AB 4: Pecah

Romance Completed 473704

"Wei, Ara, cepatlah. Kau nak pilih baju tidur pun macam nak pilih baju jalan, kan. Itu je yang aku ada," tegur Nerina apabila Tiyara masih belum selesai membelek baju tidur milik Nerina di dalam wardrobe untuk dia pakai malam ini.

Iyalah, ibarat lari rumah sehelai sepinggang kan. Apa baju pun tak bawak. Mujurlah lari ke rumah kawan perempuan. Sekurang-kurangnya tertolonglah sikit bab pakaian apa semua ni.

"Kejaplah, aku nak pilih yang selesa," sahut Ara.

"Hei, semua baju aku tu selesalah. Kau je yang banyak songeh." Nerina membidas.

Dekat 15 minit diperkulkan untuk Ara memilih baju tidur. Akhirnya dia telah tetap dengan pilihanya, pajamas cotton kotak-kotak berwana pink. Nampak selesa.

Baju pun ditukar selesai dia membersihkan badan. Kedua gadis itu lalu sepakat untuk mengakhiri malam dengan tidur segera. Besok klas pukul 9 pagi. Lebih baik tidur cepat.

11 MALAM. Ara masih kekal terjaga. Tidak tahu kenapa tidur di rumah orang begini lain rasanya. Mujur saja dia tidur sekali di bilik Rina. Jadi tidaklah bosan sangat.

Agh! Masa nilah tekak haus pulak. Sudahlah tak bawa air putih. Lainlah di rumahnya. Dalam biliknya saja sudah tersedia khas mesin penapis air jenama Korea. Kerna dia memang kerap haus di waktu malam.

Aduh, macam mana ni? Rina pula sudah tidur. Nak kejut ke tak ya? Ara sudah berkira-kira mahu mengejut Nerina yang sudah tertidur dengan nyenyak. Kesihan pula nak kejut. Tapi tekak ini betul-betul minta dibasahkan. Ni ada yang minum air paip kat bilik air ni kang.

Ish, gila ke nak minum air paip. Nanti batuk dan selsema lagi satu hal. Akhirnya Ara cuba juga mengejut Rina yang sudah jauh mengembara ke alam mimpi itu.

"Rina. Rina. Bangun! Jom teman aku turun bawah. Aku hauslah." bisik Ara sambil mencuit pipi Nerina.

Aduh, parah. Tak bergerak si Nerina ni. Tidur mati ke apa? Ara lalu cuba sekali lagi. Makin parah bila Nerina sudah berpusing arah membelakangi dan menyambung dengkuran halus dari mulutnya.

Ara mengeluh. Hausnya bukan kepalang. Kalau terus-terusan begini, boleh jadi tak bertidur ni menahan haus. Takkan nak minum air paip sungguhan, kut. Memang taklah!

Ara lalu menarik nafas dan menghembusnya laju. Nampaknya dia harus beranikan diri turun ke bawah untuk mengambil air.

Walaupun rumah orang, dia mesti bertindak jugak. Jika tidak, sampai ke besok haus ni tak reda. Akhirnya Ara memutuskan untuk turun demi mendapatkan segelas air.

***

ZACK membawa langkahnya perlahan menuruni tangga apabila dia dapati dapur dalam keadaan terang. Dia yang turun untuk mengambil telifon bimbitnya yang tertinggal di atas meja, telah merasa aneh melihat keadaan dapur begitu. Kerna setahunya, Nerina tak pernah turun malam-malam ke dapur.

Hati curiga telah memaksa Zack untuk melihat ke sana. Harap-harap tiada apa yang tidak diingini berlaku.

Zack tiba dan kemudian memeriksa. Dia mendapati gadis itu sedang berdiri di sisi mesin penapis air. Sambil minum gadis itu berdiri membelakangi. Zack mengoyak senyum.

"Rina tak tidur lagi?" tegur Zack yang menyangka gadis itu adalah anaknya.

Bagai mahu gugur jantung Ara bila ada orang menegur dari belakang. Nasib baik sudah habis minum. Tidak, mahu tersedak.

Gelas di tangan juga hampir terlepas. Nasib baik dia dapat kawal. Segera dia memusing badan untuk menghadap orang tersebut.

Terkejut! Dua-dua terkejut.

Zack terkejut bila gadis yang disangka anaknya itu ternyata bukan. Pakai baju Rina, patutlah.

Sama halnya dengan Ara, pun terkejut sama. Terkejut dengan penampilan ayah Rina ketika ini.

Lelaki itu hanya mengenakan jogger pant dan bersinglet putih tanpa lengan. Sangat jelas memperlihatkan otot-otot pejal miliknya yang tersembul berketul-ketul itu.

Argh.. mata! Kenapa dengan mata ni? Kenapa mata ni tak boleh beralih ke tempat lain?

Dengan penampilan seperti itu, dengan rambut dibiarkan sedikit serabai dan tidak kemas, lelaki ini terlihat seperti, jauh lebih muda dari usianya sebenar.

Tubuh tinggi lampai itu masih berdiri terpaku bertatapan dengannya. Ara juga seakan tak dapat mengalihkan pandangan. Dia menggigil. Kali ini benar-benar membuatnya hilang kawalan, sehingga gelas di tangannya terlepas betul.

Barulah dia tersedar apabila gelas yang jatuh telah menghasilkan bunyi bising. Ara terkejut dan segera menunduk untuk mengutip gelas berkenaan.

"Eh, jangan!" Zack melarang. Ara lalu mengurungkan niatnya.

"Jangan kutip. Kaca tu, bahaya!" nasihatnya. Lelaki itu lalu beralih ke setor untuk mengambil penyapu beserta penyodok.

Ara masih terkaku. Zack yang sudah membersihkan kaca dari pecahan gelas itu masih diperhatikan. Ara tidak tahu harus berkata apa.

"Maaf. Ara minta maaf, uncle." ucap Ara. Gugup.

Zack yang sudah selesai membuang beling kaca itu lalu tersenyum memandang Ara. "Tak apa. Uncle pun minta maaf sebab buat Ara terkejut. Tapi lain kali kalau gelas pecah jangan kutip ya. Nanti tangan cedera." Zack menasihati lagi.

Ara hanya memberikan senyum segan. Wajahnya juga sudah ditunduk malu.

"Kalau begitu Ara mintak diri dulu. Selamat malam." pintanya, sebelum dia bergegas berlalu dari hadapan Zack.

Zack hanya mendesah pendek sambil memerhatikan gadis itu berlalu pantas. Dirinya lalu mengembalikan penyapu dan penyodok ke dalam setor.

Sementara itu, Ara sudah bergerak pantas mendaki tangga bersama gigil yang belum reda. Aduh, kenapa jadi mengigil macamni nih? Uncle tu, Ya Allah.. Tercemar pandangan mata aku.

Tiba-tiba badan ini rasa seram sejuk. Bahkan rasa sakit hati akibat ditinggalkan oleh Nadir juga seperti sudah hilang sama sekali. Serasa dia benar-benar sudah move on dari lelaki itu.

Ara sendiri tidak tahu apa yang dia sedang fikir saat ini. Dia segera mempercepat langkah dan masuk ke bilik Nerina tanpa menoleh ke belakang lagi.

TBC

Terima kasih sudi membaca! jangan lupa support juga novel-novel Unlock Chapter PinkRose ya. Ada Lara Zulaikha (complete) dan Aku Bukan Perampas (on-going) *mini love*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience