RUMAH agam ini sebenarnya terletak jauh di hujung jalan. Dan tiada siapa yang berani lalu apatah lagi menyinggah. Mereka seringkali terserempak dengan pelbagai jenis penampakan yang menyeramkan.
Pelbagai versi cerita berkisarkan rumah agam berseni reka ala British itu. Ada cerita yang mengatakan tuan rumah ini mat salleh mati gantung diri dalam sebuah bilik tingkat tiga, ada juga yang mengatakan rumah ini mempunyai saka yang tak bertuan. Ada juga mengatakan pemilik asal rumah ini membela hantu raya dan terakhir isteri kepada tuan rumah ini mati terbunuh.
Jika dilihat dalam kegelapan rumah agam ini, tak ubah seperti istana drakula ataupun cerita fiksyen barat Adamms Family. Bulu roma kedua- duanya mulai tegak berdiri pabila mendengar salakan anjing bersahut- sahutan.
Juga suara si burung hantu yang terjegil-jegil matanya melihat pasangan itu, dari bawah sebatang pokok tinggi berdekatan rumah agam itu.
"Babe, takkan kita nak tunggu di luar sahaja?" Soal Fify yang makin keresahan. Angin masih berdesir keras bagaikan petanda mahu hujan lagi.
Ayna dan Fify terus menapak. Dari atas tanah berumput, kaki mereka kini sudah berada di atas lantai halaman rumah agam itu. Fify berkali-kali menelan liur pabila melihat ketinggian pintu berukiran awan larat itu.
Ayna mengangkat loceng yang berukiran kepala singa berbentuk gelang lalu diketuk di permukaan pintu dengan hempasan gelang tersebut, beberapa kali.
Mereka sendiri tidak pasti, sama ada rumah yang begitu besar ini bertuan ataupun tidak. Ayna cuba ketuk sekali lagi pintu itu dengan menggunakan loceng berkepala singa kerana masih lagi tiada respon.
"Allah!" Fify terpeluk Ayna tatkala guruh berdentum kuat. Kilat pula saling sabung-menyabung. Sah mahu hujan lagi!
Ayna juga turut terkejut apatah lagi dipeluk sebegitu.
"Babe, sorry. Guruh." Fify tersengih-sengih seperti kerang busuk lagaknya.
"Lenguh dah tangan aku babe," keluh Ayna sambil meramas jemarinya."
"Kau rasa, ada orang tak? Macamana ni ? Hari dah makin lewat ni. Hujan macam nak turun balik ni... kalau nak kembali dalam kereta pun takut tak dan jer. Kau tengoklah pokok-pokok yang menari-nari tu. Berkemungkinan bila-bila masa saja hujan pasti turun dan lebat. Aku tengok angin pun aku dah tahu," ulas Fify panjang lebar.
Ayna juga akui itu. Dia juga memandang arah langit yang di penuhi tompokan awan pembawa hujan dan melindungi separuh daripada bulatnya bulan, biar pun selimut malam menebal.
"Babe, aku tak ada jalan lain dah apakata kita tidur je kat halaman ni. Atleast still berbumbung. And tempias aku tak rasa kena kut," cadang Ayna merubah airmuka si rakan yang makin melilau mata.
"What? Ti... ti... tidur kat sini? Halaman luar ni?" Dengan terketar- ketar Fify menyoal. Betapa beratnya rasa hati.
Gulp! Menelan lagi air liur yang terasa kelat payau. Mata melilau ke arah pokok. Nak-nak lagi pokok yang rendang depan mereka. Fify seakan terbayangkan ada kakak cantik sedang merenung mereka sambil melayang-layang.
Dan hakikatnya memang ada yang sedang memerhati dua gadis kota itu.
"Babe, aku tahu kau tak selesa...aku pun babe. Tapi kau pun tahukan keadaan sekarang camner?"
Mahu tak mahu akhirnya Fify terpaksa akur dengan cadangan itu. Pangkin putih itulah yang menyebabkan Ayna mendapat idea. Idea untuk tidur di situ sementara menanti hari siang.
Beg backpacker mereka diletakkan sebelah bawah pangkin berkenaan. Baju sejuk dikenakan pada tubuh memasing. Tuala dan beberapa helai baju dilipat lantas ditinggikan di jadikan sebagai bantal.
Dalam keadaan tidak menjejak ke bumi, dia merenung tajam ke arah kedua-dua gadis yang lena tidur sambil berpelukan itu.
Sementara itu dalam rumah agam...
Jenuh dia berpusing kiri dan kanan di atas katilnya. Akibat kaki yang semakin sakit berdenyut, pedih dan tidak selesa menyebabkan dia sukar untuk terlelap.
Jam direnung.
"Allah! Sakit nya kaki aku ... dah pukul 3 pagi pun... aku tak dapat nak tidur," rungutnya sendirian.
"Sakit? Itulah apa yang aku rasa selama ini. Selama menjadi hamba penyeksaan kau," ujar seorang perempuan dengan senyuman sinis sebelum tubuh berapungan ghaib.
Dan muncul semula atas atap nan sayup tingginya itu lalu melintasinya. Terdengar hilaiannya yang menyeramkan.
Di halaman luar...
Fify terjaga tatkala terdengar seakan suara perempuan sedang mengilai. Salah satu baju yang di jadikan sebagai bantal, di tarik lantas ditutup atas mukanya.
Pelbagai perasaannya tika ini. Ada rasa nak terkucil, terkentut malah nak terberak.
Kembali semula dalam rumah agam...
Beberapa helai daun herba yang dia cari di belukar belakang rumah, diambil dari dalam bekas. Di renyuk sebelum di tempek pada luka. Tempekkan daun yang sama namun sudah mengering dia buangkan.
Kaki kelihatan besar akibat bengkak. Mentol bulat menerangi kamar dalam pengcahayaan yang tidak berapa terang.
Dalam masa menempek dedaun herba setelah direnyuk, pada luka. Minda menerawang ke halaman luar. Dia tahu lalang makin hari makin meninggi. Namun masih lagi tidak dapat menjalankan aktiviti harian, jika masih berada dalam keadaan begitu.
Peluh makin memercik keluar, walau hari makin malam. Kaki yang luka diangkat lalu didaratkan atas meja bulat. Manakala, kaki yang tempang pula masih lagi setia menemani tongkat.
PINTU luas terbuka. Suasana masih lagi gelap walaupun fajar sidiq mulai muncul. Sekitar jam 7 pagi. Bola mata memerhati keadaan sekeliling sama ada sebelah kiri mahu pun kanan. Tiba-tiba pandangan tertunak pada sesuatu yang mencurigakan.
Mata terus dipicingkan pada pangkin putih. Langkah yang terhencot-hencot mendekati pangkin. Pandangan dia agak kabur memerlukan dia mendekat barulah terlihat jelas.
Ayna terbuka mata. Dia mendengar bunyi seretan sesuatu. Tubuh terbaring terus dia bangunkan lantas menggeliat sedikit. Fify juga terjaga kerana mendengar bunyi yang sama. Keduanya bangun serentak. Berpaling belakang juga serentak.
Kemudian mereka saling berpandangan lama, sebelum kembali semula merenung susuk tubuh bertongkat di hadapan. Fify meneguk liur. Dia dapat merasakan pandangn pakcik bertongkat bersinglet pagoda dengan seluar senteng itu tidak menyukai mereka tidur di situ.
Apa yang Fify dapat lihat pandangan lelaki tua yang mempunyai tempekkan dedaun pada betis itu amat tajam sekali khasnya pada dirinya.
Hanya Ayna yang tetap tenang. Dan tersenyum walau bibir tua itu tidak membalas senyumannya.
"Assalamualaikum, maafkan kami pakcik. Semalam hujan lebat jadi kami tumpang berteduh sementara menanti hari siang," terang Ayna dengan lembut sebelum dia berdiri.
Fify ikut sama berdiri dan merangkul lengan Ayna dengan kuat. Ayna merenung sahabatnya itu kerana kuku Fify tenggelam pada kulitnya. Dia sakit. Dan bila Fify tersedar dengan segera dia lepaskan pegangan.
"Kamu siapa? Bagaimana boleh sampai ke sini?" Soal lelaki tua itu masih merenung tajam. Tiada segarit pun senyuman dia hadiahkan buat tetamu.
"Saya Ayna. Ini kawan saya Fify. Sebenarnya memang inilah tujuan sebenar kami ke sini... ke rumah ini. Saya penulis novel seram. Jadi saya ingin merasai pengalaman di sini. Dengar cerita..."
"Rumah ini berhantu begitu?"
"Dengarnya begitulah pakcik."
"Dah kalau begitu! Kamu berdua ni tak takut ke?" Soal lelaki tua itu lagi berbaur sindiran.
"Insya Allah kami rasa tidak. Itupun, jikalau pakcik izinkan kami bermalam di sini buat beberapa hari..." sahut Ayna sambil merenung tingkah Fify yang tak habis-habis nak melilau mata walau hari dah nak siang.
Lelaki tempang itu terhenjot-henjot berjalan dalam kesakitan tatkala telapak kaki yang semakin parah cederanya itu, menghentam lantai.
Dia terjeda seketika. Lama dia terdiam sambil mata tajam merenung pohon rendang di hadapannya itu.
Fify terus mencuit pinggang gadis di sebelah, sambil bibirnya terjuih ke arah lelaki yang dianggap menakutkan itu. Ayna hanya mampu menaikkan bahunya tanda tiada jawapan.
Hanya lelaki tempang itu sahaja yang ada jawapan. Angin pagi bertiup sepoi-sepoi bahasa. Dedaun kering berjatuhan memenuhi ruang itu.
"Bukan pak cik tidak izinkan kamu berdua di sini. Tetapi kamu pun tahukan rumah pakcik terletak di hujung kampung. Sebarang kemudahan jauh dari sini." Jawab lelaki tua bertongkat itu sebelum menghalakan semula matanya ke pokok rendang.
Melihat dari alasan yang di berikan, Ayna dapat menangkap maksud pakcik itu.
"Pakcik, kami janji kami tak merungut kami tak akan berbuat apa-apa yang tak baik di sini. Kami hanya nak menumpang selama seminggu sahaja. Kami janji. Lagipun minyak kereta kami pun habis. Sementara kami nak cari stesyen minyak berdekatan. Bolehlah kiranya kami tinggal di sini buat sementara waktu."
Lelaki tua itu terus berpaling semula lantas merenung ke arah mereka berdua. Sebuah helaan nafas dilepaskan. Nampak gayanya dia terpaksa menyetujui permintaan mereka.
"Baiklah jika begitu, mari masuk ke dalam. Mesti kamu nak mandi dan makankan? Mari pakcik tunjukkan bilik kamu." Dia berkata-kata sambil mata tetap pada Fify bukannya Ayna.
Ayna perasan juga namun dia tetap berbuat seperti biasa dia tak mahu menakutkan lagi si rakan di sebelah. Yang sedari tadi, melilau mata.
"Yes finally!" desis hati Ayna kegirangan. Fify juga berasa lega. Akhirnya dia dapat mandi. Badannya melengas kerana hampir seharian tak mandi. Beg masing-masing di ambil dari atas simen, di sangkutkan ke bahu. Mereka membuntuti lelaki tempang itu, untuk masuk ke dalam.
"Assalamualaikum" Sapa Ayna ketika melewati bendul pintu masuk. Alangkah luasnya ruangan itu. Kelihatan kerusi kayu yang boleh dikatakan mewah dengan hiasan kerawang-kerawangnya yang indah, tiga buah almari di setiap sudut salah satunya di penuhi pelbagai pinggan kaca bercorak bunga inggeris, sebuah televisyen antik, sebuah potret besar menghiasi dinding di mana bawahnya terletak televisyen antik itu.
Fify menelan liur pabila dia terperasan, mata pada lukisan potret itu seolah bergerak ke kiri dan ke kanan. Cepat-cepat dia berpaling ke arah lain.
Ayna melangut bahagian siling yang sangat indah dekorasinya. Lampu chandeliar menjadi salah satu tarikan siling itu.
"Kamu berdua mahu tinggal di bilik atas atau bawah?
"Atas," jawab Fify laju. Ayna mencuitnya. Fify tersengih seperti selipar koyak.
"Tak kisah lah pakcik mana-mana pun boleh."
"Baiklah. Ikut kamu berdualah. Tetapi, jika di tingkat atas ada sebuah bilik berlangsir merah... jika boleh, kamu berdua jangan masuk ya... pakcik sudah mangga..."
Ayna dan Fify tertanya-tanya bilik yang mana. Membuatkan Ayna semakin tidak sabar mahu memanjat tangga berputar di depan mereka itu. Tengah-tengah ada sebuah altar.
"Pakcik nak ke dapur. Pergilah naik."
Setelah pakcik bertongkat itu hilang dibalik dinding antara ruang tamu dengan ruang rehat.
"Babe cantik gila mansion ni!" Ayna masih lagi melilau mata. Begitu juga dengan Fify yang terangguk-angguk hilang sudah rasa seriaunya. Dia fikirkan dalaman buruk selama ini. Tidak dia sangka semewah ini!
Bagaikan berada di luar negara pula sudahlah dekorasi bercirikan zaman kolonial British. Ayna memanjat tangga sebelah kanan manakala Fify sebelah kiri.
Namun ketika Fify melalui bingkai gambar pada dinding dia terperasan sesuatu membuatkan dia berhenti. Dan merenung deretan gambar.
"Lawa sungguh perempuan dalam potret ini." Fify memuji lalu memanjat kembali tangga kerana Ayna sudah menanti di tebing.
"Fify..." Fify terdiam pabila sudah tiba. Ayna merangkul lengan si rakan dan mereka berpapasan melalui laluan sempit berpermaidani merah. Fify masih lagi di asak kemusykilan siapakah yang menyeru namanya tadi.
Alangkah luasnya ruangan itu. Kelihatan kerusi kayu yang boleh dikatakan mewah dengan hiasan kerawang-kerawangnya yang indah, tiga buah almari di setiap sudut salah satunya di penuhi pelbagai pinggan kaca bercorak bunga inggeris, sebuah televisyen antik, sebuah potret besar menghiasi dinding dimana bawahnya terletak televisyen antik itu. Fify menelan liur pabila dia terperasan mata pada lukisan potret itu seolah bergerak kekiri kekanan. Cepat-cepat dia berpaling ke arah lain.
Share this novel