BAB 9

Other Completed 1704

“Agak-agaknya bagaimana keadaan Cikgu Yasmin dan Cikgu Zahran sekarang? Hariri, saya betul-betul risau ni,” Khairul Rafiq bermundar-mandir sejak tadi.

“Entahlah Rafiq, kita cuma boleh mengharapkan yang terbaik sahaja. Kita sudah hantar Kamila untuk membantu mereka. Walaupun saya tidak tahu apa yang terjadi, harapnya rancangan kita berjalan lancar,” Hariri Aiman cuba menenangkan. “Ameen, insyaAllah.”

Tiba-tiba, laptop milik Cikgu Yasmin memancarkan cahaya kuning yang sangat terang. Hariri dan Rafiq saling berpandangan. “Mungkin ini mereka. Ke tepi,” Rafiq menarik Hariri menjauh sedikit daripada laptop. Tepat seperti jangkaan mereka, Cikgu Yasmin dan Cikgu Zahran kembali pulang ke dunia nyata. Hariri dan Rafiq memeluk Cikgu Zahran.

“Kesan tembakan pada tubuh awak dah hilang,” Yasmin bersuara separuh teruja. “Luka-luka awak pun dah hilang, alhamdulillah,” Zahran membalas. Mereka berdua tidak berasa sakit bahkan lebih sihat daripada biasa. Begitulah kekuasaan Allah yang Maha Kuasa.

“Terima kasih Hariri, Rafiq sebab banyak membantu cikgu dan Cikgu Zahran. Cikgu tahu, kamu berdua yang hantar Kamila untuk selamatkan cikgu,” Yasmin tidak tahu bagaimana membalas jasa anak-anak muridnya itu.

“Tidak ada apalah, cikgu. Cikgu berdua adalah guru-guru kami. Cikgulah yang telah banyak berjasa kepada kami. Kalau hendak diikutkan, jasa cikgu pada kami yang tidak mampu kami balas,” Hariri Aiman tersenyum lebar.

“Dah, masuklah ke dalam kereta, biar cikgu hantarkan semua pulang,” Cikgu Zahran merangkul bahu kedua-dua pelajarnya itu dengan mesra. Yasmin menutup laptopnya dan menyimpannya rapi ke dalam beg. Sekuntum bunga berwarna pelangi juga masih setia di dalam genggamannya. Selepas ini, dia mahu menanam bunga tersebut biar menjadi simbolik kepada kembara penuh aksi buat dirinya yang akan dikenang untuk untuk selama-lamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience