~tiada madu, gula pun manis juga~
SH
Kedai runcit hujung taman ala kampung ni tak pernah surut dari terjahan manusia. Dari seberang jalan, Aida sudah terseyum sumbing tengok kedai runcit kegemarannya. Di sini tiada Tesco atau Parkson. Kalau nak pergi shopping mall dia kena naik bas ke pekan besar.
Sampai depan kedai, Aida park basikal sebelah bangku batu milik kedai abang Edi. Cepat² dia atur langkah masuk ke kedai nak berlindung dari panas pagi. Nampak belakang tuan kedai, terus dia berdehem.
" Uik Da..awal kau datang..kan cuti arini" sapa Abang Edi. Umurnya baru 24tahun jejaka kampung terhangat. Ramai juga anak² dara kawasan taman yang syok padanya tapi semua tidak dilayankan. Sekadar beramah mesra sebagai taukey kedai saja. Belum lagi timbul gosip² liar tentang anak arwah Hj Junaidi ni.
" Abang Edi, makwe poyo abg ada rumah" laju je dia buka mulut dengan kening terjongket² macam bagi isyarat.
Bukan dia je malah boleh katakan satu taman kampung ni tahu pemilik nama Edi Marzuki ni sukakan kaklong dia, Adilla Isamiah. Kaklong dia bukan saja cantik tapi pandai juga. Dah tentulah ramai yang minat. Bukan je orang muda macam abang Edi tapi sampai ke duda tua Remy Martin aka Haji Burn pun minat. Sampai nak pinang kaklong dia selepas tamat SPM 4 tahun lepas.
"laaa.. nape tak roger abg pagi tadi..ishh lembablah kau ni Da" balas Edi. Bersinar hati dia tahu bunga yang dipuja ada ditaman. Terbayang lesung pipit Adila, tersenyum bibir dia.
" Poyo..berangan lah tu" cebik Aida. Boleh patah temulang dia tengok senyuman dibibir Abg Edi. Mamat ni kalau berangan memang seram,lagi² kalau senyuman sudah terukir di mulutnya. Semenjak 2 tahun lepas dia bergurau iktiraf Abg Edi abg ipar tak rasmi, kebaikkan layanan dari jejaka itu berubah 100%.
"Abg Edi, bagi telur 10 biji".
Aida menuju ke peti ais besar lalu capai sekotak susu kocak coklat feveret Kaklong dia. Nasiblah kau kakak aku..kalau bukan tak hingin aku belanja dengus Aida.
"Abg Edi, petang esok saya nak ke Kuala. Kedai Starbuck baru buka..ingat nak try jugak. Abg Edi nak kirim pape tak" tanya Aida sambil mata meliar tengok jajan di rak² tepi kaunter sambil berkira² dalam kepala.
Aisey klau aku belanja kaklong harini, esok short pulak duit aku..hmm . ni yang malas aku pegi kedai kata Aida dalam hati.
"Da, amek jelah apa kakak kau nak.. abg belanja. lagipun bukan selalu abg dapat belanja buah hati abg nih.." kata abg Edi dalam ketawa kecil.
"Cakap abg kirim salam sayang rindu tau"
Dengar kata² tu Aida langsung ketawa. Aduhai..sorang mabuk kepayang, sorang pulak boh layan. Dia tak habis geleng kepala dan ketawa dengar pesanan penaja telur dan jajan free. Dia pun tak tahu apasel kaklong dia tak minat dengan Abg Edi. Abg Edi bukanlah tak hemsem, dia hemsem. Tak sado tapi okaylah. Orangnya pun pandai kalau tidak masakan dia belajar di UM. Sayangnya studi Abg Edy separuh jalan je selepas kematian Hj Junaidi, arwah ayah Abg Edi. Hj Junaidi.meninggal selepas kemalangan balik dari masjid .
"okay Abg Edi. Saya balik dululah..kang singa tu mengaum lagi.. balik je macam ular sawa..semua nak ditelannya. maceh tau" kekek² Aida sambil jinjit beg plastik berisi makanan. Rezeki arini
Betulnya bukan dia tak suka pegi kedai time kaklong dia balik. Dia suka sebab time beginilah rezeki dia melimpah. Bukan amek kesempatan tapi dah orang berbudi sebab kaklong dia..takkan nak jual mahal pulak kan. ..hahaa.
Sampai pagar rumah kelihatan kaklong sudah berdiri depan pintu muka masam. Tahulah Aida kakak dia berangin. Padan muka kau tunggu lama kata Aida dalam hati. Sapa suruh kacau tidur aku.
"amboi..amboi.. kau pegi kedai ke bina masjid? Dah naik tiang masjid ke?" perli Adila. Sejam tunggu kelibat adik tak balik2 lagi. Perut dah kebulur.
"bukan orang nak balik lambatlah..ni hah bopren tak rasmi akak bagi semua ni.' cepat je Aida menjawab.
Dari.marah terus senyum Adila. Saja dia pura-pura marah lepas tengok tangan adiknya menjinjit beg plastik besar. Sudah dia duga pasti Edi akan bermurah hati dengannya. Pura² marah, Adila terus paling masuk menuju ke sofa.
"Akak dah masak nasi, kau masaklah pape.. cepat sikit, akak lapar nih". Adila bersuara dari sofa setelah adiknya masuk ke dapur. Dia bingkas bangun memungah barang dalam plastik. Ada susu coklat feveret dia. Girang hati dia dapat jajan free.
"Ee..pemalas betul akak nihh..masak jelah dah alang2 masak nasi. Tupun nak cakap ke. Orang bawak balik brg ni penat tau.. ni semua barang akak dari abg Edi. Menyampah lah akak nih" getus Aida . Dilhat aksi kakaknya yang poyo menyedut air kotak susu coklat, dia tersenyum sendiri.
Capai pisau Aida terus mula memasak. Perut dia pun lapar tak sarapan. Telur digoreng dan cili api bawang dihiris . Lincah tangannya bekerja menyiapkan makan tengahari mereka berdua. Telur mata dengan hirisan bawang dan cili api serta sayur sohun dan fucuk lauk makanan mereka.
Adila tahu adiknya kalau masak memang sedap. Campak2 pun menjadi macam tangan emaknya dan arwah Tokmak dia. Berbanding dia dan Adana, adik bongsunya memang cekap memasak walaupun baru berusia 18 tahun.
Dia tahu makan dan orde saja.. masak jauh sekali.
Geramkan kalau ada kakak mcm ni..
Share this novel