Firdaus yang berang menghempas fail kertas coklat yang berada dalam genggaman di atas meja kerja. Perbualan antara dia dan pihak atasan mula memutar di belakang benak. Bagaikan sebuah piring masa, ia memutar dengan terang dan nyata. Hatinya mula merentang dalam ketidakpuasan.
" Maaf, kami tak dapat tukarkan Emir ke fasiliti Pulau Aman."
" Tak dapat atau tak boleh?" Kening Firdaus bercantum tidak faham dengan alasan bodoh itu.
" Detektif Firdaus, fasiliti Pulau Aman bukan untuk pesakit mental seperti Emir," terang perempuan bertudung rasmi biru gelap bernada autokrasi. Wajahnya tenang tidak seperti Firdaus yang sudah hilang senyumnya. Mungkin tenangnya berselindung, siapa tahu.
" Puan, Puan kena faham. Emir bukan pesakit mental yang boleh kita letak dalam perimeter tempat awam. He's too dangerous, immoral and don't even getting me started on what he already did. Sampai sekarang, tak ada motif yang tepat kenapa dia bunuh—."
Ayatnya tak sempat habis bila perempuan itu memotong.
Sesaat dua, ada suasana ketegangan yang kian meruncing antara dua manusia yang bertelagah bisu itu. Masing - masing mencari kemenangan walaupun tidak terzahir dalam kata - kata.
" Kes Emir belum selesai Detektif Firdaus. Dia masih belum buat pengakuan dan pihak mahkamah sudah menyatakan secara terang, Emir akan terus dibicarakan tanpa tahanan. Keputusan pihak kami muktamad, detektif Firdaus. Harap awak beri kerjasama."
Begitu saja wanita itu melepaskan tanggungjawabnya sebagai penjaga keamanan kerana terlalu menjilat keputusan orang - orang atasan yang sah - sah lebih patut disumbatkan ke hospital gila berbanding Emir.
" Okay- okay thanks," Firdaus melontar tinggi kedua - dua tangannya menyerah kalah sebelum dia lepas keluhan geram kerana dia juga masih sayangkan posisi kerjayanya. Cara halal ini nampaknya langsung tidak membuahkan hasil.
Dengan perasaan canggung, Firdaus melangkah lemah. Tapi bila tapak kakinya sudah separa keluar dari pintu keluar, dia memusingkan badannya. Pandangan mata si autokrat dicari - cari lalu dipancung bak pedang.
" I will prove it to you. Who is the real Emir Ibrahim and then you'll realise how careless you are in making a decision," janji Firdaus pada perempuan bertudung rasmi biru gelap itu.
Riak terkejut dengan lolongan mata perempuan itu terus saja memutar. Ah! Aku tak patut cakap macam tu tadi.
Rimas, Firdaus menggelongsorkan tali pinggang yang tergantung dua pucuk pistol Glock 17 dari pinggangnya. Sebaik saja dia menghenyakkan punggungnya, tangannya tangkas membuka fail Emir.
Bukan masanya dia untuk terus menerus melayan perasaan dan memikirkan berat hal dia dan ahli autokrat yang mungkin bakal memberikannya penalti kerana sikap kurang ajarnya. Ah! Peduli pula aku...
-------
September 2000 - Suspek pembunuhan seorang kanak - kanak perempuan bawah umur ditahan reman.
Suspek berumur 17 tahun itu dipercayai mencabul, merogol dan membunuh Farah Ain binti Hamdan, 12 tahun di sebuah kediaman terbiar di pinggir Taman Antarabangsa, Ampang.
Berdasarkan pepemeriksaan autopsi, mangsa dipercayai dicekik sehingga mati dan dirogol berkali - kali sebelum alat sulit mangsa dibuang dan mayat mangsa ditanam di tanah perkuburan bukan Islam.
-------
Gigi geraham Firdaus berlaga keras dan menguarkan bunyi yang terdengar dari dua belah telinganya. Dadanya seakan - akan mahu pecah dan mengeluarkan lahang merah saja. Sakit pada jantungnya menjadi - jadi. Bagaikan duri yang mencucuk pedihnya.
Kepala yang berserabut dipegang dan bertongkat siku. Bahunya terhenjut dalam aturan yang cukup menyedih dan menyebakkan hati.
" Ain..."
***
Jarum jam sudah merangkak ke angka enam setengah petang. Laju benar jarum jam zaman generasi Milenium ini berlari. Tidak tergapai mengejar.
Sedar - sedar, Firdaus mendapati dirinya di dalam pantri pejabat. Air kopi yang meluncur laju dari mesin kopi dipandang kosong. Firdaus diam seribu meskipun air kopi sudah terhidang untuk diambil.
" Banyak sangat you fikir Fir. Nah, nanti sejuk pula kopi you ni," Aisyah menguntum senyum buat detektif muda itu. Cawan kertas yang berisi kopi panas itu dihulur pada Firdaus.
Sedar akan hal itu, Firdaus mematikan lamunannya lalu dengan senang hati dia ukir satu senyuman balas, " sorry, I tak perasan. And, thank you."
Cawan kertas bertukar tangan lalu diunjuk sedikit cawan kertas itu tanda terima kasih.
" Jangan kerja kuat sangat. You kena jaga kesihatan you juga. Risau I nanti, kalau you tiba - tiba jatuh sakit," nasihat Aisyah merangkap senior detektif pada Firdaus. Dalam diam, dia juga menaruh perasaan istimewa pada Firdaus.
Mana tidaknya Firdaus memang seorang jejaka yang amat menarik. Menarik dari segi rupa dan personalitinya.
Kalau namanya disebut saja di jabatan, banyak yang mengelewehkan bibir kerana cemburu dan tidak kurang juga yang menggigil kepala lutut. Lebih - lebih lagi bila terpaksa menjadi teman sekerjanya.
Firdaus juga terkenal dengan ketegasan dan sifat 'workaholics'. Memang bakal diperah sungguh - sungguh tenaga si teman kerja. Tidak langsung ada ruang untuk mencuri tulang.
Kerja, kerja dan terus kerja. Pun begitu, dia disanjungi dan dihormati dek kecekapannya dalam menyelesaikan sesuatu kes. Ura - ura dia digelar The Next Conan.
" Ish, tak ada hal punyalah. Mental I masih kuat. Jangan risau,” ujar Firdaus yakin.
Perlahan - lahan dia mencicip air kopi dari cawan namun perasaannya jadi berasa kurang senang bila jari - jemari Aisyah mula merayap ke lengan sasanya. Dan sebagai seorang lelaki sejati, sentuhan lembut itulah tetap menjadi titik besar kelemahannya.
" Apa kata I bagi suggestion?" Kedengaran menggoda suara Aisyah di telinga Firdaus. Aisyah mula merapat ke dada bidang Firdaus.
Oh! Man. This is not good! Not good at all!
Ingin tahu, Firdaus mengangkat kening lurusnya, " what kind of suggestion?" Lengannya yang diusap Aisyah manja dibiarkan saja. Dapat juga dia melunaskan batin jantannya yang sudah lama tidak terlunas.
" How about we go for a vacation? Krabi. Just the two of us."
Belum sempat Firdaus menolak, Aisyah menambah. Tahu sudah dia bakal ditolak dan untuk mengukuhkan permintaan angan - angannya, dia sanggup menambah syarat lumayan buat lelaki kacak itu.
" And, I boleh tolong luluskan borang transfer Emir ke Pulau Aman," umpan si Aisyah. Mata bundarnya mula merenung si mata kuyu.
Oh... I see... I see your moves, Aisyah.
Firdaus tarik senyuman bermakna. Begini permainannya ya?
" I'd prefer a vacation on your bed tonight. How bout' that?" Jari runcing Firdaus melekap dan bergeselan di bibir nipis Aisyah. Menggoda itu memang kepakarannya.
Mata Aisyah bersinar mengerlip bagai bulan dahagakan sinaran mentari, nafasnya jadi turun naik. Tidak percaya, umpannya menjadi. Ditarik sebuah senyuman manis.
" Perfect! I'll cook dinner for you. A quick one. You know how to find me, right?"
Firdaus senyum herot. Anak matanya mengekori tubuh mongel gadis 34 tahun itu menyelusuri susur bilik separa lut sinar. Dia mengeluh kecil seraya meletakkan harapan setinggi gunung. Kalau tak menjadi, siaplah perawan tua itu dia kerjakan.
" Better work, Aisyah," diteguk sehingga habis air kopi yang sudah suam - suam kuku sebelum dia meremuk cawan kertas itu dan mencampaknya tepat ke mulut tong sampah.
***
Bunyi desah berahi keras memantul - mantul ke dinding. Merenik - renik peluh jantannya bercampur gaul dengan peluh si betina dalam pertarungan yang begitu dasyat dan memberahikan. Akhirnya setelah tiga puluh minit, dia mengakhiri pertarungannya di atas ranjang. Usai itu, dia bangun menuju ke bilik mandi kerana peluh berlumur pada tubuh sudah merasa membelengas.
Bila dia menapak keluar dari bilik mandi, Aisyah sudah sedia dengan hidangan makan malam di meja makan.
Speghetti je yang kau mampu masak, Aisyah? Pfttt... Serious? Aku ni tekak Melayu tahu. Aku nak makan nasi! Aku perlukan karbohidrat! Aduh.
Firdaus mengangkat kening melihat dua pinggan berisi mi orang Inggeris bersos tomato bersama empingan keju yang entah datang dari negara mana, di atas meja makan. Seleranya putus.
" I dah siapkan makan malam. Jom makan…,” kata Aisyah. Baju Firdaus yang berselerakan di atas lantai, dikutip dan diletak kemas di kepala kerusi. Mahu tunjukkan pada lelaki itu bahawa dia adalah model isteri yang terbaik.
" Sorry, I tak lapar. I kena balik office," seluar dan kemeja di kepala kerusi disarung ke badannya. Tangkas saja pergerakannya. Mungkin sudah tidak mampu lagi bertahan lama di situ tanpa merasakan rimas.
" Oh... Tak apa. I ingatkan you nak stay for the night?" Lembut Aisyah cuba memujuk Firdaus untuk tinggal lebih lama. Tapi nyata, lelaki itu mentah - mentah menolak.
" I've got a lot of things piling up kat office. I should go," kaki Firdaus menghayun ke arah pintu tetapi ada yang menghalang.
Satu ciuman melekap dibibir nipisnya tapi dia menolak," I really need to go. OH! Keep your words sweetie."
" How about us, Fir?" Soal Aisyah.
" Don't worry, you bukan orang pertama yang jadi teman tidur I pun... Oh, keep in mind, I have something embarrasing to show if you don't keep your promise, Aisyah. Better works."
Begitu saja, dengan sepasang senyuman sinis, Firdaus keluar dari pangsapuri milik Aisyah.
***
Malam itu, di Pulau Aman, sekumpulan anak muda mula menyambut seorang warga baru di dalam puak kecilnya. Puak doktor gila namanya. Idea siapa? Mungkin si Qidran agaknya.
Hilai tawa mereka berenam memecah kesunyian pulau gila itu. Mana tidaknya, kerancakan mereka agak berbeza bila berhadapan dengan spesis berlainan jantina.
Kebiasaannya, mereka berlima saling mendengar cerita keluh kesah dan penat perih bekerja saja. Tetapi malam ini, mereka berlima mula bermiang - miang. Apatah lagi dengan gadis yang begitu cantik seperti Humaira.
" Humaira, macam mana you boleh terima kerja ni?" Tanya Adrian ingin tahu. Dia yang duduk di hujung, mendekatkan dadanya ke pinggir meja makan, takut tak dengar jawapan dari bibir si munggil itu.
" Oh, ada cerita di sebalik tu sebenarnya. Saya ni dah pergi interview 34 kali tapi tak ada rezeki. Semua menolak. Tak tahulah nasib malang apa yang saya bawa,"
" Tapi, kali ke 35 saya belum habis bercakap lagi, dia dah angkat tangan. 'Bila awak boleh mula bekerja?'. Saya apa lagi, terus melompat la dari kerusi. Happy sangat."
Bersungguh - sungguh Humaira bercerita tentang tuahnya tempoh hari. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman dek rasa bahagia mendapat kerja masih belum habis.
" Terima walaupun jadi doktor pesakit gila?" Tanya Sufian seraya dia menyua tortilla yang dibuat khas oleh Adrian. Resepi baru katanya. Makan malam Maxican style. Tapi si empat perut itu, hanya mengangguk saja. Tidak ada perasaan teruja pun dengan konsep makan malam hari ini.
Humaira mengangguk senang, " mana - manalah rezeki..." Senyum Humaira.
" Tak takut?" Kening Sufian terangkat.
" Takut?" Humaira menyoal kembali. Ada senyuman tidak yakin terbit dihujung bibirnya. Tangannya pula perlahan naik memeluk tubuh tatkala Sufian merenung ke arahnya.
Bila difikirkan kembali, dia seorang saja perempuan. Hatinya mula gusar. Macam mana dia boleh terlupa akan hal itu?
" Ye la, you seorang je perempuan dalam pulau ni. Nak pula perempuan macam you," ujar Sufian kedengaran nakal. Di hujung bibirnya ada lengkung pendek ke arah senyum.
" Perempuan macam mana?" Soal Humaira tak faham.
Sufian spontan menggerakkan tangannya membentuk tubuh wanita lalu dia siulkan bibir. Satu kenyitan mata dihadiahkan Sufian pada Humaira yang sudah membulat mata.
" Macam tulah."
" Tak— takkanlah tak ada perempuan langsung kat sini?" Anak mata Humaira meliar ke arah lima lelaki itu dengan harapan salah seorangnya menjawab apa yang dia mahu dengar.
" Hmm, ada tapi sampai waktu kerja saja. Mak cik kantin. Kalau kerja memasak mereka selesai awal, mereka akan balik awal. Jadi cerita dia... Literally, you're the only dear in a lion's den,” terang Omar panjang.
" Korang semua kan, baik - baik. Maira tak takutlah," Humaira menyedapkan hatinya sendiri. Dia ketawa putus - putus. Gugup punya fasal.
" Maira, kami berlima ni bukannya gay. We are so much into women. Oh, so you know, we are so glad to negociate on our turns,” Sufian menambah dengan nada suara menggoda.
Humaira keras kejung. Bibirnya terbuka ingin mengatakan sesuatu tetapi malangnya tiada sebutir kata pun keluar dari kotak suaranya.
" Haish! Sudahlah tu, Pian…cukuplah menyakat. Kang tak pasal dia terjun laut berenang balik," Qidran mencelah membela Humaira yang pucat lesi wajahnya. Sufian menghambur tawa.
" Alahai, innocent betul dia ni,” kata dia dengan sisa tawa. Kecuali Qidran, mereka semua mengekek tawa.
" Aku dah beritahu tadi, dia memang naive habis!" Firhan menyambung. Humaira menjeling pada lelaki tinggi lampai itu.
" You ni Maira, marah pun cantik."
Berani, Firhan mencuit pipi mulus Humaira bila dia perasan jelingan Humaira. Humaira pula terus laju cuba mengelak menjauhi tubuh Firhan yang sudah agak melekat dengan badannya.
Oh! Perasan aku ni cantik. Ingat tak perasan. Sedap pula dia cakap aku naive?
" Maira, awak jangan risau. Kami akan jaga awak baik - baik. Dah jangan takut - takut. Kalau dia orang ni nakal, awak beritahu je saya, okay? Pandai - pandai saya ajar dia orang macam mana,” Qidran menutur cuba menyakinkan Humaira mesra.
Mendengarkan tutur kata janji Qidran, Humaira menarik nafas lega. Meskipun umur mereka berlima tidaklah jauh berbeza tetapi Qidran adalah yang paling matang. Cara penampilannya, tutur katanya, sempurna.
Mendengarkan titah Qidran tadi, mereka berempat angkat tangan seperti sudah mengaku kalah. Lucu bila masing - masing seperti tidak sabar saja ingin menyerah. Mesti Qidran ni orangnya garang. Fikir Humaira.
" Humaira..., eh! Omar.. apa maksud Humaira?" Qidran menyoal si paling bijak mahu mengembalikan suasana girang.
Omar berpura - pura menyisir jangutnya yang tidak wujud, " hmm... kalau tidak silap professor- Yang putih kemerah - merahan. Haa."
Sufian buat muka jelik sambil berpura - pura muntah hijau. Sementara yang lain hanya ketawa saja melihat gelagat Sufian yang serupa budak.
" Eh, berangan. Professor konon... Engkau masa belajar pon tidur je keje. Puihh..." Pangkah Sufian.
Dari cerita Qidran, Sufian dan Omar datang dari universiti yang sama. Memang tak peliklah mereka berdua rapat. Wajah cengeng milik Omar mula terlakar, terkecil hati pula dengan Sufian. Malu la dia depan Humaira.
" Kau mulut jaga sikit, okay? Aku ni burung hantu. Siang aku tidur. Malam baru aku jaga. Faham."
" Kau burung hantu? Ishh, tak boleh... tak sesuai. Kau kelawar sesuai,” sambung Sufian dengan nada sungguh - sungguh dan serius.
" Ea? Kelawar eh?" Omar seakan - akan teruja bila teman satu kampusnya itu, memberitahu sebegitu. Sufian lebih mengenali dirinya mungkin.
" Kau pernah tengok muka kelawar macam mana tak Omar?" Pasti ada buah bernas Sufian yang ingin diberi pada Omar.
Ternyata, Omar menggeleng, menjadi seorang lelaki yang kurang aktif dengan sukan dan aktiviti luar bukanlah satu perkara yang Omar banggakan. Tapi kondisi tubuhnya tidak hidup untuk perkara - perkara yang meletihkan badan.
" Mari sini aku tunjuk. Muka kelawar ni sebiji macam muka kau,” Sufian teruja dan memanggil si Omar duduk di sebelahnya sebelum mereka semua meletus tawa melihat muka cemberut Omar setelah melihat gambar seekor kelawar dari telefon pintar Sufian.
Begitulah sebelumnya, mereka berdua pasti ada saja perkara yang ingin digaduhkan.
" Lucu la."
Humaira sudah mengelap air mata yang menitis kerana gelak keras. Pipinya yang putih sudah mula terkuras merah bak saga. Muka lelaki di hadapannya semua berubah panik, terutama Firhan. Dialah orang pertama yang bangun mendapatkan Humaira. Wajah Humaira dipegang lembut.
" You okay tak ni Maira? Merah muka ni, boleh bernafas tak?" Tawa Humaira tadi serta merta putus.
Terkebil - kebil dia merenung ke dalam mata bundar di hadapannya.
Firhan, mata dia cantik. Warna coklat.
" Eh, Firhan! Amboi.. Kami pun belum naik bulu lagi oi,” larang empat yang lain melihat kelakuan Fahrin. Pantang nampak perempuan dahi licin.
" Err... Firhan, saya gelak je la tadi! Haha, boleh lepaskan tak?" Maira tarik kedua - dua telapak tangan Fahrin daripada wajahnya.
Dia melepas keluh lega sebelum bahu Humaira ditarik merapat ke tubuhnya. Anak matanya merenung ke empat - empat lelaki buas di hadapannya. Dia senyum herot.
Humaira yang terkejut mula cuba melepaskan diri tapi pelukan Firhan terlalu kuat.
" I'll win her first. Just to let you guys know,” bangga Firhan lantang.
Kening Humaira pula hampir bercantum mendengarkan kata - kata sebegitu berani. Gila!
PS : Please support me! Thank you! Harap enjoy membaca
Share this novel