Series
531
SEBAIK sahaja Daria keluar dari pejabat Tengku Malik, Hakim terus menyambutnya dengan senyuman lebar.
“Cik Daria.”
Daria sekadar mengangguk tegang tanpa berkata apa-apa. Hakim cepat menangkap perubahan mood wanita itu lalu segera menekan butang lif untuknya.
Pintu lif terbuka dan seorang lelaki berkemeja corak batik melangkah keluar. Lelaki itu sempat mengerling ke arah Daria, tetapi wanita muda itu langsung tidak mengendahkannya lalu terus masuk ke dalam lif.
Sebaik sahaja pintu lif tertutup, Daria menumbuk dinding lif untuk melepaskan geramnya.
Lelaki tadi ialah tetamu Tengku Malik, Encik Johari, yang lebih dikenali sebagai Johari. Dia terus memandang ke arah lif sehingga pintunya tertutup sepenuhnya.
Johari bersiul sebelum menoleh kepada Hakim.
“Hakim, siapa wanita cantik tadi?”
Hakim memandangnya dengan wajah meluat apabila mendengar cara lelaki itu bertanya. Namun, sebelum dia sempat menjawab, Tengku Malik melangkah keluar dari pejabatnya.
“Jangan nak sibuk tanya pasal perempuan tadi tu.”
Suara Tengku Malik kedengaran berat dan penuh ancaman.
Riak santai Johari terus berubah. Dia menoleh ke arah Tengku Malik dengan mata yang bersinar penuh minat.
“Tengku kenal ke perempuan tadi tu?”
Tengku Malik tidak mengendahkan soalannya lalu berpatah balik masuk ke pejabat. Johari mengekorinya dengan wajah hairan.
Entah mengapa, peristiwa itu menimbulkan satu perasaan pelik dalam dirinya. Inilah kali pertama dia merasakan Tengku Malik Ridzwan. Lelaki paling dingin yang pernah dikenalinya seolah-olah tertarik kepada seorang wanita.
Johari berkata dalam hati, adakah sesuatu sedang berlaku? Dan, adakah akan ada perubahan dalam hidup seorang lelaki dingin beku macam Tengku Malik?
Hakim pula terus menjelaskan dengan penuh teruja.
“Mestilah Tengku Malik kenal dia! Tadi tu Cik Daria iaitu bakal isteri Tengku!”
Johari tersedak lalu menghabiskan beberapa minit dengan batuk yang teruk.
PADA malam itu, di sebuah kafe eksklusif, seorang penyanyi sedang mendendangkan lagu Adele di atas pentas. Suara emasnya menghiburkan para pelanggan yang memenuhi kafe tersebut.
Di salah sebuah meja, Daria menghirup kopi pekatnya perlahan-lahan.
Fara Amani, sahabat baik Daria, duduk bertentangan dengannya sambil mengeuk segelas minuman buah. Wajah bulat wanita itu dipenuhi keterujaan ketika mendengar cerita Daria.
“Pendek kata, kau akan berkahwin tak lama lagi? Macam tu?” simpul wanita berambut perang paras bahu itu selepas Daria selesai meluahkan perasaannya.
Daria mengeluh dengan kuat dan menjeling sahabat baiknya itu.
“Amani, kau ni tak dengar ke apa yang aku cakap tadi?! Aku kata aku dipaksa kahwin! Zaman sekarang ni masih ada lagi ya perkahwinan yang diaturkan orang tua?! Lepas tu, aku ni dah macam kena jual dnegan family sendiri. Aku nak hidup bebas! Aku baru je jumpa rentak hidup aku sekarang ni tau.”
Amani mengeluh lalu cuba menenangkan rakannya.
“Ya, tapi daripada cerita kau, nampaknya memang tak ada jalan keluar lain. Jadi, cubalah tengok dari sudut positif. Bakal suami kau ialah Tengku Malik Ridzwan, tahu! Tengku Malik Ridzwan tu pun kacak, bergaya, segak. Tak adalah sakit mata kau nak pandang setiap hari. Aku tak rasa family kau ni jual kau tapi lebih kepada cagaran!”
Amani menekankan kata-katanya dengan penuh semangat. Mata hitamnya bersinar teruja.
“Semua wanita dalam dunia ni nak kahwin dengan anak orang kaya tau. Lebih lagi tahu betapa kayanya dan handsomenya si Tengku Malik tu. Dahlah dia memang ada gaya, bekerjaya. Fuhhh… Tambahan pula, dia kacak dan misteri. Lelaki idamanlah! Percayalah, Tengku Malik seratus kali lebih baik daripada lelaki lain yang pernah dengan kau dulu.”
Daria tahu Amani sengaja tidak menyebut nama lelaki tersebut.
Sebaik sahaja mendengarnya, tangan Daria yang sedang memegang cawan untuk dihalakan ke bibirnya terhenti apabila dia melihat seseorang.
Amani mengeluh lagi apabila melihat reaksi Daria. Sudah beberapa tahun berlalu sejak mereka berpisah, tetapi Daria masih belum mampu melupakan bekas kekasihnya.
“Eh, ini Putri Daria, fashion designer dan model yang sedang meningkat naik tu?”
Tiba-tiba, satu suara wanita yang nyaring dan menyakitkan telinga kedengaran dari belakang Amani.
Amani menoleh lalu melihat Sara Tanaka, seorang model dari agensi yang sama dengan Daria.
Mata Sara yang sedikit sepet dipenuhi kebencian ketika memandang Daria. Dia ditemani seorang lelaki bertubuh gemuk yang mengenakan pakaian mahal. Sebuah jam tangan berjenama melingkari pergelangan tangannya, manakala jari-jemarinya dipenuhi cincin.
Amani yakin Sara datang untuk mencari masalah dengan Daria seperti biasa.
Dia mengerling ke arah sahabatnya yang wajahnya sudah kemerahan akibat menahan marah itu, lalu memutuskan bahawa mereka patut beredar sebelum sesuatu yang buruk berlaku.
“Daria, jom kita balik!” Amani bangun lalu cuba menarik Daria pergi.
Namun, Daria enggan berganjak. Sebaliknya, dia tersenyum sinis.
“Oh, bukankah ini Cik Sara, orang kaya tujuh keturunan?”
Daria berkata sambil meniru suara wanita itu dengan begitu tepat.
Wajah Sara terus merah padam kerana malu. Dia langsung tidak berani memandang lelaki yang datang bersamanya.
Semua orang dalam industri hiburan tahu bahawa ketika awal kemunculannya, Sara pernah berpura-pura menjadi anak orang kaya semata-mata kerana terlalu mementingkan status.
Akibatnya, dia telah ditipu habis-habisan oleh bekas kekasihnya sehingga perkara itu menjadi skandal terbesar. Malah sehingga kini, berita mengenai skandal tersebut masih boleh ditemui di Internet.
“Zafrul, boleh tunggu saya di sana sekejap?” tanya Sara dengan nada menggoda dan senyuman palsu yang lebar.
Zafrul mencebik lalu berkata kasar,
“Jangan lama sangat!”
“Ya, saya datang sekejap lagi!” balas Sara dengan wajah lega.
Selepas memastikan Zafrul sudah berada cukup jauh, senyuman pada wajah Sara terus lenyap. Dia memeluk tubuh lalu menjeling tajam ke arah Daria.
“Kalau paparazi tahu model yang sedang meningkat naik ni cari pasal dengan supermodel macam aku ni mesti semua ni akan tular kan? Lebih lagi dengan wajah kau yang tak berapa nak siap sekarang ni.”
Kamera diacukan kepada Daria. Dia akan hancurkan Daria dan dia akan pastikan wanita ini jatuh berkali-kali.
Daria bangun dan menghampiri Sara yang langsung tidak gentar.
“Daria, dia sengaja provok kau tu. Jom kita balik,” ajak Amani dengan tegas. Dia tidak mahu nama baik yang sedang dilakar oleh Daria akan hancur begitu saja kerana Sara sememangnya mempunyai pengaruh yang sangat luas ketika ini.
Semua media amat menyayangi Sara dan banyak agensi juga suka akan Sara Tanaka berbanding Putri Daria.
“Takkan ada sesiapa pun dapat selamatkan kau, Daria.” Sara Tanaka memprovok lagi.
Share this novel