Bukan Aku Tak Cinta

Sopie Harris

Romance Series 2792
5
(3 ratings)

Synopsis

Proloq. Aida masih duduk menyandar di tiang di situ. Pondok kayu kecil berlaintaikan tanah menjadi tempat dia berehat seketika. Jauh dia memandang barisan kubur- kubur disitu. Entah berapa ribu ttisan airmata sudah mengalir dari kelopak matanya. Jarinya memegang erat cincin yang berada di genggaman. Kalau dia dapat putarkan waktu, mungkin jalannya berlainan dan kesudahan hidupnya juga tidak begini. "Maafkan Aida Abang, imungkin inilah jalan terbaik untuk kita" guman hati dia. Setelah puas memandang kubur- kubur didepannya, dia mengangkat punggung untuk beredar. Berlaga bibir atas bawah mengikut alunan ayat Al Fatihah sebelum dia beredar. Usai habis sedeqahkan Al Fatihah, dia teruskan langkah menuju ke pintu keluar tanah perkuburan itu sambil dikeluarkan kunci kereta dari tas tangannya. Baru hendak memuka pintu kereta, halwa teinganya di sapa lembut suara dibelakangnya. " Aida, maafkan aku......aku yang bersalah." Berat dan lirih suara yang menyapa Aida. Dia tidak mampu berdepan untuk menuturkan kata- kata penyesalan yang ada dihatinya. Aida hanya mampu mengeluh pasrah. Semua kata- kata yang didengari tadi tidak mampu kembalikan apa yang dia sudah hilang. Dibuka pintu kereta dan dia terus labuhkan badan dikerusi kereta. Dihidupkan enjin dia terus bergerak keluar dari kawasan parking tanah perkuburan tadi. Dia tak ingin memandang suara yang menyapanya tadi. Menitik airmatanya sekian kali. Dia hanya mampu menangis sendirian. Dia tidak ingin orang lain menikmati tangisan dia. Biarlah dia yang mengalah dalam rupa yang cekal pada pandangan orang lain. Biarlah orang lain fikir dia tidak punya hati lagi. Hatinya bukan retak lagi tapi sudah hancur. Hancur dilumat oleh insan- insan yang dia sayang . Semuanya kerana fitnah. Aida Adriassa telah pecah hatinya. Kereta kia kecilnya meluncur laju dijalan. Dia ingin cepat-cepat keluar dari jalan yang membuat dia meruntun hati. Sementara itu di tapak parking tanah perkuburan Islam Kundang suara yang menyapa Aida tadi hanya tegak berdiri memandang hingga kelibat kereta Aida telah hilang dari matanya. Pedih hatinya.. namun dia tahu semua ini karma dirinya. Dia menghayunkan kaki dengan lemah meninggalkan kawasan itu.


Share this novel

Rate this story


Comments

Aryanie
2021-05-28 

yusofff suka aida..... waaaahhh ;)

Sopie Harris
2021-05-27 

maceh..????

Aryanie
2021-05-26  1 Replies

bagus jln cite.. teruskan usaha ye..

Sopie Harris

7 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience