Rate

BAB 3

Humor Completed 551

“Kenapa Kiah Jezzabel binti Jon Travolta Mr.Beans ?” soal Ustazah Hasanah sambil tangannya memimpin tangan Kiah Jezzabel yang semakin sejuk. Kiah menceritakan segalanya kepada Ustazah Syarmila.

“Kita lihat dulu. Kalau masih begitu, kita usahakan “ kata Ustazah Syarmila.

Kiah semakin runsing. Dia terus menuju ke jeti di kampung sempang pantai untuk membeli ice blanded dari IR ice blenz milik Ai dan Ros. Mereka berdua sedikit terkejut melihat wajah Kiah Jezzabel yang sememangnya pucat. Ai menarik telinga Kiah Jezzabel setelah hampir 322 kali dia memanggil Jezzabel . Akibat kesakitan, Jezzabel mula tersedar.

“Nak perisa apa? Semua ada.. jangan minta perisa anak keli dengan jambu udah ler” sengih Ai. Kiah gelak. Dia memesan perisa apple, mangga dan vanilla. Dia mahu membelinya buat Hans comel jambu yang merupakan pelanggan tiga kali sehari kedai IR ice blenz sebelum menjala ikan. Ros membuatnya dengan tekun dan amanah. Ai pula mengurut – ngurut jari tangan kanan Kiah Jezzabel dengan penuh kasih sayang.

Setelah siap, Kiah Jezzabel pulang ke rumahnya. apabila pintu terbuka didapati semua barang di dalam rumahnya bersepah dan titisan minyak gamat mula meleleh sana sini. Hati Kiah Jezzabel semakin tidak menentu. Ketakutan mula menguasai dirinya. Dia terus berlari ke rumah Ustazah Syarmila yang kebetulan pergi ke Kuala Lumpur atasa urusan pembelian tanahnya di Wangsa Maju berhampiran dengan kedai ayam Hassan Dinding. Tiba – tiba Susana menjadi gelap sewaktu Kiah Jezzabel tiba di rumahnya. pintunya tertutup rapat. Hans comel jambu yang lemah longlai menghulurkan tangannya tetapi di tepis oleh Kiah Jezzabel . Muka Kiah Jezzabel semakin pucat apabila menoleh ke kiri. Seorang lagi Hans Comel jambu ada di situ tetapi wajahnya bersih dan kelihatan tegap.

“Mari pada abang..sayang” pinta Hans comel jambu yang bertubuh sasa.
“Jangan sayang... itu hantu bukan abang. Dia mahukan sayang... dia saka ibu sayang “ jerit Hans Comel jambu .

“Tak.. sayang... abanglah suami sayang” mereka berdua mula membuatkan Kiah Jezzabel semakin takut. Tiba – tiba dia teringatkan ice blenz yang baru sahaja dibelinya tadi, walaupun cair namun begitu tetap sedap.

“Minum ni” arah Kiah Jezzabel . Mereka berdua minum dengan berselera sekali. Perisa mangga itu tidak mampu membezakan yang mana benar atau tidak. Lalu Kiah Jezzabel menghulurkan pula ice blenz berperisa vanilla ke mulut mereka berdua. Dua dua minum !. Kiah Jezzabel menghulurkannya pula kepada mereka perisa vanilla. Habis juga! Kiah Jacylyn mencengkam rambutnya hingga botak sebelah. Nasib baik ada gam uhu... di sambungnya semula. Dia merenung ketiga – tiga bekas ice blenz itu agak lama. Dia cuba meneleon Ai tetapi tidak berjawab kerana dia menelefon rumahnya sendiri. Dia mendail nombor Ai yang sebenar. Belum sempat dia bertanya, Ai sudah memberikan jawapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience