Rate

03

Drama Series 4303

"Jika dia adalah amanah yang Allah berikan padaku..aku terima dengan rasa ketaatanku kepada Nya"

_

"Aamiin.."

Tapak tangannya menyapu muka selepas membaca doa.Seketika dia termenung diatas tikar sejadah.Adakah sesuatu yang baru berlaku dan datang kepadanya ini kebetulan atau sesuatu yang diamanahkan Allah kepadanya?..ketika berdoa sebentar tadi dia memohon pertunjuk dari Allah tentang itu.

"Mungkin aku patut tolong dia.Ya Allah..hanya padaMu aku memohon pertunjuk"

Ayyan Naufal berdiri.Sejadah dilipat kemas dan diletakkan atas katil.Terasa tenang selepas mengadap Ilahi.Itulah hebatnya solat.Handphone diatas meja dia ambil.Jam handphone nya menunjukkan pukul 6:05 pagi.Handphone diletakkan kembali.

Lengan baju melayu dia singsing kemas hingga kesiku.Kain pelikat yang dipakai dibetulkan.Dia patut memasak sarapan.Mungkin gadis itu lapar.Semalam pun dia tidak mahu makan.Ayyan Naufal keluar dari bilik dan menapak turun menuju kebilik tetamu.

Tidak mahu terlalu menganggu.Diketuk pintu bilik tetamu itu perlahan-lahan.Mungkin sahaja Qaseh Alesya masih tidur.Tetapi Ayyan Naufal tidak mahu gadis itu terlepas solat subuh.Kasihan pula nanti.

"Assalamualaikum..Alesya.."panggil dia dengan suara yang tidak berapa kuat.

"Waalaikumussalam.."seketika kemudian kedengaran suara Qaseh Alesya memberi salam dan pintu dibuka dari dalam.

Terkedu Ayyan Naufal melihat seorang perempuan yang bertelekung dihadapan matanya saat ini.Wajah putih bersih.Sungguh indah.Tetapi cepat-cepat Ayyan Naufal mengusir perasaannya itu.

"Aku ingatkan kau belum bangun.Risau terlepas subuh.Ermm..aku masak sarapan dulu"ujar Ayyan Naufal gugup dan terus melangkah kedapur.Dugaan apakah ini.Kuatkan hatiku Ya Allah.

Qaseh Alesya beriak pelik melihat pelakuan Ayyan Naufal.Dia menutup pintu kembali untuk membuka telekung.Dia duduk dibirai katil.Baru tadi dia perasan akan warna mata Ayyan Naufal.Cantik.Detik hatinya.Jarang seorang lelaki mempunyai mata cantik sebegitu.

Ayyan Naufal didapur pula memegang dadanya yang tiba-tiba sahaja berdegup kencang.Dalam hati berdoa memohon agar dia tidak terpesong dari jalan Allah.Setelah rasai kelegaan dia melangkah ke peti ais.Sayur dan ayam dia keluarkan.Dia tidaklah terlalu hebat memasak.Tetapi biasa-biasa itu boleh la.

Nasi goreng menjadi menu untuk dia masak hari ini.Kedengaran derapan tapak kaki mengalihkan pandangan lelaki kacak itu kearah muka ruang dapur.

"Ada yang perlu saya tolong?"tanya Qaseh Alesya dan menghampiri meja tempat Ayyan Naufal sedang menghiris bawang.Cantik dan ayu sahaja Qaseh Alesya berbaju kurung dan bertudung.

"Tak apa aku buat semua.Kau pergilah depan.Tengok tv ke.Siap nanti aku panggil"

"Saya tak selesa tak buat apa-apa.Dahlah tinggal free dekat rumah awak ni"

Dia memang sudah terbiasa melakukan kerja.Kadang itu tanpa rehat.Disebabkan itulah dia tidak suka hanya berehat sahaja.

Ayyan Naufal mengosok belakang tengkuknya.Terasa janggal pula dia rasakan.

"Oh, kau..kau potong ayam ni bentuk kiub.Aku nak masukkan dalam nasi goreng"isi ayam yang sudah dibasuh dan dimasukkan kedalam mangkuk diberikan kepada Qaseh Alesya.

Qaseh Alesya mengangguk.

"Ermm..pisau dengan tempat pemotong?"

"Hah!..oh, kejap aku ambil.Auch!"

"Eh, awak.Jari awak luka"

Mengaduh kecil Ayyan Naufal apabila terhiris sedikit jari telunjuknya.Menyebabkan ianya berdarah.Itulah Ayyan..kalut tak kena pada tempat.

_______

Selesai membasuh pinggan, Qaseh Alesya keluar dari dapur dan melangkah keruang tamu.Ayyan Naufal sedang berbaring disofa sambil menonton tv.Pakaian sudah ditukar dengan baju t-shirt dan seluar jeans.Sepertinya dia akan keluar sekejap lagi.Apabila menyedari kehadiran Qaseh Alesya, dia terus bingkas bangun dan duduk dengan betul.Qaseh Alesya pula duduk diatas sofa berhadapan dengannya.

"Jari awak macam mana?"tanya Qaseh Alesya.Kain tudung yang sedikit senget dibetulkan.

"Oh, okay je.Lagipun sikit je ni.Nasib baik tak banyak.Kalau tak rasanya putus jari"mereka tergelak kecil.Diam kembali dan mula merasa janggal.

"Ehem.."

Ayyan Naufal berdeham apabila lama suasana senyap.Qaseh Alesya yang ralit memandang tv teralih melihat kearahnya.

"Kau tak nak cerita dekat aku apa yang sebenarnya jadi semalam?"

Qaseh Alesya tidak membalas.Dia merasa segan untuk bercerita tentang hal itu.Ianya bukan sesuatu yang mengembirakan.Dan ramai tidak suka tentang kisah hidupnya.Mungkin lelaki dihadapannya ini juga turut tidak menyukai kisahnya.

"Manalah tahu kan kalau kau cerita aku boleh tolong kau.Tapi kalau kau belum bersedia aku faham.Kau boleh je cerita nanti.Bila kau dah sedia"

Ayyan Naufal senyum singkat.Dia cuba untuk memahami gadis dihadapannya ini.

Dia faham tidak semua orang dapat meluahkan apa yang terbuku dan mereka pendam .Boleh saja sesuatu yang mereka alami itu tidak sedap didengar dan agak personal.Jarinya yang berplaster dipandang.Rasa sedikit berdenyut-denyut.

"Saya risau apa yang saya akan cerita membuatkan awak benci saya.Kisah hidup saya tidaklah seindah mana.Hanya mendatangkan masalah"

Ayyan Naufal mulai faham sedikit.Dia membetulkan duduk mengadap betul-betul dengan Qaseh Alesya.

"Look..kau dengan aku dua-dua manusia.Ada dua mata, dua telinga dan dua mulut.Semua sama, cuma aku lelaki kau perempuan.Dan satu yang tetap akan sama adalah kita hamba Allah"

Qaseh Alesya cuba untuk mencerna maksud kata-kata Ayyan Naufal itu.

"Kita dua ni masing-masing ada kelemahan.Kalau kau rasa hidup kau banyak ujian atau dugaan.Aku ni pun sama.Kalau boleh hari-hari aku nak Allah uji aku.."dia berjeda seketika apabila Qaseh Alesya bersuara.

"Kenapa awak sanggup diuji??..sedangkan ujian itu berat"

Pertanyaan Qaseh Alesya membuatkan Ayyan Naufal tersenyum.

"Allah menguji hamba Nya kerana Allah tahu kita mampu dan Dia uji tanda Dia sayangkan kita.Aku nak disayangi Allah selalu"

Qaseh Alesya terdiam.Hatinya terjentik dengan kata-kata lelaki dihadapannya itu.Allah menguji kerana Allah sayang.Dia patut bersyukur dengan segala ujian yang datang kepadanya kerana itu tanda Allah sentiasa bersamanya.

"Dah faham kan?"

Qaseh Alesya mengangguk.

"Okay, sekarang cerita apa yang sebenarnya berlaku?"

Qaseh Alesya menghela nafas berat.Terasa berat hatinya untuk bercerita.Tetapi dia perlu ceritakan kepada Ayyan Naufal.Mungkin lelaki ini boleh membantunya.Dengan kekuatan yang ada, Qaseh Alesya mula menceritakan semua yang telah terjadi.Sesekali wajah kacak Ayyan Naufal terkejut, berkerut dan terangguk angguk.

___________

Seorang lelaki bertubuh tegap berbaling gelas yang masih ada sisa arak ke dinding sehingga pecah dan mengejutkan Hasnah.Sehingga terangkah bahu wanita tua itu.Dia berdiri menunduk sedari tadi.

Lelaki yang bernama Yusran itu menghampiri Hasnah.Dia tunduk sehingga menyamai tinggi dengan wanita itu.Membuatkan Hasnah ketakutan.Terasa mengecil tubuhnya disebelah Yusran bertubuh tegap itu.Seorang perempuan yang tengah duduk diatas sofa didalam bilik yang terdapat dalam kelab malam itu senyum sinis.

"Cuba kau cakap sekali lagi.Aku kurang dengar"tanya Yusran dengan nada tertahan.

Tubuh Hasnah bergetar.Rasa takut menguasai diri.

"Qaseh..Qaseh Alesya dah larikan diri"

"Arghhh!!.."

Terjerit Hasnah apabila lehernya dipegang oleh Yusran dengan kasar sampai tubuhnya terundur kebelakang.

"Aku dah pesan jangan main-main dengan aku.Berpuluh ribu aku bagi dengan kau sebelum aku dapat dia lagi sebab aku percayakan kau.Tapi sekarang kau berani cakap dekat aku yang perempuan tu lari!!"dengan suara yang ditekan-tekan Yusran katakan kepada Hasnah.Tidak peduli akan Hasnah yang kesakitan.Lengannya juga dipegang oleh Hasnah.Berusaha melepaskan lehernya dari cengkaman Yusran.

"Hey!..Yusran.Dah tu.Kau tak boleh macam ni.Cuba fikir keuntungan yang akan kita dapat nanti"

Perempuan yang bernama Nelly itu berdiri.Perempuan yang memakai baju paras peha itu menghampiri Yusran yang sedang mencekik Hasnah.

"Keuntungan apa yang kau maksudkan?"tanya Yusran memandang tepat Nelly disebelah.Kemarahannya masib belum reda.

Nelly menampar perlahan bahu tegak Yusran."Kau dah bayar duit dekat perempuan tua ni.Dia pun dah guna.Jadi kau kena minta dia pulangkan kalau tak nak susah.Rugilah Yusran kalau kau bunuh dia sebelum dapat balik 20 000 kau tu"

Yusran mula memikirkan ada betulnya apa dikatakan Nelly itu.Dia mula senyum sinis.Leher Hasnah dilepas kasar.Wanita itu terbatuk-batuk terasa sesak dilehernya.Nelly menghampiri Hasnah.

"Makcik...kalau makcik rasa nak hidup lama lah kan.Bayar balik duit boyfriend saya yang makcik dah guna.Itu pun kalau nak hidup lama"bisik Nelly kepada Hasnah dengan nada sinis.

"Saya janji..saya janji saya akan bayar balik duit tu"

Terketar-ketar suara Hasnah membalas sambil menganggukkan kepalanya.Dalam hati menyumpah seranah Qaseh Alesya yang pergi dan meninggalkan bala kepadanya.

"Aku jumpa kau memang aku bunuh kau Qaseh!"

_________

"Saya tak tahu kemana saya nak tuju.Saya dah tak ada sesiapa"luah Qaseh Alesya lirih.Sedih mengenangkan nasib diri yang sering dirundung malang.

Ayyan Naufal menghembus nafas berat.Masih ada lagi ahli keluarga yang tidak berhati perut sekarang ini.Sanggup menjual darah daging sendiri.Manusia itu punyai hati atau tidak?!..pilu hati dia mendengar apa yang diceritakan oleh Qaseh Alesya.Beratnya dugaan yang harus dihadapi gadis muda ini.Sudahlah muda-muda kena bekerja.

Ayyan Naufal bangun.Handphone diatas meja dia ambil.Nombor seseorang didail.

"Assalamualaikum..Mal kau busy tak sekarang?"tanya Ayyan Naufal apabila panggilannya bersahut.

"Waalaikumussalam..tak ada lah busy sangat.Sekarang tengah rehat.Ada apa Fal?"

"Aku nak jumpa kau kejap.Datang rumah aku boleh tak?"

Qaseh Alesya yang masih duduk dipandang.

"Ok, bagi aku 15 minit.Nanti aku sampai"

Talian dimatikan selepas tamat perbualan singkat mereka itu.Mal atau nama panjangnya Wan Kamal ialah kawan satu sekolah serta satu kampung dengan Ayyan Naufal dahulu.Dia sekarang menetap di Kuala Lumpur.Membantu ayahnya iaitu Wan Tarmizi menguruskan syarikat.

Ayyan Naufal duduk kembali diatas sofa berhadapan dengan Qaseh Alesya.

"Aku harap kau tak terkejut dengan keputusan aku nanti.Dan aku juga harap kau terima.Aku buat ni sebab aku rasa ni yang terbaik untuk aku tolong kau"

Qaseh Alesya yang tunduk pandang lantai angkat kepala.Lelaki bermata hazel nut itu dipandang.

"Kalau keputusan awak tu yang terbaik, saya terima"balas Qaseh Alesya akur.Ayyan Naufal senyum nipis.Nafas dihembus berat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience