20

Romance Series 16643

20 doploh

Aku bingkas bangun daripada duduk.

“Kau nak pergi mana?” Zarith bersuara.

Aku menjuihkan bibir ke arah persisiran pantai.

“Panas panas macam ni?” soal Zarith lagi.

“Biasalah, kata nak heal.” Jawabku. “Thaqid stay dengan paksu okey?”

“Okey, maksu!”

Halah budak kecil ni, sekejap je dia dah selesa berkawan dengan paksu tak jadi dia ni. Sampaikan aku bahasakan Zarith ni paksu dia.

Perlahan-lahan aku pun pergi meninggalkan mereka berdua. Aku membuang stoking di kaki, membiarkan air menyentuh lembut kakiku. Bayu juga turut menampar batang tubuhku ini. Manakala matahari menyinari dinihari ini. Pancainderaku, aku lemparkaan pada langit yang membiru dan ditaburi awan putih suci.

“Semesta, cantik!”

Ting!

Bunyi dentingan daripada telefonku yang berada di poket seluar menyedarkan aku daripada menikmati keindahan semesta ini.

A message from Zarith.
Kau pun cantik.

Aku jeling ke arahnya yang berada di bawah pokok tidak jauh dari tempat aku berada. Dia melambai ke arah ku sambil mengukirkan senyuman. Malah, Thaqid juga.

Zarith mengalihkan pandangan ke arah telefonnya kembali. Lalu menghalakan kamera telefonnya ke arah ku, seolah-olah merakam diriku. Aku berpaling ke hadapan kembali, tidak mahu diri ini dirakamnya.

dentingan daripada telefonku bergema sekali lagi. Kali ini, dia menghantar mesej melalui Instagram pula.

@zxrrith_sh2h : tengok igs aku

Apabila aku menekan ikon instagram storynya, terpempang gambar ku yang diambil dari arah belakang. Mata dilarikan pada kapsyen nya pula, ‘the only princess in Id’s family.’

Menyedari gelaran ‘princess’ yang diberikan olehnya, tahulah aku bahawa, dia hanya menganggap aku sebagai adik sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Haa, takpelah. At least, dia pernah expose aku dan tak pernah expose Liz dia tu… Cis, ayat penyedap hati.

Aku menekan like dan repost sahaja di Instagram story miliknya. Aku simpan telefonku kembali ke dalam poket seluar dan menikmati keindahan alam. Dia tak tahu ke dia dah masuk campur dalam urusan healing aku? Heal disebabkan dia pulak tu.

Dalam menikmati keindahan alam, aku sedar ada langkah seseorang yang mendekati ke arahku sekarang ini.

“I see your face and it’s nothing like
I’ve ever known before
Love is an open door.”

Aku pandang ke arah Zarith yang tiba-tiba nyanyi. Nasib baik sedap!

Aku terpandangkan tangan dia pula yang sedang menghulurkan sekotak baldu merah yang berisi cincin.

Dia ni, tengah lamar aku ke apa ni? Tapi macam mustahil je. Dia kan anggap aku sebagai adik je?

“HAH?”

“Apa hah hah?” soalnya kembali. Bebola matanya ditalakan pada kotak cincin tersebut.

Aku garu kepala yang tidak gatal. Dia ni dah kenapa? Nak kasi aku cincin ke nak ajak aku kahwin dengan dia, eh! Seingat aku, lagu yang dia nyanyikan tu bersepah dekat TikTok pasal trend yang kasi cincin laa, Pandora la. Zarith, tengah iosdjsoihen aku ke?

“Apa Rith…”

“Kalau aku nak propose Liz macam tu, boleh?”

Akit ati kitew wak…

Sakit hati pula aku dengan soalannya yang satu ini. Aku fikirkan, itu untuk aku rupanya… Mungkin, sejak dari mula, memang aku seorang sahaja yang mempunyai rasa terhadapnya. Rasa dan perasaan ini, tidak mungkin terbalas…

“Em, boleh kot. Perempuan kan minat benda macam ni…”

Tiba-tiba aku rasa cecair jernih mengalir pada wajahku. “Em hujan ni Rith, jomlah kita balik.” Aku berpaling ke arahnya.

“Hujan?”

Aku angguk kepala. Dah kenapa dengan muka dia ni nampak macam terkejut sangat kalau hujan pun?

“Bukan hujan Haura… Kau yang menangis.” Dia pun memasukkan kotak baldu ke dalam poket seluarnya.

Tanganku naik menyentuh pipiku yang basah.

Aku, menangis?

"Haura... Dari tadi lagi aku perhatikan kau, kau macam ada masalah je. Kau okey tak ni?" Soal Zarith lembut.

Aku angguk kepala. Tak, aku tak okey. Bagitahu aku lah, siapa je yang okey bila tahu crush dia ni dah nak kahwin?

"Haura, kau tipu kan?" Soalnya. Dia mendekatkan jarak antara kami berdua. "Aku tak tahu apa masalah kau. Tapi, aku harap kau kuat. Akiramenai. Dattebayo."

Dattebayo?

"Jap jap asal dengan dattebayo tu?" Soalku. Tak silap aku, dattebayo tu lah perkataan yang selalu Thaqid sebut.

Dia angkat bahu tanda tidak tahu. "Entah. Thaqid yang ajar tadi."

Aku tepuk dahi. Tak sangka, kecik-kecik dah mengajar orang!

"Haura?"

"No lah Rith." Apabila teringatkan je si budak terlebih kalsium ni, aku baru teringat sesuatu. Kalau Zarith dekat sini, Thaqid dengan siapa? "Aqid mana Rith?"

Pusing sahaja ke belakang, aku nampak batang tubuh Thaqid yang sedang bermain pasir.

"Dah. Jangan sedih-sedih. Kita harus kuat. Fly high, higher and?"

"Highest." Aku menyambung ayatnya.

"Sokay la Rith. Aku okey je." Aku pun mendekati Thaqid.

"Are you sure?" Laungnya.

"Princess Aiddin will always be fine." Sahutku pula.

.
. .

Selepas sahaja Zarith menghantarku pulang, aku mengurung diri di dalam bilik sahaja. Tidak mahu bertemu empat mata bersama sesiapa walaupun mak dan bapak ku sendiri. Thaqid ada mengetuk pintu bilikku memanggilku untuk makan malam, tapi aku menghalaunya pergi.

Ruang bilikku hanya diterangi dengan cahaya dari komputer riba ku. Apa yang sedang aku lakukan?

Menulis untuk manuskrip baharu. Itulah realiti seorang pencinta huruf. Eh, tapi aku suka nombor. Apa-apa je lah.

Kali ini, aku bukan menulis perihal 'seseorang' itu, namun aku menulis tentang seorang lelaki yang sedang menunggu seseorang perempuan untuk menyedari perasannya. Tetapi, perempuan itu menunggu lelaki yang lain.

Ahh... Kisah cinta apa pula kali ini?

Pintu bilikku diketuk dari luar sekali lagi, "Haura, kau tak nak makan ke ni?" Suara mak kedengaran dari luar.

"Orang tak nak mak." Jawabku.

"Dah solat maghrib belum?" Soal mak lagi.

"Dah." Jawabku lagi.

"Kau tak nak keluar ke Haura?"

"Orang sakit kepala mak. Nanti-nanti lah." Ujarku.

Dan, tiada lagi suara mak. Malah, tapak kakinya juga perlahan-lahan menjauh dari hadapan bilikku.

Dan aku tenggelam. Lagi dan lagi di larut malam. Tanpa cahaya.

.
. .

15/12/2023
2230

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience