Rate

BAB 2

Humor Completed 551

matanya terbeliak apabila melihat Ustazah Hasanah baru sahaja pulang dengan menaiki keretanya. Tadi siapa?. Kiah Jezzabel menekan dadanya...... hantu tadika ke?. Tanya A B C?..

Hampir malam tetapi Hans comel jambu masih belum pulang. Hati Kiah Jezzabel menjadi panas. Baru sahaja dia bercita – cita mahu membeli pencungkil gigi alaf baru yang ditayangkan di kaca tv. Nampaknya keinginannya tidak dapat dipenuhi.

Sudah hampir pukul 12 malam namun begitu kelibat Hans Comel jambu masih belum di lihat. Baju angkasawan warna biru muda yang tergantung di tingkap rumah di pandang kosong. Tiba – tiba pintu diketuk. Kiah Jezzabel yang masih angin dengan suaminya membuka pintu itu dengan wajah muram ala – ala siti tanjong perak.

“Kenapa lambat balik?” soal Kiah Jezzabel dengan nada merajuk. Hilang segala tarian ballet dan zapinnya. Hans Comel jambu tidak bersuara. Dia membuka topi keledarnya dan hanya memandang Kiah Jezzabel .

“Lepas C apa?” soal Hans Comel jambu .
“D lah. Hari ni memang hari abc sedunia ke?” soal Kiah Jezzabel . Tiada jawapan. Hans Comel jambu berlalu dengan gaya kuak dada sambil kakinya berlari – lari anak walaupun masih berwajah ketat.

“Wow!!! hebat gaya larian suamiku itu” Kiah Jezzabel sengih panjang. Dia menghidangkan nasi dengan telur unta masak empat suku. Sambal belacan juga dihidangkan namun begitu Hans Comel jambu tidak mahu makan. Dia terus baring di katil sambil mengeja dar A sampai Z dengan lagunya sekali. Setiap kali habis, dia akan bertepuk tangan. Kiah turut sama menepuk tangan kerana disangkanya itu adalah senaman bagi menguatkan limpa dan anak tekak. Apabila semakin kerap di nyanyikan Kiah Jezzabel menjadi bosan dan akhirnya dia tidur di luar. Tidak mahu mengganggu Hans Comel jambu yang kali ini menghafal sifir satu pula.

Kiah Jezzabel bermimpi.....
Hans Comel jambu datang menemuinya.... dia hanya menyebut tiga perkataan... hijau, putih dan kuning sahaja. Kemudian dia terus menghilang di sebalik kabus yang tebal. Kiah Jezzabel terjaga. Dia terus ke biliknya. Tiada Hans Comel jambu di situ. Dadanya mulai berdebar – debar. Dia perlu berjumpa dengan Ustazah Syarmila keesokan hari untuk mendapatkan penjelasan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience