya macam mana, Doktor Humaira? Sihat atau sakit?" Soalan dibalas soalan. Tapi ya, ini Humaira tahu, sinis maksudnya.

Melihatkan Humaira yang masih juga bingung, Firhan mengeluh kecil, " we take precautions here. Some of these crazy butts aren't what you think or aren’t what you read from books. Pyschopaths aren't bloody pillock like what you always thought. They are gifted with critical creative thinking and the worst part, they remorse isn’t in their vocabulary. So be careful,” panjang lebar Firhan menerang dan itu dibalas anggukan faham dari Humaira.

" When I said, be careful. I really mean it! Silap hari bulan, dia orang pacak kepala awak dekat tiang sana," terang Firhan sambil jari telunjuknya tepat menunjuk ke arah kepala babi hutan yang terjelir lidahnya di atas tiang bendera usang.

Terkesiap jantung Humaira sampai longlai kakinya menyandar pada tubuh Firhan. Nasib baik tak tergolek jantungnya keluar.

Allahuakhbar! Kepala babi?!

" Easy. That's just something, —what they warned us. Don't worry, we run this facility. Dia orang tak berani pun nak melawan," kata - kata Firhan meluncur laju bagaikan perkara sebegitu terlalu biasa buat dia.

" Tempat— ni menakutkan."

" Tapi you dah faham kenapa kita kena pakai sarung tangan and pelitup mulut ni? You dah faham?" Soalan Firhan itu dibalas anggukan dari Humaira. Tak ada ayat lain yang mampu dia karang selain hanya sekadar anggukan faham.

" Excellent! I don't fancy fussiness. Makes my brain wanna explode!"

Explode?

Dasyatnya dia ni. Sampai ke situ ke? Tapi sempat juga Humaira terpegun akan keupayaan Firhan berbahasa Inggeris, telor bunyinya cukup asli. Mesti lulusan dari universiti luar negara atau mungkin juga Firhan pernah tinggal di mana - mana bahagian di Eropah. Fikir Humaira.

" Come. Ini bangunan utama di mana kebanyakan pesakit huni."

Perlahan, Humaira dan Firhan melangkah masuk ke perkarangan; sebuah susur yang panjang lebih tepat. Susur lurus yang kiri dan kanannya dipagar dengan pagar berkuasa elektrik dan pada lantainya, hanya dilapisi dengan tanah berumput halus.

Jelas dan terang benderang tanda larangan elektrik berkuasa tinggi terpampang pada pagar. Diam - diam Humaira menelan air liurnya.

" Jangan risau, you jangan pegang pagarnya saja. Kita tak naklah ada banduan atau pesakit yang lari dari pulau pula, kan? A little precaution, doesn't hurt anyone, betul tak?" Beritahu Firhan selamba dan mengorak senyum, seakan keinginan untuk memegang pagar itu tidak membuak pula bagi Humaira.

Walaupun takut, tapi adalah satu perkara biasa untuk orang seperti Humaira untuk menyentuh apa yang dilarang, bukan? Kau jangan main - main ya, Maira! Kang mati katak kau kena renjat!

Perlahan, Humaira dan Firhan melangkah masuk ke perkarangan yang sejak tadi menjadi persoalan pada Humaira. Sepanjang kaki melangkah, tak putus - putus hati Humaira berombak debar. Rasa tidak sabar mahu merasa apa yang bakal dia terima.

Bila sinaran mentari kembali singgah pada ubun - ubun kepala, orang ramai mula memakukan pandangan mereka ke arah Humaira.

Humaira mula kekagetan bila bebola mata bergerak mengekori setiap langkah dia bersama tolehan perlahan mereka.

Naik merinding tegak segala bulu - bulu di belakang tengkuk Humaira. Aneh - aneh orang gila di sini. Semacam mayat hidup saja. Tiada ekspresi.

" Jalan je, jangan peduli. Dia orang memang suka bergurau. Anyway, this will be your everyday sights. You akan boring lepas ni,” pesan Firhan yang tenang melangkah menyelusuri jalan berbatu menuju ke sebelah satu lagi bangunan bertingkat yang berada tegak di hadapan. Tiada riak takut dan gusar pun pada tampang wajahnya.

Takut, langkah yang tersisih dua tiga tapak di belakang, Humaira kejar laju. Mata yang galak meminta pandang ke arah zombi - zombi pada sebelah kanan ditahan keras - keras.

Ya allah! Apa itu?

" Kenapa dia orang semua macam mayat hidup?" Tanya Humaira kehairanan melihat kebanyakan susuk tubuh pesakit kurus kering berkulit menggerutu dan lebih menyeramkan kulit mereka juga bertompok - tompok hitam.

Habis segala bulu halus yang ada di tubuh Humaira naik tegak berdiri dibuatnya. Ini lebih jauh menyeramkan daripada filem yang ditayangkan di televisyen!

Humaira tangkap kerlingan Firhan padanya. Kenapa? Aku salah cakap ke?

" They made themselves that way. You don't have to feel scared. When they are sedated, they are really fine,” Firhan membuka mulut.

" Oh. Maaf. I acted like I know nothing."

Maaf diberikan Humaira lagi. Buat sekian kali, dia merasa kebodohan meraja di pinggir bibir. Ada saja kata - kata tidak punya fikiran terlontar dari situ.

Firhan memberhentikan langkahnya di hadapan pintu besar bangunan. Mungkin pintu keluar masuk utama bangunan ini agaknya.

Kemasan ukiran kayu pada pintu besar itu cukup mengagumkan. Kemas dan indah sekali.

" You should be. Always. Saya fikir awak dah baca syarat perjanjian yang awak tanda tangan, kan Maira?" Firhan mengangkat kening.

" Hah! Oh, syarat perjanjian yang mana?" Humaira tersengih seperti orang bodoh. Ternyata dia tak tahu menahu mengenai itu.

Bila dia menggaru kepalanya yang tidak gatal, Firhan buat muka tidak senang. There’s clearly something wrong with her…

Tanpa Firhan tahu, wanita itu bukan bermasalah tapi dia lebih kepada terdesak dengan lampiran hidupnya sendiri.

Tubuh mereka mula membolos masuk ke dalam bangunan yang serba kosong dan berwarna monochrome. Sebiji macam gambar - gambar bangunan tinggalan lama. Tidak bernyawa dengan warna.

" Listen to this, at once. Whatever you see, hear, smell or think I suggested that you keep all those things to yourself. No loitering in the patient lobby after lights out. No transpassing anywhere around the island. And." Firhan berhenti untuk menekan butang lif, " please be reminded, you can't leave this facility unless you are ought to."

TING!

Firhan mula membawa tubuhnya masuk ke dalam perut lif. Tapi, Humaira masih lagi di luar dengan perasaan bertimbang - timbang. Gugup, dia menoleh ke kiri dan ke kanannya.

Hatinya membisik kata - kata tidak enak. Hempedunya mula memberi signal ’lari’ tapi dia kejung pada dua kakinya tidak tahu apa yang patut dia buat.

Dari luar bangunan, dia terpandangkan pagar dawai yang tinggi dan berkawat. Hatinya makin disuap diselubungi rasa takut.

Ya Allah, mungkin dia sudah buat silap. Ini bukan sebarangan tempat. Muka Humaira memucat putih. Dia menoleh ke arah Firhan yang masih menunggu di dalam lif.

" Come, doktor Maira. I'll meet you up with all the doctors here. I guess, everyone will be glad to see you." Pelawa Fahrin ramah.

***

TING!

Pintu lif tingkat 15 terbuka luas. Humaira melopong luas. Tidak percaya.

Firhan pula tersenyum lebar melihat perubahan wajah Humaira. Wajahnya seakan nampak hantu saja.

Mana tidaknya, sepanjang dalam lif tadi, Humaira nampak tidak bermaya. Bicara pun tidak.

Bukan niat dia untuk menakut - nakutkan Humaira tetapi dia cuma memberitahu apa yang benar saja.

" Welcome to our secret little paradise. Hehe,” Firhan melekapkan jari telunjuknya ke bibir.

Mata Humaira masih membulat. Tak tergambar dalam benaknya, tempat ini akan jadi sebegini rupa. Memang tak tercapai dek akal sesiapa pun.

Hiasan dalaman ruang rehat ini cantik sekali. Moden dan minimalis. Bertemakan hitam dan putih. Selesa tetapi masih professional. Tapi, ini sudah seperti istana buat Humaira.

Semacam penthouse, tingkat 15 dan 16 dijadikan asrama buat doktor - doktor disini manakala staf yang lain pula diberikan bangunan bersebelahan yang tidak jauh dari bangunan utama.

Tingkap kaca yang terpempang di dinding kiri dan kanan bangunan, sememangnya memaparkan permandangan yang begitu indah.

Humaira sempat mengamati permandangan dari luar dinding kaca, memang cantik. Teramat cantik mungkin.

" Ini tempat paling best lepas kerja. Lepak, makan, boleh tengok TV, guna internet. Yes, awak boleh je guna telefon bimbit untuk akses dunia luar. Jangan fikir kita orang kat sini pun macam orang gila juga,” suara garau Firhan ada nada lebih ceria dari tadi.

Agaknya encik Firhan versi lemah lembut sudah kembali kot? Humaira menghambur tawa kecil mendengarkan gurauan Firhan.

Dia jadi lega sementelah dia merasa suasana yang tidak seseram yang dia fikir. Malah, dia sendiri teruja untuk tinggal di sini. Semuanya ada. Macam one pit stop. Mini laundry dengan bar sarapan pun ada.

Wah, mewah betul! Bisik hati kecilnya.

" No lights out kat sini. Awak nak buat apa pun boleh,” kata Firhan senang hati. Mereka berdua akhirnya berhenti di hadapan bilik yang akan dihuni Humaira.

Pintu bilik dibuka dan Humaira melopong sekali lagi. Apa semua ni? Macam dalam katalog IKEA saja susun aturnya. Sungguh moden dan tersusun.

Apatah lagi bila bola matanya tertancap pada iMac Pro hitam di atas meja. Humaira pandang bilik dan wajah Furhan silih berganti.

" Ini bilik saya?"

Firhan mengangguk senang.

" Sungguh?" Tanya Humaira lagi memerlukan kepastian.

Tak percaya.

" Ya, Doktor Humaira yang cantik. Ini bilik awak,” Firhan menyakinkan si tukang tanya lembut.

Dalam fikirannya, dia mula berfikir, Humaira agak kebudak - budakan meskipun dari gaya penampilannya menampakkan kematangan.

" Saya tak pernah dapat bilik secantik ni, Firhan."

Berhati - hati dan menyimpan teruja di hati, Humaira mula melangkah masuk ke bilik indah itu. Pandangannya melilau ke segenap inci bilik.

Dinding putih dan biru itu sungguh mendamaikan. Pemilihan perabut putih dan praktikal banyak membantu dalam memperlihatkan bilik kecil itu luas.

" Saya pun sama. Tak pernah dapat bilik secantik dan sekemas ni. Masa mula - mula datang saya pun excited sangat tengok bilik,” bual Firhan berbasi - basi mesra. Tapi, bila dia mahu menambah, kedengaran suara riuh rendah di tingkat bawah.

" Mesti dia orang tu dah balik” Firhan segera mengambal tangan Humaira dan ditarik tubuh langsing itu turun ke bawah.

" Hai! Guess what, kita ada budak baru!" Umum Firhan riang di hadapan beberapa muka toya yang berbaris masuk dari pintu lif.

" Whoa?" Masing - masing bingung. Ada juga yang tunjuk riak kurang senang.

" Perempuan??" Jerit keempat - empat doktor yang berdiri di hadapannya seperti tidak percaya. Dada Humaira berombak kencang.

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Humaira yang tertunduk malu tadi segera mengangkat muka. Mata membulat serupa ikan lolong. Semua doktor yang berdiri di hadapannya, tiada satu pun spesis dia.

Mukanya serta merta merubah merah saga. Dia salah dorm ke? Tapi Firhan yang bawa. Apa ni?

" Wah, cantik!" Beberapa orang sudah terpegun melihat Humaira.

Mana tidaknya, Humaira tu putih orangnya tambah lagi dengan tubuhnya yang memang dijaga rapi olehnya. Sesiapa pun boleh bergoncang jantung dibuatnya bila melihat Humaira.

Kekejungan masing - masing memandangi Humaira atas bawah serupa mereka tidak pernah melihat seorang perempuan. Bukan tak pernah cuma sudah makan tahun tidak berjumpa species secantik Humaira.

" Merah pipi dia nanti, sudahlah,” kata salah seorangnya yang kedengaran malas pada nadanya.

Humaira yang gugup mula mencuri - curi pandang ke arah empunya suara. Wajahnya nampak penat sekali. Jelas relung hitam di bawah matanya.

" Err, Firhan. Dorm perempuan mana?" Tanya Humaira berani. Tak selesa sebenarnya dikerumuni orang bukan sejenis ini.

" Kat sini tak ada dorm perempuan. Awak sorang je perempuan kat sini,” bilang Adrian, doktor berbangsa cina. Humaira cari punya suara.

" Hah?! Tak mungkin." Humaira melopong longo lagi. Adrian yang persis artis Kpop itu mula tersenyum herot.

" Hmm, aku pun hairan sebenarnya bila nampak dia kat jeti tadi. Pelik juga kenapa dia kat sini." Firhan yang tadinya diam mula menggaru dagunya yang tak gatal.

" Itulah, aku pun pelik ni,” sambut Qidran yang sudah selamat menghenyak punggungnya di kerusi panjang berbalut kulit hitam.

" Kau rasa orang atasan memang nak buat revolusi ke?" Sambung Adrian penuh minat. Matanya bersinar - sinar teruja. Mungkin akan lebih ramai lagi perempuan yang akan masuk ke gua lelaki mereka.

" Revolusi? Kau ni kelakarlah Adrian,” Qidran ketawa kecil. Penggunaan kosa kata Adrian memang boleh dipuji. Tepat tapi bila didengar agak kelakar di telinga mereka.
" Eh betullah."

Pandangan Humaira terlontar jauh ke arah doktor kepenatan tadi yang sudah memanjat tangga.
" Pian kau nak ke mana?" Panggil Qidran.

Langkah Sufian terhenti lalu dia memalingkan mukanya malas. " Penat. Nak tidur. Anyway, hi and bye, see you later housemate baru. I Pian." Tidak berminat, dia kembali memanjat tangga usai melambaikan tangannya pada Humaira.

" Dia masih under projek tu ke?" Akhirnya lelaki berkaca mata itu bersuara. Namanya Omar.

Masing - masing selain Humaira mengangguk menjawab soalan yang dilontar Omar. Seraya itu, Omar mengeluh.

" Aku—." Namun, tidak sempat Omar meluahkan apa yang terpekung di dadanya. Qidran terlebih dahulu memotong.

" Tak perlu bincang dulu pasal tu. Yang penting, kita kena sambut kedatangan bunga dalam taman kita ni."

Jari telunjuk panjang Qidran mula tertunjuk minat pada Humaira.

" Oh, tak perlulah nak sambut,” Humaira menggeleng. Segan.

" Eh tak bolehlah macam tu. Awak, kan dah jadi keluarga baru. Lagipun, Adrian masak umphh! Sedap." Sambung Qidran lagi.

" Ish, mana ada! Biasa - biasa ajelah." Adrian tersimpul malu mendengarnya. Dia sememangnya pakar dalam masakan. Sebut saja makanan apa yang mahu, pasti dia akan masakkan dengan baik sekali.

Kadang - kadang, doktor lain hairan kenapa dia disini. Sepatutnya dia sibuk di dapur hotel - hotel mewah menyediakan sajian untuk orang - orang kenamaan bukan bersama orang gila disini.

" Betul! Dah lama betul tempat ni tak meriah. Malam ni macam mana? Cun?" Omar pula yang tiba - tiba teruja. Mungkin sebab mendengar Adrian yang akan jadi tukang masak hari ini.

" Its okay, Maira. This will be on us. You should relax siket and kenal- kenal kita orang. Taklah kekok sangat lepas ni. Okay?" Pujuk Firhan.

Tidak lama selepas itu, Humaira mengangguk setuju. Ada betulnya juga. Kenal - kenal dahulu, mana tahu boleh dia tengok mana yang dia harus jauhkan dirinya daripada si hidung belang atau mata keranjang. Dia pula hanya seorang saja perempuan di situ.

Kalau anda suka dengan cerita ini harapnya dapat memberi komen yang baik - baik. Komen anda semua amat author alu - alukan. Semoga anda semua terhibur. Terima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience