Rate

01

Drama Series 4303

"Kau hadir tanpa aku pinta.."

---

"Ayyan!"

Dia yang sedang ralit mencatat sesuatu dibuku depan papan kenyataan berpaling apabila dengar namanya dipanggil.Kawannya, Zahir terkocoh-kocoh menghampiri dengan nafas yang termengah-mengah.Berkerut dahi Ayyan.Kenapa sampai begitu sekali?

"Kau kenapa??..kena kejar hantu ke apa?"

Zahir yang tengah mengambil nafas itu dipandang pelik.Bahunya dipegang Zahir dengan masih termengah-mengah.Buku berada ditangan dia tutup.Pen dimasukkan kedalam poket jaket pengawasnya itu.Dia adalah ketua pengawas sekolah itu.Zahir mulai berdiri tegak setelah lama menunduk kerana penat.

"Mia!..Mia pengsan!"

"What?!"terbeliak mata Ayyan mendengarnya.Terus dia mengikuti Zahir untuk ketempat Mia.Debaran didadanya bagaikan pecutan kereta lumba disebuah litar.

Nampak sahaja seorang remaja perempuan dikerumuni pelajar-pelajar dan beberapa orang guru, dia terus membuka langkah laju kearah itu.Pelajar lain berganjak memberi ruang apabila melihat Ayyan Naufal mendekati tubuh genit yang tidak sedarkan diri itu.

"Kenapa ni??Mia..Mia"tangannya menepuk-nepuk perlahan pipi putih itu.Nadanya cemas.

"Angkat Ayyan.Bawa kebilik rawatan"seorang guru perempuan bernametag Khadijah berkata cemas.Ayyan tanpa berlengah terus mencempung tubuh genit itu dan berlari kebilik rawatan.Diikuti Cikgu Khadijah.

_______

Tidak senang duduk Ayyan dibuatnya apabila melihat seorang nurse memeriksa Mia.Mujur saja hari ini kebetulan nurse datang ke sekolah untuk membuat program kesihatan.

"Bertenang Ayyan.Saya yakin adik awak baik-baik saja"tegur Cikgu Khadijah yang duduk disebelahnya.Melihatkan Ayyan Naufal beriak terlalu risau itu membuatkan dia bersuara.Ayyan tidak membalas.Sekadar mengangguk pelan.

Sudah kerap kali Mia Khaisara, adik bongsunya itu pengsan disekolah kerana tubuhnya yang agak lemah.Penyakit yang dihidapi membataskan remaja berusia 13 tahun itu untuk aktif seperti pelajar lain.Menginjak usia 11 tahun Mia Khaisara telah disahkan mengidap kanser hati tahap pertama.Selalu sahaja ulang alik dari hospital untuk mendapatkan rawatan.Kadangkala remaja genit itu protes tidak mahu mendapatkan rawatan, tetapi bila dipujuk Ayyan Naufal.Dia mula menurut.

Ayyan Naufal seorang abang yang sangat baik.Sejak Mia Khaisara masih bayi lagi dia selalu menguruskan adiknya itu.Bagi dia Mia Khaisara salah satu nyawa baginya.Dia tidak betah melihat adik kesayangannya itu terluka.Dirinya turut merasakan sakit.

Perasaan risau mula menjalar semakin tinggi apabila usianya kian meningkat.Dia pasti tidak dapat untuk bersama adiknya selalu nanti.Beberapa hari sahaja lagi, dia akan menduduki peperiksaan STPM dan jika keputusannya cemerlang dia mungkin akan melanjutkan pelajaran.

Dia tidak boleh membantah kerana dia harapan sekolah, kampung dan yang paling penting kedua orangtuanya serta tokwan.Mereka teringin benar Ayyan Naufal melanjutkan pelajaran ke oversea.Ayyan Naufal berbelah bagi, dan akhirnya berserah sahaja.Allah sebaik-baik dalam mengaturkan perjalanan hidup kita.

"Adik kau macam mana?"tanya Zahir apabila melihat Ayyan Naufal keluar dari bilik rawatan.Wajah sugul itu dipandang.

"Nurse cakap adik aku terlalu penat.Antibodi terlalu lemah.Sebab tu pengsan"

Dengan suara lemah dia menjawab pertanyaan Zahir itu.Tubuh disandarkan kedinding.Jaket yang tadinya dipakai kini berada ditangannya.Begitu juga tali leher.Kusut sahaja riak wajah kacak itu.

"Sekarang?"

"Tengah rehat.Kejap lagi Ayah aku datang jemput"Zahir terangguk-angguk mendengarnya.Bahu rakannya ditepuk perlahan.Ayyan Naufal senyum nipis.Mata berwarna hazel nut itu nampak sedih benar.

"Tadi aku pergi kantin jumpa Zalikha.Dia suruh aku cakap dekat kau supaya banyakkan bersabar"

Ayyan Naufal mengangguk.Zalikha adalah penolong ketua pengawas dan agak rapat dengannya.Hanya sebagai kawan."Jomlah masuk kelas"

Keduanya jalan seiringan untuk masuk kedalam kelas.Beberapa pelajar perempuan tersenyum-senyum apabila melihat Ayyan Naufal.Dengan wajah yang sangat kacak itu terlalu menarik perhatian pelajar-pelajar perempuan.Mata hazel nut yang sangat unik bagi seorang lelaki.Tubuh yang tinggi serta kulit yang putih.

Dia yang sering menjadi perhatian itu hanya mampu balas senyum singkat dan mengosok belakang tengkuknya kerana terasa janggal.Zahir disebelah pula sering tertawakan dia yang berkeadaan begitu.Rakannya itu dua dalam satu.Iaitu kacak dan comel.

________

Seorang remaja perempuan sedang bertungkus lumus membasuh pinggan dibelakang sebuah kedai makan.Sesekali peluh yang merenik didahi dia kesat dengan belakang tangan.Agak sedih keadaannya.Sepatutnya remaja seusianya waktu sebegini sedang belajar disekolah.Tetapi tidak dia.

Pagi-pagi lagi dia sudah bangun dan datang bekerja di Kedai makan ini.Pemilik kedai ini iaitu Makcik Esah sangat baik dengannya.Gaji selalu sahaja diberikan lebih kepadanya.Walaupun, selalu juga dia tidak mahu kerana tidak setanding dengan kerjanya yang hanya membasuh pinggan.

"Kesian aku tengok Qaseh tu.Umur baru 16 tahun dah buat kerja.Patutnya dengan umur macam tu duduk dekat sekolah masa macam ni"Makcik Esah yang tengah menyiang ikan bersuara sambil memandang Qaseh Alesya dari dapur kedai makannya ini.Bersimpati sungguh dia dengan remaja itu.

Pembantu dikedainya yang sedang memotong bawang turut melihat Qaseh Alesya yang sedang membasuh pinggan.

"Dah nasib Makcik Esah.Nak buat macam mana.Dapat mak saudara yang pentingkan diri sendiri.Disuruhnya Qaseh bekerja.Dia yang tua bangka tu patut bekerja.Hantar Qaseh bersekolah.Tak faham betul saya dengan Makcik Hasnah tu"

Makcik Esah mengangguk setuju.Ikan yang telah siap disiang dia basuh dan dimasukkan kedalam periuk berisi kuah.Setelah itu, dia duduk dimeja berhadapan dengan pembantunya Tia.

"Kalau dalam hati tu tak ada belas kesian memang macam tu lah jadinya Tia oii.Ringan je tangan aku ni masa dia datang kedai ni paksa Qaseh kerja.Aku yang ada sikit belas kesian ni ambil jelah budak tu"

"Makcik Esah tak nak ambil ke sebenarnya?"tanya Tia.Sesekali dia mengosok mata dengan belakang tangan.Terasa pedih potong bawang.

"Aku ni teragak nak ambil Qaseh tu kerja kedai aku ni.Masa tu umur Qaseh tu baru 14 tahun.Kan tak pasal-pasal orang datang makan cakap aku ni mendera budak bawah umur buat kerja.Sebab tu lah aku suruh dia buat kerja dekat belakang.Bukan kat depan tu.Lagipun tak ada lah memenatkan dia sangat"Makcik Esah menjelaskan.Masih segar diingatannya semasa mula-mula Qaseh dan mak saudaranya Hasnah datang ke kedainya.

Kecil sahaja Qaseh Alesya ketika itu.Naif sahaja budaknya.Sekarang sedikit berubah dengan ketinggiannya yang sudah bertambah.Mungkin dulu tingginya 164.Sekarang bila diperhati dalam 168.Tinggi juga bagi remaja berusia 16 tahun itu.Cantik sahaja orangnya, putih suci sahaja kulitnya.Tiada cacat cela.Kadangkala wajah putih itu kemerahan kerana panas.

Tudung tidak lekang dari kepalanya.Walau tinggal dibandar metropolitam yang penuh cabaran ini, Qaseh Alesya tetap menjaga dirinya sebagai gadis melayu yang beragama islam.Sejuk mata Makcik Esah setiap kali pandang gadis muda itu.Kalaulah dia punya anak lelaki mahu sahaja diambilnya Qaseh Alesya sebagai menantu.

Tetapi anak Makcik Esah semuanya perempuan dan sudah pun berkahwin.Tinggal pula berjauhan.Bila cuti sahaja mereka semua bersua.Makcik Esah membuka kedai makan ini diatas kehendak sendiri kerana meminati perniagaan dan suka memasak.

"Qaseh!.."laung Makcik Esah tidak berapa kuat memanggil Qaseh Alesya yang tercongok didepan besen berisi air dan pinggan.

"Ye, Makcik.."jawab Qaseh Alesya penuh sopan.Dia toleh kebelakang.

"Dah berhenti dulu.Mari makan.Kejap lagi sambung balik"

"Mari makan Qaseh.Dari tadi tak berhenti buat kerja.Perut tu kena isi juga"panggil Tia pula.Makcik Esah sudah bangun dan keluar kedepan.

"Baiklah Kak Tia"Qaseh Alesya membasuh tangannya yang ada buih sabun dan dilap dengan tuala.Dia bangun dan masuk kedapur kedai makan itu.

"Jangan kuat sangat kerja Qaseh.Awak tu kena rehat juga.Nanti sakit susah pula"ujar Tia dan bangun hampiri sinki untuk membasuh tangan yang sudah berbau bawang.

"Qaseh ok Kak Tia.Rasa suka pula buat kerja.Lagipun Qaseh boleh tolong Mak Lang"balas Qaseh Alesya dengan senyum ceria.

Senyum nipis Tia mendengar kata-kata Qaseh Alesya.Murni sungguh hati remaja ini.Walau dikerah tenaganya oleh Mak saudaranya itu, dia tetap memikirkan tentang wanita berusia 50 tahun bernama Hasnah itu.Kepala Qaseh Alesya yang terlindung tudung bawal itu digosok pelan.

_________

Ayyan Naufal bersila dihadapan Ayahnya, Haji Rahimi diatas sofa.Berkerut dahi Haji Rahimi tengok anak lelakinya ini yang tersengih-sengih.Hajjah Aminah yang berada disofa satu lagi sedang menjahit beralih memandang Ayyan Naufal.

"Anak lelaki awak nak apa tu??tersengih-sengih.Ayyan, kamu nak kahwin ke apa?"sempat Hajjah Aminah mengusik membuatkan Ayyan Naufal mengeleng laju.

"Mana ada Ayyan nak kahwin.Ayyan..ermm..boleh tak.."dia berjeda.Rasa takut pula dengan reaksi Mak dengan Ayahnya nanti.

Haji Rahimi menepuk peha Ayyan Naufal.Surat khabar yang dipegang diletakkan atas meja."Nak apa??cakap?..kalau nak kahwin kat kampung ni ramai nak bermenantukan anak ayah ni.Tinggal pilih je"Hajjah Aminah tergelak kecil mendengarnya.Ayah dengan Mak sama sahaja suka mengusik.

"Bukanlah.Ayyan muda lagilah nak kahwin ni.Erm..boleh tak kalau Ayyan tak sambung belajar?"

Jelas sekali terkejut Haji Rahimi dan Hajjah Aminah apabila mendengar pertanyaan Ayyan Naufal itu.Sudah berkali kali dia menanyakan soalan yang sama dan berkali juga ditolak oleh Haji Rahimi dan Hajjah Aminah.Dia tetap mencuba.

"Ayah dah bagi jawapan banyak kali untuk soalan Ayyan yang ni"Haji Rahimi memusingkan badannya.Kopi diatas meja diambil dan dihirup perlahan.Ayyan Naufal memandang Hajjah Aminah meminta simpati.Maknya itu sekadar menjungkitkan bahu.

"Ayyan cuma kesiankan Mia"sedih sahaja bunyi nada suaranya itu.

Haji Rahimi meletakkan kembali cawan kopi diatas meja.Dia berdeham."Kalau Ayyan tak nak sambung pelajaran Ayyan.Itu bermakna Ayyan tak percayakan Ayah dengan Mak untuk menjaga Mia"

Ayyan Naufal terdiam tidak bersuara.Bukan itu yang dia maksudkan.Terlalu sayang dan rapat dengan Mia Khaisara membuatkan dia tidak mahu berjauhan.Mia juga begitu.Tetapi dia percaya, sangat percayakan Ayah dan Maknya dapat menjaga Mia Khaisara dengan baik.Dia terpaksa akur kerana dia punya banyak kekurangan dalam menjaga adik kesayangannya itu.

"Maafkan Ayyan.Mak, Ayah"dia tunduk memandang jarinya.Jari runcing seperti perempuan itu dimainkan.Rasa bersalah.

"Ayah dengan Mak faham.Kamu terlalu sayangkan Mia.Tapi kamu kena ingat, masa depan kamu juga penting.Kejayaan kamu mungkin dapat membantu Mia satu hari nanti"peha Ayyan Naufal yang terlindung dengan kain pelikat itu ditepuk perlahan.Sungguh bersyukur dia mempunyai anak sebaik Ayyan Naufal.Tidak mementingkan diri sendiri.

"Betul apa yang Ayah cakap tu.Ayyan kena fikirkan masa depan Ayyan juga.Jangan risau pasal Mia.Mak dengan Ayah ada.Tokwan pun ada jagakan Mia"Hajjah Aminah bersuara.Ayyan Naufal mengangguk akur.

___________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience