bab 5

Romance Series 5076

selepas selesai makan malam

"Reen , esok Mirul ajak pergi beli baju kahwin , sekali dengan cari cincin . Reen pulang sekolah dengan mirul ya" kata ibu

"baiklah ibu" jawab Reen

Tengku Aireen pov

tingg
tingg
tingg
unknown number

-Esok lepas sekolah , ikut aku . Kita cari baju
-jangan mengada nak keluar kelas lambat ye
- terima kasih sebab terima saya Tengku Aireen??

'eh mamat mana pula chat aku ni , dh la ajak orang balik sama sama . Sejak bila aku accept orang ni' Aireen pun berfikir...

me

-Assalamualaikum . Hoi , kau ni siapa pulak . Dh la tak bagi salam , tiba tiba je nak ajak aku beli baju . Aku dh nk kahwin tau tak

ting

unknown

-Amboi garangnye kak , Waalaikumsalam . Number bakal suami sendiri pon tak save ke

me

-Oh kau ke ni Amierul ?
-Mana kau dapat number aku ni

dan pun save number Mirul ' Encik Tiang '

tingg
tingg
tingg

-Aku minta dari Ibu
-Dh aku nk buat homework . Kau jangan lupa esok ye . Goodnight
-Assalamualaikum future wife ??

me

-Yela Tengku Amierul
-Goodnight
-Waalaikumsalam

aku meletakkan phone ku di sisiku lalu sambung mengosok baju sekolah ku yang hendak digunakan esok . Selepas mengosok baju , aku terus susun buku dan masuk tidur

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Tengku Amierul Pov

"Mirul , esok jangan lupa balik sekali dengan Reen ye . Korang kena beli cincin dan baju kahwin"ujar Mummy

"baiklah mummy , Mirul naik atas dulu ye"

me

-Esok lepas sekolah , ikut aku . Kita cari baju
-Jangan mengada nak keluar kelas lambat ye
- Terima kasih sebab terima saya Tengku Aireen??
send !

tingg

future wife

-Assalamualaikum . Hoi , kau ni siapa pulak . Dh la tak bagi salam , tiba tiba je nak ajak aku beli baju . Aku dh nk kahwin tau tak

'ni mesti tak save number aku , tu lah tak kenal . Sifat Reen mengingatkan aku kepada seseorang iaitu Jihah'

me

-Amboi garangnye kak , Waalaikumsalam . Number bakal suami sendiri pon tak save ke

'Mak ai , garangnye Aireen ni'

ting
ting

Future wife

-Oh kau ke ni Amierul ?
-Mana kau dapat number aku ni

me

-Aku minta dari Ibu
-Dh aku nk buat homework . kau jangan lupa esok ye . Goodnight
-Assalamualaikum future wife ??

'Comel betul la Reen ni , garang garang pun comel . haihh

tingg
tingg
tingg

-yela Tengku Amierul
-Goodnight
-Waalaikumsalam

Amierul pun sambung membuat homeworknya . pada pukul 9 : 30 malam , Amierul terus menyusun buku dan masuk tidur .

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
keesokannya.....

"Aduhh aku dh lambat dh ni" kata Reen sambil berjalan dengan cepat

'Siapa jaga dekat pintu masuk eh' Reen tertanya tanya , siapalah pengawas yang bertugas dekat pintu masuk . Dh la dia lambat

setibanya disekolah...

"Hai future wife , asal lambat sangat ni" kata Ketua pengawas sambil menunjukkan jamnya . Ya Tengku Amierul Hafeez yang bertugas dekat pagar masuk hari ini .

"Lambat bangun , buka lah pagar ni , aku nak masuk ni" kata Reen

"Eh , no no no" kata Amierul sambil mengerakkan jari telunjuknya ke kanan dan ke kiri

"nak masuk kenala denda dulu" amierul melemparkan senyuman sinis kepada Reen

"nak denda apa pula ni wahai Tengku Amierul" kata Reen

" kau kena sentiasa dengan aku satu minggu ni " kata amierul dan menyebab kan Reen terkejut

'aduhh asal pula mamat ni nak aku berkepit dengan dia satu minggu ni , rimas lah' Reen bermonolog sambil memandang wajah Amierul

"Ye aku tau aku hensem , tak perlu la tengok aku macam nak makan aku" Kata Amierul

"haishhh yela yela . Aku setuju dengan denda kau" kata Reen sambil melangkah masuk ke dalam sekolah dengan perasaan geramnya dan meneruskan pembelajaran seperti biasa

kringggggg~

"Reen kau rehat dengan kitaorang en" kata Ayu

"Errr , aku minta maaf sangat sangat korang , Amierul ajak aku rehat sama sama" kata Reen dengan serba sala

"ehh takpe la , pergilah rehat dengan 'future husband' kau " bisik Misha

dan the princess pun berlalu pergi

"ehem ehem"

aku mendengar 'ehem' dari seseorang dan aku pun berpaling ke belakang . Alangkah terkejutnya aku melihat wajah Amierul yang tidak jauh jaraknya dari mukaku . Wajah ku pun terus terasa panas dan aku berpaling semula kedepan

"Reen , asal muka kau merah" tanya Tengku Syafiq

"errr , takde pape la" kata Reen

"dh la korang , jangan usik lagi Reen . Reen aku punya tau" kata Amierul dan membuatkan The boys yang lain berlalu pergi

aku pun mengikuti langkah langkah Amierul menuju ke kantin dan terdengar bisikan pelajar lain

"weh asal Amierul jalan dengan betina tu"
"woi Tengku Amierul aku punya lah
"dasar perampas"
"wahh lawanya Tengku Aireen"
"omaigod diorang serasi la"

aku dan Amierul hanya mendiamkan diri .

tiba tiba...

splash

Aku terasa air sirap mengalir di badanku , dan aku memusingkan badan ku kebelakang . Kelihatan 4 orang perempuan sedang memandangku dengan wajah yang marah

"WOI SIAPA YANG SIRAM AIREEN NI " jerit Amierul sehingga membuatkan satu kantin senyap...

"I yang siram dia , nak bagi dia sedar diri sikit " kata seekor minah sotong

Amierul hanya berdiam diri menahan marahnya

dan seorang pelajar perempuan datang ke arah kami dan terus memeluk lengan Amierul

"Hai baby" kata Balqis
"WOI BALQIS , U TAK KENAL MANA HARAM DAN MANA HALAL KE ? SUKA HATI JE PELUK LENGAN I" kata Amierul

"Ala u ni . Nak pegang lengan u je . Salah ke" sambil memuncungkan bibirnya kehadapan

'Dia fikir dia comel suda' Reen bermonolog

"Lepaskan lengan i . Reen , jom cau dari tempat ni" ajak Mirul sambil menarik hujung baju sekolah milik Reen

kringggggg~

loceng berbunyi menandakan habis waktu rehat . Aireen menghabiskan masa rehatnya dengan mengganti bajunya kepada baju sukan dan terus bergegas kembali ke kelas bersama Amierul .

setibanya dikelas 5 makmur ...

"Tengku Amierul ! Tengku Aireen ! kenape korang lambat masuk kelas hah" bentak cikgu Sejarah iaitu Cikgu Juanita

"Maafkan kami , cikgu . Tadi waktu rehat Reen kena siram dengan air sirap , kami lambat sebab Reen pergi tukar baju" terang Amierul dengan riak muka yang tenang

"Baiklah kamu berdua boleh duduk . Ingat ! selepas ini kalau kamu lambat , angkat meja dan kerusi . Kamu berdua boleh belajar diluar"kata cikgu Juanita .

Reen pun kembali ke tempat duduknya

"Reen kau okay tak ?" tanya Misha

"Siapa siram kau ni?" tanya Fiqah

"Aku okay je korang . Aku tak kenal la , tapi ada sorang nama dia Balqis . Dia dengan rakan rakannya yang simbah aku tadi dekat kantin" kata Reen

"HAH ! BALQIS ? minah gedik tu ? nama group diorang The Queen tapi kitaorang panggil minah gedik aka minah sotong . Nama group diorang The Queen supaya kedengaran lebih hebatlah dari nama group kita" terang ayu kepadaku

"diorang dah lama dah minat dekat 'future husband kau tu' . So jaga jagalah future husband anda baik baik" kata Fiqah

dan aku pun meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience