Rate

02

Drama Series 4303

                 "Tiada yang kebetulan..semua diatur cantik oleh Allah"

____

Hari berganti hari, kini sudah tiba masanya Ayyan Naufal melanjutkan pelajarannya ke Jepun.Hanya dia seorang ditawarkan melanjutkan pelajaran di negara matahari terbit itu.Sekarang ramai penduduk kampung, beberapa orang guru dan rakan-rakan pelajar berkumpul dirumah Ayyan Naufal kerana mengadakan makan-makan serta solat hajat memohon perlindungan dari Allah yang Maha Esa.Juga dipermudahkan segala urusan anak muda itu.

"Duduk dekat sana kena pandai jaga diri.Jangan tinggal solat.Ingat pesan mak..jangan apa?"Hajjah Aminah memeluk erat tubuh anak lelaki kesayangannya itu.

"Jangan tinggal solat.In Shaa Allah..Ayyan akan selalu ingat pesan mak"

Berat hati seorang ibu untuk melepaskan anak yang dikandung sembilan bulan, dipelihara sejak bayi itu pergi merantau jauh.Walaupun, dia tahu Ayyan Naufal pandai jaga diri.Tetapi hati ibu mana yang tidak merasa risau.

"Doakan Ayyan ayah.Maafkan Ayyan kalau Ayyan ada buat ayah terasa hati"tangan tua Haji Rahimi disalam dan dicium penuh rasa hormat dan sayang.

Haji Rahimi senyum bangga.Kedua belah bahu Ayyan Naufal yang terlindung hoodie itu dipegang.Didakap erat tubuh satu-satunya hero yang dia miliki itu.Seorang ayah yang rasa bangga dan terharu dengan kejayaan anaknya.

"Ayyan tak ada buat ayah terasa hati apa-apa.Anak ayah ni anak yang baik"belakang tubuh anaknya itu ditepuk-tepuk perlahan.Sungguh dia merasa bertuah memiliki anak seperti Ayyan Naufal.

Sangat baik hatinya dan sangat mentaati ibubapa.Apa sahaja yang ingin dilakukan, dia mengutamakan keluarga terlebih dahulu.

Setelah itu, Ayyan Naufal menghampiri tokwannya, Hajjah Kalsom dan memeluk tubuh tua yang masih kuat itu.Berkat mengamalkan minum air rebusan akar kayu serta herba.

"Jangan lupa tokwan.Balik nanti naik motor cabuk tokwan keliling kampung lagi"

Tergelak kecil Ayyan Naufal dan yang lain mendengar celoteh Hajjah Kalsom.Cucunya itu memang gemar menaiki motor antik tokwannya mengelilingi kampung.Haji Rahimi ingin membelikan motor lain dia tidak mahu.Tidak ingin membazir katanya.

"Cucu kamu tu kejap lagi naik kapal terbang Som.Kamu belilah dia jet pula.Asyik motor cabuk kamu tu je"sampuk Bilal Seman berseloroh.

"Tunggu aku jadi gabenor bank negara.Sepuluh jet aku beli.Siap belikan untuk kamu satu Seman"

Semua ketawa mendengarnya.Sempat pula Hajjah Kalsom dan Bilal Seman ini melawak.

Sayu hati Ayyan Naufal melihat adiknya, Mia Khaisara yang berdiri tidak jauh dibelakang tokwan.Sedu sahaja mata itu memandangnya.Dia melangkah menghampiri Mia Khaisara, serentak dengan itu tubuhnya terus dipeluk Mia Khaisara.Tubuh genit itu bergetar didalam pelukannya.

"Abang jangan lupa Mia tau"pesan Mia Khaisara dengan nada bergetar.Esakkan tangisan mula kedengaran.Semua berada disitu melihat kearah mereka berdua.Suasana gelak ketawa sudah bertukar menjadi suasana sedih.

"Abang tak akan pernah lupa adik kesayangan abang ni.Mia jaga diri tau, jaga kesihatan.Dengar cakap mak, ayah dengan tokwan.Belajar rajin-rajin"

Pelukan dilepaskan oleh Mia Khaisara."Kalau Mia belajar rajin-rajin.Mia pun boleh pergi Jepun macam abang?"

"Ye sayang.Mia pun boleh pergi sana"

"Abang..Mia mesti akan rindu abang"sekali lagi Ayyan Naufal dipeluk.Terukir senyuman diwajah ketiga-tiga ahli keluarga mereka dibelakang.

Sungguh rapat kedua adik beradik itu.Sayu hati mereka melihat suasana itu.Berat hati.

Sesudah meminta diri, Ayyan Naufal masuk kedalam sebuah van yang disediakan khas oleh pihak sekolah untuk menghantar Ayyan Naufal ke lapangan terbang.Sebagai perhargaan, pihak sekolah menyediakan semua untuk pelajar cemerlang mereka itu.Tidak mahu pihak keluarga bersusah payah.

_________

"Sakit Mak Lang..sakit.."

Meraung kuat Qaseh Alesya sambil memegang tangan Hasnah yang menarik rambutnya.Sakit terasa kulit kepalanya.Airmata sudah membasahi wajah putihnya.Kemerahan menahan sakit.

Hasnah duduk mencangkung dihadapan Qaseh Alesya.Wajah Qaseh Alesya dipandang penuh kemarahan.

"Berapa kali aku nak cakap dengan kau jangan balik selagi jarum jam tu tak pukul 5:00 petang.Kau pekak ke apa!!"bergoyang-goyang kepala Qaseh Alesya apabila rambutnya ditarik-tarik oleh Hasnah dengan kuat.

"Ampun..Qaseh minta ampun Mak Lang.Qaseh janji tak buat lagi"rayu Qaseh Alesya penuh sendu.Dia balik awal kerana rasa tak sedap badan.Makcik Esah juga yang menyuruh dia balik berehat dirumah.

Hasnah melepaskan rambut Qaseh Alesya dengan kasar.Remaja 16 tahun itu menunduk takut memandang lantai.Rambutnya yang kusut dibetulkan sedikit.Kain tudung sudah terlepas dari kepala kerana tindakan mak saudaranya itu.

"Mana duit??aku nak bayar sewa rumah!!"kasar benar nada suara Hasnah meminta.Qaseh Alesya kekalutan bangun dan masuk kedalam biliknya untuk mengambil duit.

"Dah keluar..!"halau Hasnah apabila seorang lelaki berusia dalam likungan 30an keluar dari biliknya.

Disebabkan itulah dia tidak mahu Qaseh Alesya pulang kerumah sebelum pukul 5 petang.Tidak mahu anak saudaranya itu melihat perbuatan terkutuknya.Mencari rezeki dengan cara yang haram.Qaseh Alesya sebenarnya sudah lama ketahui kerja mak saudaranya itu.Dia sekadar mendiamkan diri.Takut untuk masuk campur.

Pada waktu malam pula Hasnah akan pergi ke kelab malam sewaktu Qaseh Alesya sedang nyenyak tidur.Dia menjadi salah seorang yang menguruskan kelab malam itu.Sudah lupa akan pesanan arwah ibubapa Qaseh Alesya agar menjaga dengan baik anak mereka itu.

Qaseh Alesya pula tidak pernah melihat kedua wajah orangtuanya kerana ketika keduanya disahkan meninggal dunia didalam sebuah gudang secara misteri, anak remaja itu masih bayi.

Pihak berkuasa sudah bertungkus lumus menyiasat punca kematian ibubapa Qaseh Alesya, tetapi ianya masih tidak dapat diselesaikan.Sampailah ketika umur Qaseh Alesya berusia 4 tahun, Hasnah menyuruh pihak berkuasa menutup kes itu.

"Nah, ni je yang ada Mak Lang.Selebihnya Qaseh buat beli lauk"sambil menunduk dia menghulurkan wang kertas 10 ringgit sebanyak 4 keping kepada Hasnah.Airmatanya sudah kering.

"Ni je??..kau ingat rumah ni orang bina guna kertas ke apa?"jerkah Hasnah menaikkan bahu Qaseh Alesya.Terkejut dengan suara lantang mak saudaranya itu.

"Maaf Mak Lang"

"Maaf maaf..kau dengan maaf kau boleh pergi mati!!"tubuh Qaseh Alesya dilanggar sehingga terkena dinding tubuh itu.Dia mengaduh sakit.Hasnah tidak peduli.Dia keluar dari rumah.

"Mak Lang tak nak makan dulu?"tanya Qaseh Alesya.Tetap prihatin dengan Mak Langnya itu.

"Tak ada selera aku makan tengok muka kau.Putus selera aku"

Dia terus melangkah pergi.Qaseh Alesya senyum nipis.Redha dengan nasib yang menimpanya.Walaupun bagaimana pun layanan Mak Lang kepadanya, dia tetap sayang akan wanita berusia 50 tahun itu.Hanya wanita itu satu-satunya keluarga yang dia ada.

Dia yakin akan ada sinar bahagia satu hari nanti dalam hidupnya.Allah sebaik-baik perancangan.Aturan Allah adalah yang terindah.Dia bersyukur.Airmata yang mengalir dikesat dengan belakang tangan.

__________

3 tahun kemudian

Sudah 3 tahun melanjutkan pelajaran di Kyoto University, hari ini Ayyan Naufal pulang ke Malaysia membawa kejayaan yang sangat membanggakan.Mendapat anugerah dekan dan disitu juga dia seringkali dipuji atas sikap baiknya serta kecemerlangannya.

Terkejut kecil Ayyan Naufal apabila tiba-tiba seseorang menepuk bahunya.Dia yang ralit melihat keindahan tasik yang terletak di sebuah perkampungan di Kyoto ini iaitu Ine beralih memandang seorang lelaki disebelahnya.

"Sayangkan nak tinggalkan tempat ni.Tiga tahun kau menetap disini"rakannya, Yusuf bersuara sambil mata pandang tasik dihadapan.Tasik yang cukup indah.

Yusuf antara seorang kawan yang dia kenali di Kyoto University.Lelaki ini sudah lama menetap di Kyoto iaitu sejak masih berumur 15 tahun.Mengikuti kedua orangtuanya yang berpindah kesini.

Ayyan Naufal senyum nipis.Beralih pandang depan."Aku belajar banyak benda dekat sini.Ramai orang yang aku kenal.Betul apa yang kau cakap.Jujur berat hati aku nak tinggalkan tempat ni.Tapi aku rindukan keluarga aku"

Yusuf tersenyum mendengarnya.Rakannya ini walau berjaya sampai bintang pun dia, tidak pernah melupakan keluarga.Bangga dia rasakan mendapat keluarga seperti Ayyan Naufal.Lengannya diletakkan dikedua dua bahu Ayyan Naufal.Kedua dua tangan Ayyan Naufal pula didalam hoodie yang dipakai.Kacak sungguh anak lelaki Haji Rahimi dan Hajjah Aminah ini.Umur pun sudah menginjak 21 tahun.

"Balik sana jangan lupa aku pula"seloroh Yusuf.Ayyan Naufal gelak kecil.Dia tidak akan pernah melupakan sahabat yang sangat baik dengannya ini.

"Kau terus balik Terengganu ke?"tanya Yusuf.Sejak mengenali Ayyan Naufal, serba sedikit dia tahu tentang lelaki itu.

"Aku berhenti KL dulu dalam 3 hari.Ada perjumpaan dengan pihak dekat sana.Nak bagi perhargaan kepada pelajar Malaysia yang balik bawa kejayaan.Ermm..kalau boleh aku tak nak"

Berkerut dahi Yusuf mendengarnya.Kenapa pula tak nak??..lengannya dialihkan dari bahu Ayyan Naufal.

"Kenapa pula??..eh, kalau orang lain berebut rebut nak kan perhargaan.Kau tak nak pula"

"Apa yang aku dapat ni semuanya pinjaman dari Allah.Aku bukannya insan sempurna Yusuf.Aku pun selalu buat kesilapan.Manusia biasa yang banyak kekurangan.Aku tak ingin terlalu dipuji.Aku takut aku leka dengan dunia"terdiam Yusuf mendengarkan kata-kata Ayyan Naufal.Betul apa yang dikatakan itu.

Petang nanti dia akan bertolak balik ke Malaysia.Rasa gembira setelah sekian lama dapat kembali ke tanah air yang ditinggalkan selama tiga tahun.Rasa sedih, sayu apabila tinggalkan tempat dia belajar banyak benda.Kenali ramai insan yang baik dan menerima dia seadanya.

Sampai di Kuala Lumpur nanti dia akan tinggal sementara dibanglo milik ayahnya.Banglo itu pernah mak dan ayahnya tinggal sebelum mereka berpindah menetap dikampung.Banglo itu tidak dijual kerana mungkin akan menjadi kemudahan buat mereka.Dan terbukti kini.

__________

Noreen iaitu ibu kepada Zalikha yang sedari tadi bertandang kerumah Haji Rahimi terjengul-jengul melihat kearah bilik Ayyan Naufal.Hajjah Aminah baru keluar dari dapur sambil membawa dulang berisi tea dan biskut memandang pelik jiran sekampungnya itu.Dia duduk diatas sofa berhadapan dengan Noreen.Dulang diletakkan atas meja.

"Mana Ayyan??setahu aku hari ni dia balik"tanya Noreen.Hajjah Aminah yang sedang menuang tea kedalam cawan dipandang.

"Ayyan singgah KL.Tiga hari duduk dekat sana.Sebab pihak kementerian pelajaran sana nak bagi perhargaan"

Ternganga Noreen mendengar jawapan Hajjah Aminah."Beruntungnya kau Aminah.Dahlah anak kau tu melanjutkan pelajaran dekat Jepun.Balik Malaysia dapat perhargaan pula"

"Alhamdulillah..bersyukur kepada Allah.Segala puji kami kembalikan kepadanya"

"Alhamdulillah..hah, ni aku nak tanya.Macam mana dengan rancangan kita nak jodohkan Ayyan dengan anak aku??..Zalikha pun dah habis belajar dekat Sabah"pertanyaan ini selalu sahaja ditanya oleh Noreen.Bersungguh benar ingin bermenantukan Ayyan Naufal.

"Saya tak boleh nak bagi keputusan.Kita kena tanya Ayyan sendiri"

"Kamu ni kan ibu dia.Apa pun restu kamu ni penting bawa kebahagiaan.Dia kena ikut cakap kamu"

Hajjah Aminah mengambil secawan tea dan diletakkan dihadapan Noreen."Saya akan bahagia kalau anak saya bahagia Noreen.Restu saya adalah pada keputusan dia.Asalkan Ayyan bahagia, apa pun keputusan dia saya terima dengan hati terbuka"

Riak wajah Noreen berubah.Tea yang diberikan oleh Hajjah Aminah diambil dan dihirup pelan.

__________

Qaseh Alesya menyumbat beberapa helai bajunya kedalam beg pakaian yang sudah lusuh dengan kalut.Debaran didadanya kian berombak kenyang.Rasa takut yang teramat.Doanya didalam hati tidak pernah putus agar sentiasa dilindungi oleh Allah yang Maha Esa.

Dia bangun berjalan keluar dari bilik.Sudah tidak kira akan apa pun.Ikut sahaja kaki melangkah, dia tekad keluar dari rumah ini.Asalkan dia tidak menjadi mangsa Mak Langnya.

Sebentar tadi dia terdengar perbualan Mak Langnya dan seorang lelaki diluar rumah.Mereka mengatakan akan kembali pada pukul 10:00 malam untuk ambil Qaseh Alesya atau lebih tepat membeli remaja itu.Dan dijadikan pelayan di kelab malam.Qaseh Alesya tidak rela meletakkan dirinya didalam kegelapan.Dia punyai maruah diri.

Hasnah sudah keterlaluan.

"Qaseh Alesya!!!!..."

Terkejut besar Qaseh Alesya apabila terdengar suara Hasnah memanggil namanya.Tanpa menoleh kebelakang lagi dia terus berlari laju mengikut kaki melangkah.Dibelakang dua orang lelaki mengejarnya.Didalam hati dia berdoa supaya Allah menyelamatkan dirinya.Dia sudah tidak kuat untuk hidup begini lagi.

Dia yakin Allah sentiasa ada bersamanya.

"Hey!!..berhenti!!"

Tidak peduli akan jeritan dua lelaki itu dia terus berlari dan masuk kedalam sebuah grab car.Pintu cepat-cepat ditutup.

"Eh, kenapa ni??..aku yang sewa grab ni dululah.Kenapa kau masuk?"tanya seorang lelaki.Terkejut tiba-tiba seorang perempuan masuk disebelahnya.Pemandu grab dihadapan turut terkejut.

"Encik tolong saya!!..saya bawa saya pergi dari sini.Ada orang jahat kejar saya!!"rayu Qaseh Alesya sambil menangis.Lengan lelaki itu yang berlapit baju dipegang.Dia takut.Teramat takut sekarang.

Lelaki itu toleh kesebelah melihat dua orang lelaki diseberang jalan sedang tercari-cari sesuatu.Seperti penjahat sahaja gayanya.Dia yang mulai menangkap apa yang diperkatakan Qaseh Alesya terus beralih memandang pemandu grab.

"Bang tolong gerak sekarang"arahnya kepada pemandu grab itu.Tanpa berlengah pemandu itu memandu pergi dari situ.Mujur sahaja sekarang waktu malam.Jadi dua orang penjahat itu tidak nampak Qaseh Alesya masuk kedalam grab.

"Nah, minumlah"

Segelas air kosong diberikan kepada Qaseh Alesya yang sedang duduk menunduk diatas sofa.Kelihatan takut-takut.Wajahnya sedikit terlindung dengan tudung yang semakin kedepan.Lelaki yang bersamanya tadi duduk diatas sofa berhadapan dengannya.

"Terima kasih"ucap Qaseh Alesya dengan suara hampir tidak kedengaran.

"Apa nama kau?"

"Saya Qaseh Alesya"jawab dia dan mengangkat wajah untuk membetulkan tudung yang melorot kedepan.Termangu lelaki dihadapannya apabila melihat sepenuhnya wajah Qaseh Alesya.Sungguh indah.Putih bersih.

"Oh, aku Ayyan Naufal"ujar dia sambil berdeham.Tersedar dengan kesilapannya.Ayyan ingat Allah.Jangan tergoda dengan kecantikkan semata-mata.

Gadis itu mengangguk sopan.Tidak selesa dia rasakan.Rasa kejanggalan.

"Rumah kau dekat mana??aku hantarkan"Ayyan Naufal berdiri.Ingin menelefon grab.Dia tidak mempunyai kereta sendiri.Mungkin tiga hari lagi keretanya yang dihadiakan oleh ayahnya akan boleh diambil di kedai kereta.

Qaseh Alesya tidak bersuara.Ayyan Naufal yang pelik kerana gadis itu hanya diam menoleh.Tahulah dia sekarang.

"Jom..aku tunjukkan bilik tetamu.Nanti ceritakan dekat aku semuanya.Kalau kau sudi"Ayyan Naufal meletakkan kembali telefon diatas meja.Dia berjalan kebilik tetamu yang terletak ditingkat bawah.Qaseh Alesya mengikuti dari belakang.

"Masuklah.Bersihkan diri kau.Rehat.Ke kau nak makan?"

Qaseh Alesya mengelengkan kepala.Dia masuk kedalam bilik itu.Sungguh dia rasa bersyukur Allah menyelamatkan dirinya dengan cara menghantar lelaki ini.

"Terima kasih.."sekali lagi ucapan sama keluar dari bibir itu.

Ayyan Naufal senyum nipis."Kunci pintu"pesan Ayyan Naufal dan berlalu pergi untuk naik ketingkat atas.

Kacak.Bisik hati Qaseh Alesya.Pintu ditutup dan dikunci.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience