.
.
. "I'm not worth it."
. =------------=
"DO you call me?"
Puan Clark angguk sekali.
"Meet a new staff whom will work for Passionné Hotel starting today."
Dahi Clara berkerut. Seseorang yang berdiri membelakanginya dipandang. Gaya seperti masih muda. Tidak lama, figura itu menoleh.
Mulut Clara terbuka dengan mata yang buntang.
"You?"
Hati Clara naik mendidih bila menangkap senyum sinis di bibir gadis itu.
"Good morning, miss..." Sengaja Emily menggantungkan ayatnya. Membiarkan Clara mengisi sendiri nama apa yang perlu dipanggil. Dia yakin Clara tidak mahu menggunakan nama keluarga di hotel ini.
Clara berdeham sekali.
"Miss Clara."
"Uh, Miss Clara." Emily berdecit dalam hati. Sudah dia duga.
"You sound suprised just now, Clara. Does both of you know each other?" Pengurus hotel itu melemparkan soalan apabila melihat reaksi aneh daripada Clara sewaktu dikenalkan dengan staff baru.
Emily diam. Ekor mata menjeling Clara. Jelas Clara sedang mengertap giginya. Dia tahu wanita itu pasti terkejut melihat kehadirannya dan pasti bertambah terkejut bila mengetahui dia akan bekerja di hotel ini.
'Well, I've been waiting for that kind of reactions to be seen on your face, Clara,' gelak Emily dalam hati.
"No. I don't know her. It was just... I must have been seen her somewhere before." Clara melontar pandangan tajam pada Emily sekilas. Just wait, Emily!
Puan Clark mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Just to let you know, her work scope is quite different than others. You can't ask her to do something against her work scope."
Dahi Clara berkerut.
"What does it mean?"
"She is only be assigned to clean the Suite rooms and Penthouse. No other tasks are allowed without special instructions. Any of us can't simply asking her to do something which not in her work scope."
Mendengar penjelasan Puan Clark membuat bibir Clara terketap kuat. Wajah Emily dipandang meluat.
"What made her so special? This is unfair for other staff."
"Clara." Pengurus hotel itu menegur Clara. Mata menikam tegas pada Clara.
"Don't questioning this order."
Teguran pengurus hotel wanita itu menyentakkan Clara. Dia berdeham.
"Yes, Mrs. Clark."
"Good. I think that is all. You can go, Clara."
Clara mengangguk. Dengan hati yang membara, kaki berjalan keluar dari bilik pengurus wanita itu. Tangan digenggam kuat.
'Just you wait, Emily! Aku akan pastikan kau tidak mampu bekerja lama di hotel ini.'
Emily sekadar memandang langkah Clara yang beredar dengan senyum nipis di bibir. Agaknya apa reaksi wanita itu jika bertemunya di rumah nanti?
Mad?
I would be glad if she is mad.
Mata Emily berkalih pada pengurus wanita yang berada di sisinya bila terdengar suara deheman wanita itu. Badan dipusing menghadap wanita itu dengan senyum lembut.
"There is another one staff whom will be on duty together with you to clean Suite rooms and Penthouse."
Kening Emily ternaik.
"There is another one?"
"She will be here in a minute. I already call her."
Emily mengangguk.
"Uh, ya. That is her."
Emily menoleh. Seorang perempuan muda lengkap dengan baju uniform hotel mendekati mereka.
"Freya."
"Mrs Clark." Wanita muda itu menunduk. Senyum segaris.
"Get to know each other. She is a new staff in this hotel. Emily Tobias."
Emily tersenyum ramah pada perempuan muda di hadapannya.
Tangan dihulur pada wanita muda itu.
"Hye, I am Emily Tobias. Just call me Emily."
Senyum mesra Emily dibalas kekok.
"I am Freya."
"Emily will be on duty together with you to clean Suite rooms and Penthouse." Puan Clark memberitahu pada Freya yang kelihatan sedikit tertanya.
"I get it, Mrs. Clark."
Pandangan Puan Clark beralih pada Emily.
"And for you Emily Tobias, welcome to Passionné Hotel."
Emily tersenyum sedikit. Ucapan yang diberikan Puan Clark sedikit sebanyak menggetarkan dada. Harap segalanya akan baik-baik saja sepanjang bekerja di sini.
. ._________.
BUAT seketika, anak mata Emily terus pegun pada setiap isi dan sudut bilik Suite itu. Mulutnya terbuka sedikit.
"Why?" Freya menyoal dari sisi Emily.
Tersentak. Emily berdeham.
"I am just... It is big. So big. This Suite could fit for more than 10 peoples I guess..."
Bahu diangkat oleh Freya.
"As long as they can afford it."
Diam. Emily tidak berkata apa-apa. Pandangannya terkunci pada hiasan kaca di sisinya. Jari dilalukan pada permukaan kaca itu.
Pasti mahal.
"How much they'd pay this Suite for one night?"
"$3300 per night."
Mata Emily terbuka luas ketika mendengar angka yang disebut oleh Freya. Jari yang memegang hiasan gelas kaca di sisi kembali ditarik.
Mata Emily kembali berlayar pada serata bilik.
Jika dilihat pada bilik ini, pelbagai kemudahan disediakan. Televisyen melebihi saiz 40 inci. Katil bersaiz King. Perabot yang mahal dan selesa juga tersusun kemas pada serata bilik ini.
"There is plenty Suite that much bigger than this Suite in this Hotel. Every Suite has its own names."
"This is E-zy Suite."
Termanggu. Mulut yang seakan mahu membuka bicara terus terkatup. Mungkin dia harus mula biasakan diri dengan segalanya di hotel ini. Ya, orang seperti dia pasti tidak mampu melelapkan mata walaupun seminit di katil Suite ini. Lihat saja bayaran bilik ini. Hampir tiga kali ganda daripada jumlah gaji sebulannya sewaktu bekerja di kafe.
Pandangan Emily jatuh pada baju uniform kerjanya. Dia sekarang adalah seorang housekeeper dan tanggungjawab kerja yang satu ini tidak boleh dilupa. Sebelum ini dia yang begitu inginkan pekerjaan ini.
Kepala diangkat. Memandang rakan setugasnya di sisi.
"Ermmm... Where should we start first?"
Kening Freya terangkat.
"The bed. We need to make the bed first."
Anggguk. Emily liarkan mata pada prob mengemas yang sedia dibawa ke bilik tadi.
"Can we start now?" Emily menyoal bila melihat pandangan Freya melekap padanya. Rasa tidak sabar untuk memulakan tugas. Teruja mahu tahu bagaimana tugas dan protokol mengemas di hotel ini.
Wanita itu diam namun setelah seketika bibir terukir senyum nipis.
"Ya, we should start now."
Freya melangkah ke hadapan bilik Suite dan menolak troli yang membawa prob mengemas tadi.
"Let's start."
Emily ambil satu botol penyembur yang dihulurkan padanya dan diletakkan pada atas meja seperti yang telah disuruh. Mereka mula mendekati katil yang bersaiz King di bilik itu.
Telinga dipasangkan oleh Emily. Setiap penerangan Freya disemat kemas dalam kepalanya. Ternyata sangkaan Emily mengenai tugas housekeeper meleset. Nampak mudah tetapi banyak tips mengemas yang baru diajar kepadanya. Perempuan muda itu begitu teliti mengajar Emily. Sekali-sekala bibir Emily melorek senyum nipis. Awalnya, Freya nampak seperti seorang perempuan yang tidak banyak bicara tetapi dia tahu lama-kelamaan dia akan selesa ditugaskan dengan Freya.
Emily memulakan tugasnya sambil dibantu dan diperhatikan Freya. Setiap kekeliruan yang mengganggu pasti akan diterjah dengan soalan kepada Freya.
"Am I doing right?" Senyum. Freya angguk perlahan.
Setelah selesai menukar cadar dan comforter pada atas katil. Mereka beralih pada tugasan lain. Kali ini, Emily diajar cara mengendalikan hiasan mahal di bilik Suite ini. Buat seketika Emily kagum pada Freya. Freya pasti sudah lama bekerja di sini sehingga dia dapat mengingat segala tatacara mengemas bagi hotel ini.
Setelah diterangkan satu persatu oleh Freya, tugas mereka kini dibahagi untuk memudahkan kerja di bilik Suite ini. Emily memberi sepenuh tenaga pada tugasnya. Ruang besar di bilik Suite itu dibersihkan dengan prob mengemas. Sekali-sekala, Emily mencuri nafas panjang. Rupanya menjadi housekeeper bukan pekerjaan yang mudah. Tambahan lagi apabila dia ditugaskan mengemas bilik yang serba luas dan besar. Banyak sudut perlu diperiksa dan dikemas.
Emily dan Freya terus beralih kepada bilik Suite yang lain. Lebih mewah dan lebih luas. Kali ini Emily berjaya mengawal riak kagumnya. Tidak dapat dinafikan Suite kali ini lebih luas dan besar daripada tadi. Pastinya kerja untuk mengemas juga mengambil lebih masa.
Satu hembusan nafas perlahan kendengaran dari bibir Emily. Bukan mengeluh tetapi cuba melepaskan rasa penat dan menyedut kembali semangat ke dalam diri.
"This is exclusive Suite. People with business trip has had booked this Suite. But still, there were others who booked this Suite for their vacation."
Emily angguk. Cuba menghadam info yang baru diterima otaknya.
Banyak jenis Suite diperkenalkan kepadanya hari ini.
"There is also Family Suite which coming with three bedroom. But the price is quite..."
Kening Emily terangkat mendengar kata-kata Freya yang terhenti separuh  jalan.
"How much per night?"
"$5700."
"What?" Tergeleng. Emily terngadah buat seketika.
"It is much higher than my salary though." Freya senyum nipis kepada Emily.
"They must be crazy," gumam Emily perlahan.
I'd rather find a house or tiny apartment to rent with the price below of $2000. At least I can stay there for a month.
But, $5700 for one night?
That is just another thing of madness!
"Emily."
Perhatian Emily diraih apabila Freya melihat gadis itu seakan berbicara seorang diri.
"What was you saying just now? Saya tidak mendengar dengan jelas."
"No... Nothing. Just... I'm impressed," jawab Emily. Serata sudut Suite itu dijamah dengan anak matanya. Mungkin manusia sekarang lebih mendambakan kemewahan dan keselesaan tanpa mempedulikan wang yang perlu ditabur.
Well, they should be grateful for being one who was born with a bed of roses.
Unfortunately, I am not lucky as them.
Emily gigit bibir. Sekali lagi dia membandingkan kehidupannya dengan orang lain.
"Let's start working on this Suite. We got one penthouse to be done after this. As you might be forgotten... Sebelum pulang awak ditugaskan untuk mengemas penthouse peribadi pemilik hotel ini di tingkat 16."
"Edward's penthouse?"
Dahi Freya melakar garisan halus.
"Edward? You just called Mr. Cosway with her first name?"
Emily mengemam bibir rapat. Baru sedar keterlanjurannya.
"No. I mean, the penthouse surely got its own name, ain't it? So, I think it might be 'Edward's Penthouse'. " Liur ditelan sekali selepas Emily mencipta alasan kepada Freya. Pasti kedengaran kurang adab bila dia menyebut nama Edward dengan nama pertama seketika tadi.
"Do you know Mr Cosway full name?"
Angguk.
"Ya, I know. I've made a research before I'm working here. I thought I need to know who owns this Hotel."
Freya diam mendengar jawapan Emily.
Keluhan terlepas dari bibir Emily.
Maybe I should practice calling him Mr. Cosway for today and onwards. At least I won't feel awkward to call him by proper name.
Lagipula, dia bukan sesiapa pada lelaki itu ketika di hotel ini. Bagaimana dengan tanggapan staff hotel ini nanti jika mengetahui Edward sendiri yang mengambilnya bekerja di hotel ini? Pasti staff hotel ini akan memandang rendah padanya.
Emily pejam mata sesaat. Bayangan di fikiran cuba diusir. Adalah lebih baik jika dia dapat menyiapkan kerja dengan cekap hari ini daripada memikirkan perkara yang tidak sepatutnya. Lagipula di hotel ini tiada siapa yang tahu mengenai dirinya dan Edward melainkan setiausaha lelaki itu sendiri. Jadi dia tak perlu terlalu khuatir.
Emily bergegas mengambil prob mengemas dari troli housekeeping tanpa mengendahkan pandangan Freya. Perempuan muda itu masih diam memandangnya. Emily awangkan tangan di hadapan Freya kekok.
"Let's start."
"Yeah..." Senyum. Freya memulakan tugas bersama Emily.
.             ._______.
EMILY merenung dinding lif. Kini dia berada di dalam lif yang akan membawa mereka ke penthouse peribadi Edward di hotel ini. Bibir digigit. Sesekali, peluh yang merenik di dahi diseka. Hari ini saja sudah tiga bilik Suite yang dikemas dengan satu penthouse. Kedengaran sedikit tapi melihatkan keluasan Suite dan Penthouse yang dikemas tadi sudah membuat nafasnya tercungap. Sangat besar.
Jika mahu diikutkan, hotel ini mempunyai tujuh jenis bilik Suite. Tapi bak kata Freya, ada pasangan lain yang ditugaskan untuk mengemas bilik lainnya hari ini. Puan Clark sengaja memberi kelonggaran kepada mereka kerana Emily baru bekerja hari ini dan perlu belajar dengan teliti tentang cara mengemas mengikut protokol hotel.
Ting!
Pintu lif terbuka. Freya dan Emily melangkah keluar dari dalam lif.
Anak mata Emily terus melilau pada ruang bawah Penthouse itu. Besar. Itu sudah semestinya. Tapi jika hendak dibandingkan Penthouse Edward di hotel ini dengan Penthouse yang sedia lelaki itu tinggal masa ini, mungkin penthouse yang lelaki itu duduki sekarang lebih besar dan elegan. Membayangkan penthouse Edward sahaja membuat Emily mampu menyerap aura dominan dan tarikan pada lelaki itu.
Emily tolak troli housekeeping di tangannya perlahan.
"I think Mr. Cosway is here."
Emily menoleh belakang mencari wajah Freya.
"Huh?"
"Jam tangan itu..."
Anak mata Emily bergerak mengikut pandangan Freya. Dia mendekati sebuah meja di tengah ruang Penthouse itu. Ada jam tangan dan segelas cawan. Jujur, dia tidak menghafal semua jenis jam yang dimiliki Edward tetapi dia kenal jam itu. Dia pernah melihat Edward memakainya sewaktu dia datang ke pejabat lelaki itu.
"Is not he supposed to be in his office right now?" Emily sedikit tertanya. Dia pandang Freya dengan senyum kecil. Berharap soalan ini kedengaran seperti seorang staff yang polos mengenai skop kerja lelaki itu.
"He is the boss. He can take a break anytime he wants. I think he was just finished his meeting. Selalunya, Tuan akan datang Penthouse ini bila-bila masa dia mahu."
Emily angguk.
"But, it's been a while..."
Dahi Emily terkerut.
"Sudah beberapa lama tuan Edward tidak singgah ke Penthouse ini. He used to be in his office all the time of working. Tuan Edward seorang yang sangat sibuk dengan kerjanya. I bet, he doesn't has time to come here."
"What did he use to do if he comes here?"
"Taking nap maybe. I don't know... I would have just bring myself out of this penthouse after getting done my work. Saya tak berani menegur. Tuan seorang yang sangat tegas."
Diam.
Tegas? Tak dinafikan, lelaki itu ada kalanya sentiasa dengan riak seriusnya. Tapi entah kenapa, dia jarang terusik dengan riak wajah tegas lelaki itu. Malah semakin lama, dirinya semakin selesa dengan lelaki itu.
"We should settle cleaning this Penthouse as soon as we can. Our shift gonna end soon."
Tersedar dari lamunan. Emily angguk kepala. Matanya langsung tidak menemui kelibat Edward di tingkat bawah Penthouse ini. Mungkin lelaki itu ada di biliknya.
Emily tolak troli housekeeping ke tepi dinding kaca Penthouse itu. Alatan mengemas dicapai. Dia hanya mengikut langkah Freya. Masih belum biasa akan tugas yang perlu dilakukan di Penthouse ini.
Hampir sejam setengah waktu yang dihabiskan sewaktu mengemas Penthouse Edward.
Penat.
Penthouse Edward berganda luas daripada bilik Suite yang dikemas tadi. Banyak ceruk yang perlu divakum dan harus dipastikan bersih. Buat seketika Emily menarik dan menghembus nafas perlahan. Walaupun cuaca di kota New York saat ini adalah musim sejuk tetapi lelah yang dihadap seharian membuat dalaman serasa panas. Tangan naik mengipas lehernya sedikit.
"You are doing well in your first day." Freya simpul senyum lembut kepada Emily.
"Thanks. But I hope I can do better than what I did today."
"You can."
Troli housekeeping ditarik oleh Freya dan dia bergerak ke arah lif dengan Emily mengikut di belakang.
Bunyi derapan kasut di tangga Penthouse itu mengalihkan perhatian kedua-dua mereka. Automatik Freya hentikan langkah. Segera kepala menunduk sesaat. Tanda hormat.
"Good evening, Mr. Cosway."
Emily termanggu. Melihat Freya yang menunduk sesaat kepada Edward sebagai tanda hormat tadi dipandang janggal. Perlu ke dia lakukan yang sama berserta ucapan?
Serasa janggal pula. Emily hanya berdiri sopan di belakang Freya.
"Both of you are leaving?"
"Yes, Mr. Cosway. Please excuse us." Kelihatan senyum nipis terukir di bibir Freya. Senyum yang seakan bercampur gerun.
Lelaki itu mengangguk.
Mendengar keizinan lelaki itu, sekali lagi kepala Freya menunduk sesaat.
"Thank you, Mr. Cosway."
Troli housekeeping kembali ditolak dan Emily turut mengikut langkah Freya dari belakang.
"What I mean is only you."
Sekali lagi langkah Freya dan Emily terhenti. Dahi mereka berkerut sedikit.
"You can leave. Only you."
Mata Edward memandang Freya.
"But, she..."
"She is a new staff, is not she?"
Mata Edward mengerling ke arah Emily sekilas.
Riak Emily berbaur aneh dengan soalan Edward.
"I have something to say about her work."
Wajah Freya berkalih kepada Emily. Rasa bersalah mahu meninggalkan Emily. Risau Emily bakal dimarahi.
"Your shift has ended I guess..." Edward menilik jam di dinding.
"You may go and leave your new friend here. You can still meet her tomorrow."
Emily pandang Freya dengan senyum nipis.
"Mungkin ada perkara yang hendak ditegur tentang cara kerja saya. It's okay. I will be fine," bisik Emily memberi keyakinan kepada gadis itu.
Bibir dikertap. Wajah Emily dipandang simpati. Freya pandang semula kepada wajah bos besarnya.
"Excuse me, sir."
Edward diam.
Langkah Freya perlahan maju ke dalam lif sehingga beberapa saat lif mula tertutup. Hilang kelibat Freya, Emily toleh kepala ke belakang.
Lelaki itu sudah duduk di atas sofa di ruang bawah Penthouse itu. Mata lelaki itu menikam padanya.
"Come here."
Pandangan Edward menggamit Emily agar mendekatinya.
Kening Emily hampir bertemu namun kaki tetap berjalan ke arah Edward.
Sewaktu berdiri di sisi lelaki itu, tangan Emily ditarik perlahan dan tubuh Emily terus jatuh di peha Edward.
"Edward!" Mata Emily membulat. Terkejut. Tindakan Edward selalu membuatnya rasa tak terjangka.
Lelaki itu tetap dengan riak kakunya. Sebelah tangan sasa Edward sudah melingkar pada pinggang Emily.
"Edward, badan saya kotor sekarang." Tangan Emily cuba menolak tangan Edward di pinggangnya namun Edward seakan sengaja mengeraskan tangannya. Malah tubuh Emily makin ditarik hingga rapat ke dada. Hidung Edward mencari rambut Emily. Dihidu dalam bauan Emily.
"You still smell nice," bisik Edward perlahan dengan suara garau yang melanggar gegendang telinga Emily.
Emily tergeliat kecil bila terasa bibir Edward melepaskan kucupan di belakang telinganya.
Edward ukir senyum sinis. Sebelah tangan meraih tangan kecil Emily.
"I will be flying off to France tonight."
Sebaris ayat dari bibir Edward membuat Emily mengangkat kepalanya. Mata bertemu anak mata hijau emerald lelaki itu.
"Tonight?"
Lelaki itu tidak menjawab. Tangan Emily dalam genggaman dibawa ke bibir dan kucupan dilabuhkan pada kekura tangan Emily.
"I'm not around for a week."
"A week?" Tanpa sedar bibir Emily menjuih.
Kesempatan diambil oleh Edward. Bibir Emily terus ditaut dengan bibirnya.
"Edward, you are not asnwering my question yet." Dada Edward ditolak perlahan.
"Aku akan pulang nanti. You don't have to pull that long face. You can text me whenever you miss me."
Wajah Emily terus berubah. Malu.
Dia berdeham sedikit.
"I'm not going to miss you." Namun kedua tangan sudah bergerak memeluk leher Edward.
Bibir Edward tersungging ke tepi.
"We will see..." Dibiarkan bibir Edward singgah di bibirnya sekali lagi.
"You're freaking ass. Awak baru saja menakutkan staff awak dengan pandangan awak tadi. Kasihan Freya."
Edward tergeleng dengan senyum nipis.
"What are expect me to be? I am the boss. That is how I gain respect from my staff."
Emily diam. Dia bukan bos tetapi tetap dia tidak menyukai pandangan Edward yang mampu menghantar getar kepada pekerjanya.
"How was your first day?"
Kening Emily ternaik dengan soalan Edward.
"It's a tiring day..."
Perlahan-lahan, senyum lebar terukir di bibir Emily.
"But I'm glad that I get a chance to gain new experiences."
"Thank you," ucap Emily, memaksudkan kepada Edward.
Lelaki itu diam. Tangannya mengusap pinggang Emily.
Emily senyum.
"I never knew you got another Penthouse in your hotel. It's huge. Tapi saya dengar awak jarang ke sini. Penat saya kemas tetapi penthouse ini jarang digunakan."
Edward ketawa kecil.
"You can take a nap in my penthouse whenever you want. You can just tell Mrs. Clark."
Mata Emily terbuntang. Segera dia menggeleng.
"No... I can't do that! I'm just a housekeeper. What other staff is gonna to say later if I do that?"
"Just screw them all."
"Edward..." Keluhan kedengaran perlahan.
Kolar baju kemeja Edward dibetulkan sedikit.
"Saya tak mahu dipandang berbeza kerana awak. I want to be treated like other staff."Â
Hujung bibir Edward ternaik. Gadis ini sentiasa ada jawapan untuk membalas kata-katanya.
"Please don't make me feel so special. I'm not worth it."
Emily rapatkan wajahnya kepada Edward. Wajah maskulin Edward yang dekat di wajahnya diusap.
Bibir Edward singgah di bibir Emily buat seketika. Desahan nafas masing-masing mula kedengaran perlahan.
"My ecstasy..."
Share this novel