bab 20

Romance Series 5076

Naufal pov

ting !

013×××××××
Hi Naufal , ni Riesha . Aku ada benda nak bincang pasal kak Aireen . Jumpa dekat starbucks ! dont be late

'Riesha ? Riesha mana pula ni?' Naufal pun berfikir

"Raykal , kau kenal tak siapa Riesha ? "

"Riesha ? wait Tengku Batriesha? 3 bestari ?"

"Kau kenal dia ? siapa dia tu? tanya Naufal

"Srs lah kau tak kenal siapa Riesha tu ? playgirl terkenal tu di kalangan Junior" kata Adrian

"Playgirl ? hmm sounds good" kata Naufal

"Kalau kau nak tahu la , tiada lelaki yang pernah reject dia and kalau dia nak sorang lelaki tu , dia akan berusaha sampai dia dapat" terang Raykal

"Srslah weh ? walaupun guna cara kasar?" kata Naufal

"Ye , walaupun guna cara kasar"

"Tapi kan , macam mana kau boleh kenal si Riesha tu? " tanya Naufal kepada Raykal

"Riesha ni pernah mainkan perasaan adik aku and dia buatkan adik aku si Haykal tu terlalu stress sampai bunuh diri . Sebab tu lah aku kenal sangat dia tu" kata Raykal

"Psiko gila . Seram aku " kata Naufal

"Tapi kenapa kau tiba tiba tanya pasal dia ni" tanya Adrian

"Dia ada benda nak bincang dengan aku pasal Jihah . Dia nak jumpa aku dekat starbucks " kata Naufal

"Hati hati bro" kata Adrian sambil menepuk bahu Naufal

End Naufal Pov

Starbucks

"Hai Tengku Naufal . Aku malas nak cakap berkias kias , so aku just straight to the point je" kata Riesha

"Ape kau nak" kata Naufal

"Aku nak kau bantu aku . Aku nak kita bekerjasama"

"Bekerjasama ? bekerjasama untuk apa ni" tanya Naufal kebingungan

"Aku nak kita bekerjasama pisahkan Aireen dengan Amierul . Aku boleh dapatkan Amierul dan kau boleh ambil Aireen" jelas Riesha

"Srs kau nak bantu aku ? bukannya kau ni adik angkat Jihah ke"

"Heh , aku jadi adik angkat pun sbb nak tahu pasal Amierul je . Takde masa lah nak ada kakak angkat macam dia tu" jelas Riesha

"So ? deal ? tiada siapa pun yang akan rugi " kata Riesha

"Deal" kata Naufal

keesokkannya.....

Aireen pelik kerana berasa dirinya dipandang pandang oleh pelajar lain .

'Ada benda dekat muka aku ke ni , kenapa diorang tengok aku macam nak makan aku je' monolog Reen

"REEN ! BAIK KAU IKUT KITAORANG PERGI DEKAT PAPAN KENYATAAN SEKOLAH" jerit Ayu sambil menarik tangan Aireen . Aireen hanya mengikut Ayu sehingga sampai di papan kenyataan sekolah

TENGKU AIREEN SEORANG PELACUR?

kelihatan gambar Aireen bersama Amierul masuk ke dalam satu rumah . Aireen hanya mengenggamkan tangannya

"SIAPA BUAT SEMUA NI" jerit Aireen

semua pelajar hanya memandang Reen sehingga Amierul datang menuju ke arah Reen

"Reen , kenapa ni" tanya Amierul

"Mirul tengok ni , ada orang fitnah Reen" kata Aireen

"takpe Mirul akan cari siapa yang buat semuani" kata Amierul

"TENGKU AIREEN NAJIHAH DAN TENGKU AMIERUL HAFEEZ SILA BERGERAK KE BILIK PENGETUA SEKARANG" pengumuman tersebut kedengaran dipembesar suara yang berhampiran mereka

Amierul dan Aireen pun bergerak ke bilik pengetua

bilik pengetua

toktoktok

"Boleh kami masuk cikgu ? " Aireen meminta izin dengan sopannya

"Ha sila masuk" kata Pengetua

gambar Aireen bersama Amierul diletakkan di atas meja

"Ada siapa siapa nak terangkan apa yang terjadi?" tanya pengetua

"Sebenarnya gambar tu betul cikgu" kata Amierul

" HA ?! APA YANG KAMU FIKIRKAN NI AIREEN , AMIERUL ? KAMU BARU 17 TAHUN " bentak pengetua

"Cikgu , dengarkan penjelasan saya dahulu" kata Amierul

"baiklah , sila jelaskan"

"Sebenarnya , saya dengan Aireen dah berkahwin , kitaorang kahwin sebab parents jodohkan dan ini kad kahwin kitaorang" jelas Amierul sambil menghulurkan kad kahwin mereka kepada pengetua

Aireen hanya membiarkan Amierul menjelaskan semua perkara kepada pengetua . Dia tidak sangka Amierul akan mengaku tentang status mereka kepada pengetua

Pengetua hanya terlopong mendengar penjelasan Amierul

"Baiklah , terima kasih atas penjelasan kamu Amierul . Amierul , kamu boleh siasat siapa dalang disebalik semua ini untuk membersihkan nama kamu berdua" arah pengetua

"Baiklah , saya akan mencari siapa dalangnya" kata Amierul

ketika masa rehat , Amierul dan the boys pergi ke bilik cctv untuk memeriksa siapa yang meletakkan gambar tersebut di papan kenyataan . Dia ternampak seorang lelaki yang meletakkan gambar tersebut di papan kenyataan dan bingo ! junior tingkatan 3 punya kerja

"Weh tu bukannya classmate Riesha ke" kata Adam

"Haah lah , tu kan Hayden" kata Ikram

Amierul dan the boys pun mencari Hayden dan membawa dia ke bahagian belakang sekolah

"Ap...Apaa..yang..aaa...abang se...semua...naa...nak" tanya Hayden tergagap gagap

"Heh , kenapa kau gagap ni ? kau ada buat salah dengan akukan" kata Amierul

"Saa...saya...tak..ta...tahu...apa....ya...yang....aa...Abang...Amierul...katakan" kata Hayden

" Kau tak tahu ? srsly ? kau nampak ni" Amierul melemparkan gambar gambar nya bersama Aireen

"Kau yang buatkan" bentak Amierul

"Sabar bro , bincang baik baik" tegur Syafiq

"Sa..sayaa..ha..hanya..di..diarahkan" ujar Hayden

"Siapa yang arahkan kau buat semuani" tanya Amierul

"Ri...Riesha....dia...ya...yang...ar...arahkan...saya"

"Baiklah , kamu boleh pergi sekarang " kata Amierul

"Tee..terima...ka..kasih....abang...sayaa..jan..ji tak..buat..la..lagi" kata Hayden dan berlalu pergi

Amierul pov

'Riesha yang arahkan ? tak mungkin lah' monolog Amierul

"Weh , kau yakin ke Riesha yang arahkan Hayden?" tanya Syafiq

"Ntahlah , Riesha kan adik angkat Reen . Tak mungkin dia sanggup buat semua ni dekat Reen" kata Amierul

"Wait , korang tak kenal siapa Riesha ke? dia kan Tengku Batriesha , playgirl terkenal" kata Adam

"Aku rasa benda ni ada kaitan sama kaulah bro " kata Ikram

" Tapi , apa yang dia nak dari aku" kata Amierul

The boys hanya mengangkat bahu menandakan mereka tidak tahu apa yang dimahukan oleh Riesha

Amierul dan The Boys pun berjalan menuju ke kantin . Ketika dikantin , mereka melihat Riesha sedang makan bersama The Princess . Riesha kelihatan rapat dengan Aireen

"Hai Abang Amierul" sapa Riesha dengan cerianya

"Hai" balas Amierul sepatah

The princess hairan melihat Amierul yang kelihatan dingin dengan Riesha

"Mirul , Mirul okay ? kenapa dingin semacam je" tanya Reen

"Takde papelah , nanti Mirul cerita dekat Reen" kata Amierul

"Okay Mirul" balas Reen

Ketika balik sekolah...

Amierul memanaskan enjin keretanya sebelum bergerak balik ke rumah . Amierul terfikir tentang Riesha

"Hai Abang Amierul ! Abang nak balik dh ke? " tanya Riesha

"Ha ye , nak balik dh ni" kata Amierul

"Boleh Riesha ikut sekali ke ? Papa Riesha ada meeting harini" kata Riesha

"Err okay" balas Amierul

"Jom" Riesha terus masuk kedalam kereta Amierul dan duduk disebelah tempat duduk pemandu

Amierul masuk kedalam kereta dan berkata

"Saya balik dengan Aireen , kita tunggu Reen kejap" kata Amierul

"Kak Reen ? kenapa Abang nampak rapat eh sama Kak Reen ? " tanya Riesha

"Reen tu kan girlfriend saya , dh tentulah dia pergi dan balik dari sekolah bersama saya" kata Amierul

"Ohhhh okayy" balas Riesha

"Hai Mirul ! maaf Reen lambat " kata Reen sambil membuka pintu kereta , Reen terkejut melihat Riesha yang duduk disebelah Amierul dan berkata

"Kenapa Riesha dalam kereta ni ? Riesha tak balik ke? tanya Reen

"Harini Abang Amierul nak hantar Riesha balik . Tapi tunggu akak , tulah lambat" balas Riesha

"Eh Reen , masuklah" kata Amierul

Aireen terus masuk kedalam kereta dan senyap ketika dalam perjalanan balik

"Abang Amierul tinggal dekat mana eh ?" tanya Riesha

"Dekat Taman Mawar " balas Amierul

"Yeke ? nampaknya kita ni ada jodohlah . Riesha tinggal dekat Taman Orkid , sebelah taman je dengan Abang" kata Riesha

"Ehem , tak payah panggil Amierul tu abang . Panggil Mirul jelah" kata Aireen dari belakang

"eh , takpelah . Riesha hormat dekat Abang Amierul hihihi" balas Riesha

" ha tu rumah Riesha . Terima kasih Abang Amierul , jumpa esok !" kata Riesha

selepas menghantar Riesha , Amierul menyuruh Reen pindah disebelahnya

"Reen , sinilah duduk sebelah Mirul" kata Mirul

"Takpelah . Kenapa Mirul ni baik sangat? nak hantarkan Riesha balik ? menyampah Reen . Dah lah panggil Mirul 'Abang' nasib baiklah adik angkat , kalau tak dh lama dh Reen tarik rambut dia sampai botak" bebel Reen

"Ehh Reen cemburu ke ni?" usik Amierul

"Tak , tak cemburu pun" balas Reen

"Kalau tak cemburu , esok Mirul nak hantarkan Riesha balik lagi"

"Elok awak jadi pemandu Riesha je" balas Reen

Amierul pun bermonolog ' awak ? Reen cemburu lah ni'

Amierul dan Aireen hanya senyap ketika dalam perjalanan balik ke rumah mereka

pleass vote and comment !!

??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience