Rate

BAB 1

Humor Completed 551

Kiah Jezzabel menari zapin sambil menggosok baju di hadapan bilik air. Suaminya, Hans comel jambu mahu pergi kerja tidak lama lagi. Selepas masak ketupat berperisa kari, Kiah Jezzabel baru tersedar bahawa baju angkasawan suaminya itu belum digosok. Sebagai anak ketua kampung, Hans comel jambu perlu kelihatan segak sentiasa. Topi keledar gaya pelumba ternama juga telah disediakan di bawah tangga rumah mereka.
“JJ nak pergi mana petang nanti?” soal Hans comel jambu .
“JJ” jawab Kiah Jezzabel .
“Iyalah .. nama Kiah tu JJ tapi JJ nak pergi mana?” soal Hans Comel jambu lagi.
“JJ lah.. itu pun tak pepaham “ marah Kiah . Amboi... bukan main garang lagi.
“nak kena cepuk ke?. Kanda tanya nak kemana?”
“JJ.. jaya jusco!” marah Kiah .
“ohhh... cakaplah...” sengih Hans Comel jambu .
“Kalau abang pulang lewat tak jadi pergilah” sengih Hans comel jambu . Dengan gaya ala penari ballet, Kiah Jezzabel berpusing ala swan dan memaut lengan suaminya. Kain batiknya diikat hingga ke dada.
“Ala... dah lama Kiah tak jenjalan. Kalau jadi, Kiah takkan suruh abang hafal sifir lagi” cuba memujuk.
Hans comel jambu memakai baju dan terus keluar. Dia akan ke jeti berhampiran untuk menangkap ikan. Kiah gelak..... nak gi tangkap ikan pun pakai macam tu. Laki saper ler tu!!!...
Kiah Jezzabel awal – awal lagi sudah bersiap dan duduk menunggu Hans Comel jambu di hadapan pintu dengan seluar legging warna merah dan baju kebaya labuh berwarna jingga. Colour blocking lah katakan.. sehingga membuat Pak Gaos yang sedang melintasi hadapan rumahnya terjatuh ke dalam parit bersama- sama basikalnya yang diimport dari Paraguay. Kelam kabut Joyan Jezzabel turun ke bawah menyelamatkan Pak Gous dari di gigit oleh semut merah. Tiba – tiba wajah Pak Gous bertukar kebiru – biruan. Dia berdiri tegak sambil memandang tajam ke wajah Kiah Jezzabel .
“Tiga warna...tiga warna...” itu yang Pak Gous katakana dan kemudian lelaki tua itu menaiki basikal secara terbalik malah bergerak juga secara terbalik menuju rumahnya. Kiah Jezzabel menggaru kepalanya. Dia senyum melihat ustazah Hasanah datang menghampirinya dengan senyuman.
“Assalamualaikum” sapa Ustazah Syarmila. Kiah Jezzabel menjawab tenang.

“Lepas A apa?” soal Ustazah Syarmilla.
“B” jawab Jezzabel penuh yakin. Ustazah Syarmila mengangguk dengan wajah kagum.
“Betul. Saya balik dulu” ustazah Syarmila menghulurkan salam dan kemmudiannya pergi. Kiah Jezzabel terus ke rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience