bab 12

Romance Series 5076

keesokkannya...

"Semua pelajar tingkatan 5 diminta berkumpul di tapak perhimpunan kerana dalam masa 30 minit lagi kamu semua akan bergerak pergi ke kem" suara Cikgu Nabila kedengaran di seluruh bahagian disekolah melalui pembesar suara yang diletakkan disetiap kelas . Para pelajar tingkatan 5 pun bergerak ke tapak perhimpunan

"Selamat pagi dan salam sejahtera . Cikgu akan mengetuai rombongan dari Star Highschool . Cikgu harap kamu semua menjaga disiplin sekolah serta disiplin diri kamu sendiri .

Selepas kami diberikan sedikit taklimat oleh cikgu Nabila . Reen dan Misha meminta izin dari pada Cikgu Nabila untuk pergi ke tandas sebelum menaiki bas . Ketika Reen dan misha menaiki bas , semua pelajar memandang mereka dan mereka pun rasa pelik

Aireen Pov

lepas dari tandas , aku dengan Misha pun pergi menaiki bas . Semua pelajar memandang aku dengan Misha . Aku pun rasa pelik la kan . Lepastu aku berjalan ke belakang untuk mencari tempat duduk yang kosong kerana Misha sudah duduk sebelahan dengan Syafiq dan aku pun ternampak satu tempat duduk kosong .

'Aduh bersebelahan dengan encik suami la pula' bisikku

namun aku tiada pilihan lain selain duduk sahaja bersebelahan dengan dia .

Aku terus memasang earphone ku dan membuka lagu 'moonlight by Ali Gatie' dan tanpa aku sedari , aku tertidur

End Aireen pov

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Amierul Pov

Selepas sahaja cikgu Nabila memberikan taklimat , mata ku tertumpu ke arah Reen yang membawa Misha pergi ke suatu tempat . Aku pun memulakan rancangan ku , iaitu membuat Aireen duduk bersebelahan denganku

Aku melihat Aireen yang menaiki bas , mukanya kelihatan terkejut kerana tempat duduk di dalam bas sudah penuh kecuali di sebelahku . Aku hanya membiarkan Aireen duduk disebelah ku .

ketika dalam perjalanan , aku melihat Aireen yang sedang tidur sambil memakai earphone , aku pun membuka earphonenya di sebelah kanan dan memakainya di telinga sebelah kiriku
'Jiwang juga Aireen ni , dengar lagu Ali Gatie pula' bisikku

aku melihat Aireen yang sedang tidur dan terus mengambil gambar Reen

klikk

'Ee comel je Reen ni' desis Amierul

aku melihat kepala Aireen seperti hendak terjatuh , aku terus meletakkan kepalanya diatas bahuku dengan perlahan dan aku pun meletakkan kepalaku di atas kepalanya dan kami pun tertidur

end Amierul pov

1 jam kemudiann...

mereka telah pun sampai dengan selamat di destinasi mereka dan terus berkumpul di dewan

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Ketika Diamond Highschool memasuki dewan , Reen terkejut kerana melihat seseorang yang dikenalinya , iaitu Tengku Shin Ru . Reen dan The Princess pun menghampiri Shin Ru dan menyapa dia

"Hai Shin ru " Kata Reen

"Omg ! hai Jihah" Sapa Shin Ru

"Kaki you dh okay dh?" Tanya Shin Ru

"Dh okay dh ni" Jawab Reen

The Princess hanya melihat Reen yang bertegur sapa dengan Tengku Misha

" Kenalkan ni Misha , Fiqah dan Ayu , mereka ialah The Princess , kawan kawan saya . Kami dari Star Highschool" terang Reen

"Hai ! nama i Tengku Shin Ru , you all boleh panggil i Shin Ru . Ni kawan kawan i , Qaisara dan Qistina" Kata Shin Ru dan mereka pun berbual sehingga terdengar suara seseorang yang sedang bercakap , The Princess pun beredar pergi ke bahagian Star Highschool

"Assalamualaikum dan salam sejahtera , Nama saya ialah Muhammad Daniel . Kamu boleh panggil saya Abang Daniel dan disebelah saya ialah Amalina Rafishah . Kamu boleh panggil Kak Fishah . Kami berdua ialah ketua fasilitator kamu jika kamu ada apa apa pertanyaan , kamu boleh bertanya kepada kami . Kita akan menunggu sebuah sekolah lagi" Kata Abang Daniel kepada kami

Ketika menunggu , The Princess dan The boys pun berbual dan apabila Crystal Highschool memasuki dewan , keadaan dewan menjadi riuh

"Weh hensemnya mamat tu"
"Oh diaorang dari Amerika kan"
"Omg yang dekat depan tu hensem sangat"

Reen hanya memerhati pelajar dari Crystal Highschool dan matanya tertemu dengan seseorang yang sangat dikenalinya sehingga membuatkan dia sangat terkejut dan pengsan

Please vote and comment !!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience