BAB 2

Horror & Thriller Completed 17506

TANGAN itu dikucup agak lama kali ini. Hati wanita separuh umur itu berdetak sedikit. Sudahlah memang dia tidak mahu melepaskan, anak gadisnya itu pergi lagi.

Kali ini di Jalan Lama pula. Rumah yang seringkali dia dengar ada pembunuhan ngeri sudah berlaku. Hendak melarang, kedegilan anak gadisnya itu sama seperti ayahnya juga. Makin dilarang, makin dilakukannya.

Nak tak nak, dia terpaksa akur pada kehendak anak gadisnya. Setelah Ayna melepaskan tangannya. Fifi pula menyalami tangan Puan Leeza.

Ayna Hartina di hadapan sudah tersengih seperti kerang busuk, maklumlah tak lama lagi dia bakal mengembara lagi.

Rumah agam di Jalan Lama destinasi seram terbarunya. Selepas bersalaman mereka bertiga bersama, menapak ke arah garaj di mana Jeep milik bapa Ayna berada.

Buat ketika ini, bapa Ayna outstation di luar negara. Jadi dia di benarkan untuk memandu pacuan empat roda 4×4 tersebut. Ayna memasuki ke dalam Jeep dahulu untuk membawanya keluar. Sementara itu, Fify dan Puan Leeza saling berbual.

"Fify, kamu tolong tengok-tengokkan anak mak cik ni," pesan Puan Leeza berulang kali. Entah kenapa kali ini, hatinya berasa berat serta berbelah-bahagi untuk melepaskan Ayna pergi.

"Ala, mama ni... tahulah kami nanti. Mama tu, jaga diri. Papa kat luar," sahut Ayna laju jarinya mencuit dagu mamanya itu, dari dalam kereta melalui tingkap. Puan Leeza sekadar menghadiahkan senyuman. Sedangkan hatinya gundah.

"Ya, sayang... nanti dah sampai sana, call mama tau," pesan Puan Leeza akhirnya bersuara. Berpesan buat sekian kali, sebelum Fify yang sudah pun membuka pintu, menaiki jeep Ayna sudah pandu keluar dari dalam garaj.

"Okay mama. Mama, kami pergi dahulu ya.

Bye. Muaah," ucap Ayna lantas mengucup pipi gebu itu dari dalam kereta, setelah dia meminta wanita itu mendekat. Fifi pun usai menyimpan beg-beg mereka di tempat duduk belakang. Juga tersenyum melihat keletah ibu dan anak itu.

Tiba-tiba hatinya dipagut sayu. Dia sudah tiada lagi ibu dan bapa. Semuanya berlaku dalam sekelip mata sahaja. Harapkan pegar makan padi itulah diibaratkan.

Seat belt dikenakan. Lantas enjin dihidupkan kembali. Sebelum kereta mulai bergerak. Kedua-dua gadis ayu itu serentak melambaikan tangan ke arah wanita, bergelar ibu itu.

"Ya Allah. Kau selamatkanlah perjalanan mereka." Puan Leeza menitip doa di dalam hati. Sekali ini, kerisauan jelas terpancar di wajah anggun itu.

PERJALANAN yang memakan masa selama dua jam, tidak mereka rasai kerana perjalanan panjang itu, mereka selang-selikan dengan gelak tawa dan hiburan daripada dvd.

Walaupun suara mereka berdua tidaklah semerdu Dato Siti Nurhaliza. Pemanduan

akan diberhentikan, sebelum bertukar pemandu pula. Bergilir-gilir antara mereka berdua.

Dari KL nak ke sempadan Perak tidak makan masa lama tetapi untuk masuk ke dalam menuju ke arah Jalan Lama, mungkin memakan masa sedikit kerana jalannya semakin dalam semakin, berlubang-lubang serta tanah merah.

Setelah berhenti makan dan rehat seketika di rnr sekitar Tanjung Malim. Dan kini pacuan empat roda Ayna sedang pandu, semakin ingin memasuki ke lorong menghala ke arah Jalan Lama.

Papan penunjuk arah besar di lorong masuk menunjuk arah anak panah ke kiri dan pada saat itu Fifi yang memandu, dia terus mengikuti arah yang anak panah. Jalan yang sedang pacuan empat roda mereka masuki mirip laluan highway. Kiri kanan jalan di temani tebing curam.

Jika salah hemat boleh terjunam ke gaung. Jalan yang tadi agak sibuk dengan kereta yang lalu lalang, semakin lengang dan jika ada sekalipun hanya satu, dua sahaja.

Dari dalam kereta sementara Fify mahu memandu, sempat juga Ayna membidik kameranya satu, dua keping gambar pemandangan sekeliling. Dengan di hiasi jaluran cahaya mentari yang semakin mahu merunduk.

Waktu jam papan pemuka sudah menunjuk angka 4.30 petang akibat banyak kali berhenti rehat.

"Seram pula aku tengok papan tanda Jalan Lama ini." Fify yang ralit memandu bersuara secara tiba-tiba. Bola mata pula masih lagi merenung ke arah papan tanda yang diperbuat daripada kayu sedang tegak terpacak atas tanah di kelilingi semak-samun berlalang tinggi.

Tulisan juga semakin dikaburi debu jalanan. Lalang tinggi menemani. Ayna mengintari sekeliling. Tiada apa yang menarik. Hutan sahaja kiri juga kanan.

Tiba-tiba rambut belakangnya seperti di tiup angin lalu mengerbang, angin berhembus secara tiba-tiba dari belakang membawa ke depan.

Tetapi tidak pada Fifi. Gadis itu, masih lagi ralit melihat papan usang depannya. Mereka berhenti lagi di situ. Namun mereka berdua tidak keluar dari dalam pacuan empat roda.

Oleh sebab itulah, Ayna berasa pelik seketika apabila ada angin dari arah belakangnya tadi sedangkan angin yang berhembus di bahagian hadapan baru hadir dari tepi jendela.

Klik!

Hanya dengan sekali petikan papan tanda usang itu,tersimpan dalam memori kamera jenama nikon yang setia tergantung di leher Ayna.

"Wei, jomlah kita teruskan pemanduan kita. Jauh lagi ni... hari makin nak gelap," panggil Fifi memandang atas ke langit. Dan Ayna bersetuju dengan pendapat sahabatnya itu.

Benar juga, susah jika sampai malam sudahlah mereka tidak biasa dengan kawasan berkenaan. Mahu tersesat juga nanti.

Kini giliran Ayna pula menjadi pemandu manakala Fifi menjadi juru pandu mereka, selain aplikasi waze.

Semakin jauh Jeep mereka bergerak dengan tidak semena-mena, papan tanda usang itu jatuh ke tanah. Ada setitik darah mengotori papan yang terbalik itu. Angin pula makin menderu.

Ada juntaian kain putih bercarik-carik hujungnya. Di kotori kesan tanah merah, seolah-olah terapung dan tidak menjejak tanah.

PUNGGUNG Kedua gadis itu terhenyak-henyak tatkala roda pacuan 4×4 mereka, tercelus ke dalam lubang aspal di laluan berkenaan.

Laluan makin sempit. Sunyi dan sepi. Hanya mereka sahaja yang lalu di situ. Tiada satu pun bebudak motor atau berbasikal yang lalu. Apatah lagi kereta.

Mereka kini makin jauh meninggalkan jalan besar. Langit mulai dilatari warna merah saga. Senja bakal berlabuh sekejap lagi.

Perjalanan di rasakan sudah terlalu jauh, namun masih tidak kelihatan atap-atap rumah.

"Babe, jauh lagi ke wei? Perut aku dah lapaq ni..." Ayna bersuara bila perut makin pedih di saat memandu.

Fifi juga semakin pelik. Aplikasi Waze di dalam telefon pintarnya, seolah-olah lembab untuk berfungsi. Sedangkan tadi ia pantas memberi arahan laluan mana, laluan mana untuk diikuti.

"Tula, aku rasa kita dah jauh dari jalan besar nak tanya orang ... orang pun tak mandang," keluar juga loghat Peraknya.

Plan mereka juga sudah bertukar. Sebelum ini mahu singgah di rumah tok wan Fifi tetapi memandangkan makin senja. Buat masa sekarang, mereka harus cari dahulu rumah agam berkenaan.

"Tak apa sabar babe, biasalah setiap perjalanan mesti ada dugaannya. Lagipun, aku dah biasa... insya Allah jika niat kita baik, nampak nanti."

Fifi mengangguk, mengiyakan pernyataan itu. Mungkin bagi dia adalah pengalaman yang pertama, sedangkan Ayna segala rumah, bangunan malahan tiap ceruk yang dikatakan berhantu mesti dia sudah sampai.

Sekadar mengutip satu pengalaman tak salah. Baru satu, dua rumah mereka temui. Jarak antara rumah-rumah tersebut juga agak berjauhan sekali.

Namun, rumah agam yang mereka ingin terokai itu masih lagi tidak nampak walaupun bumbungnya.

Tak apa sabar babe, biasalah setiap perjalanan mesti ada dugaannya. Lagipun, aku dah biasa... insya Allah jika niat kita baik, nampak nanti." Fifi mengangguk, mengiyakan pernyataan itu. Mungkin bagi dia adalah pengalaman yang pertama, sedangkan Ayna segala rumah, bangunan malahan tiap ceruk yang dikatakan berhantu mesti dia sudah sampai. Sekadar mengutip satu pengalaman tak salah. Baru satu, dua rumah mereka temui. Jarak antara rumah-rumah tersebut juga agak berjauhan sekali.

Share this novel

DHIA AMIRA.
2023-01-18 16:46:47 

sama2 tq sudi bca

husmafiq enterprise
2023-01-18 16:43:20 

lama xbaca kisah seram...nak lagi...tq...teringat baca buku tamar jalis


NovelPlus Premium

The best ads free experience