DENGAN pantas Fify berpaling dari merenung cermin yang sama. Semasa dia melangkah di laluan itu, ekor matanya terkerling satu penampakan. Penampakan itu pula menyerupai seorang perempuan berambut panjang, berpakaian serba putih sedang berdiri di belakang dirinya. Mahu beritahu pada Ayna takut diketawakan lagi. Fify mengambil tindakan dengan mendiamkan diri. Badan dan tangan menggigil kerana rongga pernafasan terhidu bau harum. Harum bunga cempaka. Ayna sebenarnya sudah nampak dahulu pada cermin yang sama. Dia yang melangkah dahulu ke laluan tersebut barulah diikuti oleh Fify. Namun dia hanya membisu. Bagi dirinya, selagi mereka tidak menganggu dia biarkan sahaja. Dia juga tidak mahu melatah ...