AB 1: Prologue

Romance Completed 473381

BERHADAPAN wanita itu, Zack duduk sambil merenung si dia tidak berkedip. Dia tidak tahu apa maksud wanita ini kerap kali muncul di depan matanya sejak kebelakangan ini. Mungkin hendak mengimbas memori lama barang kali?

Cis... Tolonglah!

Memori lama itu sudah lama terkubur di dalam kalbu Zack, dan tidak mungkin ianya digali kembali hanya sekadar untuk mengimbas semula kenangan manis tersebut.

The past, is the past! Zack berfikir begitu.

Akan tetapi, wanita di hadapannya ini seolah mahu kembali menyingkapnya setelah dia sendiri yang mengubur bersama sebaris kisah pahit yang dia tinggalkan dahulu.

"Abang." Sofeya memanggil Zack, masih mengekalkan panggilan lama. Zack mencibir sinis.

"Maafkan Feya, abang. Feya menyesal dengan tindakan Feya dulu. Kini Feya sedar, Feya tak mampu hidup tanpa abang dan Rina." Sofeya mengadu lirih.

Namun sayang sekali, tampang sedih meminta belas kasihan yang ditunjukkan oleh wanita itu tidak lagi mengundang rasa simpati Zack. Hati lelaki itu yang sudah sedia keras semakin dibekukan.

 "15 years, Feya. Kemana you selama ni? Mana kehidupan baru yang you mahukan itu?" Zack membalas dingin. Sebutan 'abang' sudah tidak lagi terbit dari bibirnya. Dia juga telah membahasakan Sofeya dengan sebutan biasa. Yeah, biasa!

"Abang, Feya tahu Feya salah. Tak sepatutnya Feya termakan janji manis Burhan si buaya darat itu."

"Stop talking about him!" Zack memangkah kata-kata Sofeya dengan tegas. Dia juga telah menegakkan badan yang sedari tadi bersandar pada kerusi menunggu di hospital itu.

Zack lalu menoleh ke kiri dan kanan apabila dia sedar akan suaranya yang agak kuat tadi, bimbang akan mengganggu pesakit di dalam sana.

Zack kemudian cuba mengawal diri dari mengeluarkan kata-kata bernada tinggi, tanpa mengurangi keseriusannya menghadap wajah wanita itu.

"Jangan sesekali you sebut pasal manusia bedebah itu. You dengan dia, boleh berambus dari hidup I. Tak usah tunjukkan muka kesihan depan mata I, sebab I tak akan terpengaruh."

"Tapi abang..."

"Please stop call me 'abang'! Perhubungan kita sekarang ni hanya sebagai parent kepada Nerina sahaja. You tak perlu nak berbahasa sangat dengan I. I dah muak, Feya. I dah muak!"

Wajah Sofeya langsung mengendur. Tisu di tangan dibawa ke muka untuk mengesat air matanya. Zack bahkan sama sekali tidak sudi memandang dirinya lagi.

15 tahun mengharungi hidup dalam kesunyian, telah membuat Zack membina dinding kukuh di hatinya untuk sebarang cinta. Jadi kemunculan wanita ini hanya akan mengganggu emosinya sahaja.

"Uncle Zack." Suara itu memanggil dari arah samping. Zack menoleh segera.

"Ara, you dah bangun? You tak apa-apa ke?" Zack bertanya. Ara dihampiri dengan wajah risau.

"I okay, cuma cedera ringan je. Macam mana dengan Rina? Boleh I tengok dia?"

"Rina pun dah sedar. Sekarang dia sedang tidur. Pergilah temui dia." ujar Zack seraya tersenyum nipis. Bandage yang membaluti dahi gadis itu lalu disentuh sedikit.

"Auch, sakit." Keluh Tiyara, manja.

"Tahu pun sakit! Ada hati lagi nak berlagak jadi hero. Nasib baik you tak cedera parah tau."

Ara pamer senyum manis di wajahnya yang sudah mula memerah. Dia tersipu bila Zack terlihat begitu prihatin padanya.

"Let me in. I've to see my friend, Nerina. Excuseme!" pinta Ara, yang sedang cuba mengawal rasa gemuruh di dadanya.

Segera kakinya diatur menuju bilik wad yang menempatkan Nerina, selepas mereka mengalami kemalangan pagi tadi.

Zack hanya mengiringi langkah Tiyara dengan pandangannya. Dia melepaskan desahan lega kerana gadis itu tidak mengalami kecederaan serius. Jika tidak, bagaimana dia hendak menjawap dengan kedua orang tua Tiyara nanti.

"Ouh. Jadi ini alasan abang buang Feya dari hidup abang? Kerana budak hingusan tu, abang langsung tak mahu pandang Feya?"

Zack menoleh ke belakang bila Sofeya telah bersuara di situ. Suara Sofeya itu telah menyedarkan lamunnya dari terus memandangi Ara yang telah berlalu masuk.

"You cakap apa ni, Feya? Budak tu tak ada kena mengena lah. Dia kawan baik Rina." jelas Zack tegas.

"Tak perlu berdalih la, abang. Cara abang tenung budak tu pun Feya dah tahu. Patutlah abang sudah tidak berselera nak tengok Feya. Rupanya selera abang sudah upgrade kepada pucuk muda ya." Begitu sinis Sofeya membidas bekas suaminya.

Cercaan wanita itu telah membuat darah Zack menggelegak panas. Sofeya ditatap tajam dan rahangnya terlihat bergerak-gerak.

"You dah lupa siapa buang siapa? I tak pernah terniat untuk curang dari you, tapi you... Sanggup buang I dengan Rina 15 tahun dulu demi mengejar kesenangan you sendiri. Sekarang you tak payah nak tunjuk yang konon you simpati dengan Rina, kerna Rina tidak lagi perlukan ibu seperti you."

Sofeya merapatkan kedua bibir dan mendengus selepas mendengar kata-kata tegas bekas suaminya itu. Tenungan mereka masih menyatu saling menghujam kian deras.

"Feya akan pastikan, Rina tak akan beribukan orang lain selain daripada Feya. Feya yakin, suatu hari nanti Rina akan datang cari Feya sebagai ibu dia. Begitu juga dengan abang!"

Usai berkata begitu, Sofeya segera mencapai beg tangan miliknya yang diletakkan di atas kerusi. Kaki bersarung stiletto itu dihayun laju dan bergema di ruangan koridor hospital tersebut.

Zack menghela dalam-dalam dan masih menatap kepergian Sofeya dengan perasaan bercampur baur.

Jujur dia mengakui, terlalu sukar untuknya membuka hati buat wanita lain selepas ditinggalkan Sofeya. Cintanya pada wanita itu terlalu besar.

Namun, itu bukan bermakna yang dia akan menerima wanita itu semula di dalam hidupnya. Setelah dia dibuang bagai tidak bermaruah 15 tahun dahulu, kini Sofeya datang semula untuk menagih kasih, persis perempuan gila talak.

Cukuplah sekali dirinya dibuang. Tidak mahu dia kecundang untuk yang kedua kali. Kini hatinya telah terkunci, dan tiada siapa yang dapat membukanya!

-Arjuna Buangan-

Minta maaf ya. cerita ni PR terpaksa publish satu² balik sebab nak perbaiki setiap susunan kata di setiap chapter. harap bersabar, terima kasih sudi membaca

Share this novel

loveveta
2024-02-12 13:26:13 

sya suka cerita ni

Siti Rohani Idris
2023-01-15 18:39:31 

I was to the ending of this story. Just a few episodes left. tunggu punya tunggu last2 no ending tiba2 now nak continue baca nak kena ada coin to open every episode of the story

Mar Matina
2022-08-02 11:08:36 

bila nak update lagi?


NovelPlus Premium

The best ads free experience