Bab 3 - Khabar Mendung

Romance Series 2792

-ada waktu panas ada redup, begitu juga kehidupan-
SH

Hari ditunggu sudah tiba, berkobar semangat Aida. Tidak rugi dia tolong mak di tempat kerja minggu lepas. Kehulu kehilir dia menanti Intan dan Zita temannya. Sekejap duduk sekejap bangun dari bangku bawah pokok depan rumahnya.

"Ishh..mana lah dorang ni. Dah pukul berapa tak sampai lagi" sambil melihat jalan masuk taman.

Nampak je motor Intan, tersenyum muka dia. Macam rupa orang dapat duit raya walaupun tak puasa. Cepat² dia buat muka cemberut menanti kedatangan BFF dia.

"Alah kau nih...lambat 20minit macamlah runtuh Starbuck tu" ujar Intan tatkala motor sudah berhenti depan muka bff dia. Ini semua Abg Ngah punya pasal, kalau tak awal dah datang. Tahu dia nak keluar dengan Aida, bukan main tetiba suruh tolong gosokkan baju dia. Menyampah Intan dengan perangai BangNgah dia.

Zita bingkas turun dari motor. Sakit punggung dia naik motor hondacup Intan.

" Da, motor aku pluq spoil lah, camner kita bertiga nak naik motor buruk ni? tanya Zita.

Cakap motor buruk, tajam Intan memandang Zita. Tahulah dia perangai lorat si Zita. Nasib lah kawan, takde dah kena sebiji dengan Intan.

"Dah macamtu, kita naik bas jelah.. jomlah cepat nanti bas penuh" cepat2 Aida masuk pagar tukar selipar kepada kasut lalu memanggil Intan tunjuk motor.

Intan bergegas menyorong motor masuk ke rumah Aida lalu disandar tepi dinding. Dia pun melangkah keluar joint Zita dan Aida.

" Hah.. engkorang tu anak dara...ingatt sikit.. jangan nak merayau je tak tentu hala. Balik cepat faham".

Mereka menoleh tengok Adila muncul depan pintu dengan baju kelawarnya. Zita memandang muka Aida lalu ketawa kecil.

" Adik..Jgn lupa belikan akak 1 kek RV tau" pesan Adila tiba-tiba pada Aida. Tersengih² macam kerang rebus.

"Tau oder je... bagi duit xnak.. hmmmph" ujar Aida memandang kaklong dia.

Dia tahu emak ada tinggalkan duit pada kaklong dia bila dia cakap esok nak ke Kuala. Mak dah pesan padanya. Kaklong saja buat² bodoh.

Mereka bertiga lekas² bergerak keluar dari taman menuju ke jalan besar untuk ke bus stop. Harini mereka macam boria sudah. Masing² sepakat pakai baju t-shirt kaler putih dan jeans biru. Persahabatan yang sudah berakar selama 7 tahun.

Intan dan Zita Yamina adalah sahabat baik Aida. Intan dan Aida senasib kerana keduanya sudah tidak punya bapa. Bapa Aida meninggal sewaktu Aida masih kecil dan bapa Intan sewaktu Intan di Tingkatan 2. Zita pula menjadi teman mereka di Tingkatan 3 setelah bertukar sekolah dari Kuala Lumpur. Mula² Zita agak lorat dan berlagak tapi setelah bertahun mereka sekarang ibarat adik beradik. Intan pun anak bongsu macam Aida dari 9 beradik manakala Zita adalah kakak dan punya 3 lagi adik dibawahnya.

"Bila kaklong kau ada?.. habislah kau kan kena jadi maid dia" gelak Intan sambil mereka berjalan menuju ke Bustop. Aida buat2 tak dengar kata Intan. Malas nak menjawab sebab otaknya sudah membayangkan minuman feberet dia. Dulu kalau turun ke Kuala Lumpur je baru dia dapat merasa. Sekarang dah dekat sedikit dia tersenyum sendiri.

"korang.. tengok nih" Zita mengeluarkan henfon baru miliknya. Semangat berkobar dia tunjukkan pada Intan dan Aida. Mereka berdua terkejut lihat Ipone baru di tapak tangan Zita.

"pergh..ipone baru" menyengih Aida. Bukan main mata dia galak belek henfon Zita. Intan melihat henfon samsung model lama ditangannya lalu dia memandang henfon Zita. Eksen lah tu dengan muka menyampah sekejap.

"Ayah aku dapat lucky draw diner co dia mlm semalam Terkejut aku ayah aku bagi aku mlm semalam lbila dia balik. Nanti bolelah kita singah kedai telpon nak masuk simkad" ujar Zita dengan.muka berseri².

Lebihkurang 20minit bas yang dinanti pun tiba. Mereka bertiga tersenyum. Perjalanan kali ini terasa lama pada mereka. Sempat juga mereka selpie dalam bas. Bukan mereka kisah pada mata² yang memandang mereka bertiga dalam bas.

Sampai di stesen Kuala, mereka bertiga menghayunkan kaki melangkah ke destinasi idaman.

Usai membeli bukan main mereka berselpie. Zita lah paling lorat sebab mentang² henfon baru, berpuluh selpie posing. Mereka ketawa macam rasa tak pernah jumpa Starbuck selama ini.

Penat berselpie dan berehat, Zita memecah suasana bila dia melihat mood baik dua orang sahabatnya. Mula² dia berkira takut Aida terkejut tapi dicekalkan hati takut tiada banyak masa begini untuk mereka bertiga.

"Korang, ayah aku suruh aku masuk kolej amek course mana2 aku minat. Result aku tak berapa cantikkan. Dia xnak aku buang masa masuk form 6".. ucap Zita sambil memandang luar cermin. Intan yang dari tadi tengah belek² gambar di henfon memandang Zita dengan keluhan. Zita diam semula memandang Aida dan Intan.

"Aku pun sama Da. Kaklang aku ajak aku pindah Cheras duduk dgn dia dkt PGA sana. Sambung studi atau nak keja. Ibu pun setuju sudah..". ujar Intan memecah hening mereka bertiga semula. Macam Zita dia pun mencari kesempatan. Tak sangka Zita dulu yang bersuara.

"Alahh..koramg ni kan..apa jer. Kan arini hari kita nak gembira². .apa je sedih². poyo lah korang nih" .tukas Aida memandang mereka berdua. Kelakar betul dia lihat muka monyok teman dia berdua nih. Macam rupa orang putus cinta gelak dia dalam hati.

"Ala rileklah..pi KL je pun bkn London" ketawa Aida memujuk mood sahabatnya.

Serentak tengok Aida ketawa.. Zita dan Intan pun ketawa. Mereka betulnya rasa sedih nak berpisah dengannya. Masing² berharap dapat stay bersama di sini. Mereka hanya merancang.

Melihat mereka ketawa ceria, hati Aida rasa teepagut sebak. Dia akan keseorangan di kampung ini nanti di kemudian hari. Ditahan hati yang sayu tiba² dan kembali terseyum memandang temannya.

Hari yang sepatutnya gembira menjadi mendung di hati Aida. Terasa hari yang panjang menantinya.
Walaupun dia merasa bergembira dengan perubahan perjalanan masa depan sahabatnya, tapi dia tak mampu menipu dirinya. Saat ini hatinya berselubung duka bakal kehilangan kedua- dua bff dia jauh ke Kota Metropolitan.

Dia tetap setia di kampung.

sekelip waktu macam² bole terjadi dlm life kan. appreciate moment² bahfia okay guts :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience