Bab 3

Horror & Thriller Completed 17506

"BABE, cuba tanya mak cik tu .Manalah tahu kot-kot kita tersesat ke? Dah beberapa rumah kita temui tapi rumah agam tu masih belum nampak. Perut aku makin sakit ni."

"Okay, kau stop drive," ujar Fify berani dalam ketakutan. Mak cik berbasikal itu kelihatan agak menyeramkan. Selendangnya menyembunyikan wajah dia. Di belakangnya pula ada beberapa gulungan tikar mengkuang.

Tikar mengkuang?

Arwah nenek pernah bercerita tentang ada 'benda' dalam gulungan tikar tersebut. Kayuhan basikal terhenti. Begitu juga dengan langkah gadis itu.

Kini keduanya saling berhadapan. Pada mulanya sunyi sepi membalut suasana. Dari tadi makcik itu tunduk sahaja. Fify juga di serang rasa kegusaran dan juga ketakutan.

Ada bau harum yang menusuk ke rongga nasal. Begitu juga dengan Ayna.

Tiada sebarang perbualan langsung dari kedua-duanya.

Pabila pintu ditutup oleh Fify yang sudah panjat Jeep kembali, barulah makcik dengan basikal tuanya itu, mendekati mereka.

Fify yang sedang merenung Ayna terus termelatah pabila bahunya ditepuk dari belakang. Apatah lagi, sayup-sayup kedengaran salakan anjing. Langit juga makin gelap.

Ayna tersenyum dalam diam kerana merasa gelihati dengan tingkah Fify. Dia tahu akan sikap penakut rakannya itu, walaupun dia tidak menunjuknya.

Nak ikut dia kan? Kenalah hadap semua itu ...

"Assalamualaikum, tumpang tanya makcik. Mak cik tahu tak, jalan nak ke rumah agam?" Ayna terus menyoal tersenyum, sopan.

Masih lagi tiada jawapan. Sampailah kedengaran salakan anjing buat kali kedua, baru dia membuka mulutnya.

"Anak berdua terus sahaja ... kemudian anak berdua akan jumpa satu pokok rendang, rumah itu berada di sebelah belakang pohon" Fify dan Ayna saling berpandangan dan terangguk-angguk.

Kedua-duanya kini berpaling semula ke arah tingkap sebelah Fify dengan wajah tersenyum.

"Terima ka?" Ucapan terbejat. Ayna memandang Fify. Fify pula sudah berpeluh tangan. Mana perginya mak cik tua itu?

Takkan dah pergi sebegitu saja?

Macam kilat sungguh!

Ayna memegang tangan Fify untuk menyalurkan rasa keberanian. Dia juga berasa pelik kenapa makcik berselendang separuh muka itu tidak balik dengan basikal?

Di hadapan Jeep memang ada sebuah basikal buruk sedang terparkir elok berdekatan pohon kekabu nan melangit.

Tangan Fify masih lagi menggigil ketakutan. Begitu juga dengan Ayna walau dia cuba skeptikal kan perasaan tersebut. Dia tetap tersenyum walau sudah nampak akan sesuatu.

Merasa keliru kerana hijabnya sudah lama tidak terbuka. Dan sememangnya, dia sudah lama tidak dapat melihat benda seperti di hadapannya kini, secara real. Dan jika ada sekalipun, sekadar melalui ekor mata dan sekali imbas.

Namun kini biar pun, mata yang dah berkali dia tanggalkan kacamata di tenyeh. Bila kelopak mata dia bukakan tetap ada dengan seringainya.

Manakala bagi si rakan di sebelah yang sudah pucat-lesi itu pula, mati hidup semula pun tidak dia mahu melihat. Nasiblah dia tidak nampak apa yang sedang Ayna nampak waktu itu.

"Babe, kau ok ke tak ni ? ," soal Ayna sedar akan ketakutan yang dialami rakannya itu. Gigil tangan masih lagi belum berkurang. Sedangkan dia kini sudah tidak berasa apa-apa lagi.

Benda tersebut juga sudah ghaib begitu sahaja tanpa mahu menganggu. Ayna mengucapkan lafaz syukur lalu menghidupkan enjin semula.

Memandangkan keadaan makin diselimuti kegelapan dan dengan keadaan Fify yang sebegitu rupa. Mereka perlu menyambung kembali perjalanan yang sudah tergendala.

Siapa yang tak terkejutkan?

"Aku... aku... ok." Fify menjawab dalam keadaan suara yang tersekat-sekat.

Fify masih lagi meliarkan mata memandang sekeliling. Bergerak-gerak rengkung menelan air liur terasa kerikil. Angin pula bagaikan bisikan seseorang.

Ayna terus memandu. Di atas bumbung Jeep ada sesuatu sedang menenggek. Rambut menggerbang sebelum dia terapung dan mengikuti Jeep yang sedang dipandu oleh Ayna.

"BABE, pokok tu nampak rendang, kan ?Antara banyak-banyak pokok," ujar Ayna cuba memicing matanya. Fifi tidak nampak dengan jelas. Dia meminta agar Ayna menaikkan lampu tinggi.

Dan sekarang cahaya terarah pada pokok berkenaan. Tanpa mereka sedar ada 'seseorang' sedang bertenggek pada sebelah atas dahannya.

"Betul babe, tak silap aku itulah rumah agam." Laju Fify menyahut. Dan Ayna menganggukkan kepala. Dengan pantas, stereng terus dipandu ke depan. Tayar pacuan 4x4 terus bergerak sehala sahaja tanpa ada sebarang lencongan seperti tadi.

"Alamak babe,see..." Fifi berkata-kata sambil memuncungkan bibirnya ke arah cermin hadapan. Punat wiper terus dia tekan. Kini dua palang warna hitam kurus itu, bergerak secara berulangan mengelap cermin hadapan.

Hujan mulai turun membasahi bumi.

"Babe, minyak pun makin low la..." rungut Ayna pula. Mereka memang harap agar rumah yang mereka temui itu adalah yang di cari.

Mahu atau tidak dengan minyak juga kehabisan. Ayna dan Fify terperap dahulu dalam Jeep menanti hujan reda sedikit barulah mereka keluar dan menapak pergi.

PANG!

Berdentum. Berkecai pinggan kaca apabila menjadi mangsa balingan secara kasar ke dinding. Ada seorang perempuan duduk terpunduk tepi sebuah almari antik. Bahu terenjut-enjut bagaikan sedang menangis.

Manakala si lelaki pula menghempaskan tali pinggangnya ke lantai. Perempuan yang teresak-esak itu, di penuhi lebam dan luka sana-sini.

Ayna bergerak-gerak dalam tidur. Dia terkejut dengan segala apa yang terpapar di hadapan. Bagaikan sedang menonton wayang. Sudahlah dia tidak mengenali akan pasangan tersebut.

Dalam tayangan tersebut, badan si perempuan bagaikan sudah lali menjadi bahan pukulan lelaki itu. Dia merelakan sahaja walau sudah berjalur-jalur merah di permukaan kulit lengan.

Belakang terdedah kerana baju di bahagian belakang sudah terkoyak penangan pukulan yang terlalu kuat. Juga penuh dengan jalur-jalur berdarah.

"Ya Allah kak! Bangun lawan! Lawan kak!" Geram sungguh Ayna melihatnya. Lelaki itu bagaikan kerasukan memukul si isteri sebegitu rupa.

Darah merah sama ada yang masih basah atau sudah kering, mewarnai tubuh. Wajah wanita itu teramat sayu dan langsung tiada beraura.

"Hahahahah. Baru puas hati aku!"

Wajah dan tubuh si lelaki lencun dek curahan peluh. Terkesat-kesat dia kini. Tali pinggang masih lagi dalam gulungan tangan.

"Daripada kau biarkan aku terseksa begini, lebih baik kau bunuh saja aku!"

Tubuh yang lesu akibat tidak makan semakin tidak bermaya dek penangan seorang lelaki bernama suami.

"Diam... aku penat ni." Si lelaki tidak membentak namun intonasi suara menekan. Dia terus melabuhkan punggung atas kerusi malas. Kerusi bergoyangan. Dia tersenyum melihat keadaan wanita tersebut. Kusut masai.

"Aku kata bunuh saja aku..." Si isteri pula bagaikan sengaja mencabar kesabaran si suami.

"Aku kata diam."

"Bunuh saja aku!"

"Kau jangan cabar aku. Aku kata diam. Kau diam lah!"

Si suami terus bangun. Berkali-kali tubuh itu disepak terajang. Darah bersemburan keluar dari mulut wanita malang itu. Akibat kepetahan berkata-kata.

Lelaki itu semakin di rasuk api gila. Isterinya itu benar-benar mencabar kesabarannya. Ribut diluar rumah agam di Jalan Lama itu tidak dia peduli.

Tongkat miliknya diayun berkali-kali sehingga wajah itu pecah, darah bersemburan di lantai ada yang terpercik ke mukanya. Malam yang sepi menjadi saksi pada sebuah kematian penuh ngeri.

"Argh!" Ayna langsung terjaga di temani peluh pada wajah. Leher yang terlentok pada cermin langsung dia panggung. Merenung luar. Hujan sudah berhenti.

Merenung pula ke arah sebelah. Fify masih lagi lena. Mungkin kerana keletihan dan juga lapar. Petang tidak singgah mana-mana dah kerana mahu cepat sampai namun tetap ada halangan.

Pun begitu, dia berharap agar rumah yang tersergam di hujung jalan itulah villa yang dicari.

"Fify bangun. Fi... bangun hujan dah stop lah. Jomlah kita keluar." Ayna berkata-kata sambil tangan menolak tubuh si rakan yang ternganga tidurnya.

"Fify!" Ayna terpaksa meninggikan suara. Fify lena sungguh. Sedangkan dia sudah pun membuka pintu dan mahu menuruni Jeep. Malam dia pasti makin larut. Perut juga sudah sebu dimasuki angin.

Fify tersentak. Terus tegakkan tubuh yang terlentok. Memerhati keadaan. Gelap dan dia kembali menelan liur setelah mengingati sedang berada di mana tika itu.

Ayna menuruni Jeep. Fify menelan liur lagi sebelum membuka pintu. Angin menyerbu masuk. Rambut mengerbang.

Pintu ditutup. Dan kini, kedua-dua sahabat baik itu, sudah menuruni Jeep. Liar mata Fify memerhati keadaan sekeliling sebelum bergerak pantas mendekati Ayna.

"So are you ready? Sure ni rumahnya?" Ayna meminta kepastian. Fify menggaru kepala. Dia rasa dia pasti itulah rumah agam Sir Harold.

"Okay. If like that. So let's go!" Ayna bersuara. Mereka berpapasan berjalan. Fify merangkul lengan Ayna dengan kuat. Entah mengapa, dia terasa sesuatu bila mereka sudah mendekat.

Laju dia kalihkan pandangan ke arah lain dari memandang wajah kanak-kanak perempuan berkurung lusuh penuh dengan darah.

Ayna tidak pula perasan.

Setelah sampai...

Wajah mereka terdongak ketika melangut melihat bertapa besarnya banglow tepi belukar itu. Jalan itu merupakan jalan mati .

So are you ready? Sure ni rumahnya?" Ayna meminta kepastian. Fify menggaru kepala. Dia rasa dia pasti itulah rumah agam Sir Harold. "Okay. If like that. So let's go!" Ayna bersuara. Mereka berpapasan berjalan. Fify merangkul lengan Ayna dengan kuat. Entah mengapa, dia terasa sesuatu bila mereka sudah mendekat. Laju dia kalihkan pandangan ke arah lain dari memandang wajah kanak-kanak perempuan berkurung lusuh penuh dengan darah. Ayna tidak pula perasan. Setelah sampai...

Share this novel

DHIA AMIRA.
2023-07-22 20:10:06 

tq bg lov

Nur Aizhiera Zakaria
2023-07-22 20:01:13 

♥️♥️♥️


NovelPlus Premium

The best ads free experience