Series
1138
Dr Dylan menatap wajah gadis yang duduk dihadapannya. Sungguh memukau dirinya. Sungguh cantik. Hatinya terasa berdebar tetapi disegerakan membuang perasaan itu kerana ia tidak profesional. Jejaka itu berdehem perlahan lalu memulakan bicara.
“Irene Daisy?”
“Ya doktor. Saya irene. Erm…”
“Ya? Ada apa-apa yang saya boleh bantu? Saya diberitahu oleh pembantu saya yang puan irene mahukan dr perempuan. Apa sebenarnya yang puan mahukan?”
“Saya dah tak datang haid 3 bulan doktor. Cuma nak pastikan betul ke saya ini hamil.”
Dylan meleretkan senyuman. Ah, dah berkahwin!
“Boleh. Semestinya boleh. Tapi saya nak minta kebenaran puan…”
“Irene. Panggil saya irene sahaja. Saya lebih selesa.”
“Oh… irene. Saya nak minta kebenaran irene untuk pemeriksaan perut, scan dan air kencing. Irene dah check air kencing?”
“Tak. Belum lagi.” Irene sengaja untuk tidak melakukannya. Takut diketahui suaminya. Nanti apa pula yang berlaku.
“Macam nilah. Irene kencing dulu. Kalau confirm double line, saya proceed dengan skan perut. Nak tahu sahaja sihat atau tidak baby ni.”
Irene lantas bangkit selepas pemeriksaan perut. Perutnya tidak sakit apabila dipegang dr. Dylan. Syukur.
Botol air kencing itu dipegangnya erat. Keluhan berat kedengaran berkali-kali. Kakinya tidak berhenti menghentak lantai. Dia takut untuk terima kenyataan.
Hampir gugur jantungnya melihat keputusannya, dia sah hamil. Selepas ini, pemeriksaan ultrasound pula akan menentukan ada janin atau tidak. Kadang kala ia boleh disebabkan ralat mesin dan menyebabkan keputusan positif.
Irene sudah baring di atas katil. Kedengaran masih ada lagi keluhan berat dihembuskan.
“Irene? Awak ok tak ni? Saya daripada tadi dengar awak mengeluh. Nak saya berhenti periksa ke macam mana?”
“Doktor, sekejap ya. Saya cuba nak hadam semua ni. Saya takut nak tenung janin yang ada dalam perut saya ni.”
“Irene. Inilah dinamakan rezeki. Pembawa tuah. Mungkin janin yang bakal kita lihat ini akan mengubah hidup irene. Mana tahu?”
“Hm…Baiklah doktor. Saya dah bersedia.”
“Ok baiklah. Irene, saya akan mulakan pemeriksaan perut menggunakan mesin ultrasound. Oh, tengok. Comel baby ni. Dah ada kepala, perut, kaki. Wah, syukur! Tahniah. Baby ini akan membesar dengan baik dan dijaga kemas oleh ibunya. Lihat ni, Irene. Jantung baby. Berdegup normal. Boleh dengarkan? Indahkan?”
Gadis itu tersenyum riang. Rasa sunyi yang menghantui diri terasa hilang serta-merta. Ibu ada ni, baby. Ibu janji akan jaga baby sampai bila-bila. Air mata yang mengalir ini adalah janji ibu untuk jaga awak ya?
“Tahniah, puan!” Mila berseloroh. Seronok melihat pergerakan janin di dalam perut.
“Ok, irene. Saya nak pesan untuk sentiasa jaga diri dan kesihatan. Jaga pemakanan. Kena mula makan ubat multivitamin yang saya akan bagi. Pastikan folik asid yang diambil cukup 5mg sehari untuk mengelakkan spinal defect. Saya akan periksa bacaan sel darah merah juga. Harap semuanya akan berjalan lancar. Tahniah sekali lagi.”
Usai sesi pemeriksaan, timbul rasa gelisah. Bagaimana dia mahu menjaga bayi ini sedangkan dirinya adalah binatang ganas pada waktu malamnya? Dia berlari, memanjat dan malah melakukan aksi yang membahayakan dirinya. Perlukah aku menyimpan kamu? Ah, tidak! Mustahil! Aku tak akan tergamak membuangmu!
“Irene?”
“Huh? Huh!” Irene tersedar dari lamunan.
“Are you ok? You seem distracted? Suami irene mana? Dia dah tahu belum?”
Irene menggeleng kepala perlahan.
“Awak, ada apa-apa yang irene nak cerita atau kongsi?”
Diam seketika. Dylan membiarkan apabila Irene mula menangis teresak-esak.
“Saya bersyukur. Dah lama saya rasa sunyi doktor. Hati saya sakit. Saya dah lama rasa tertekan tapi suami saya sentiasa sibuk. Dia tak ada di sisi saya sekarang.”
“Please dont cry, irene. Hidup kita ini bukan ditentukan oleh orang lain. Kita yang berhak memilih jalan cerita hidup kita. Mungkin irene perlu beritahu suami dan daripada situ akan ada jalan penyelesaian? Dan tak baik menangis macam ni. Kasihan baby. Dia juga tertekan. Nanti gugur pula.”
“Huh? Gugur?”
“Saya tak mendoakan tetapi inilah hakikatnya jika badan kita terlampau stress. Kita akan kekurangan tenaga untuk menyalurkannya kepada bayi. Seterusnya, memberi beban kepadanya. Tolong jaga diri. Irene, kalau ada apa-apa lagi, awak boleh datang ke klinik dan cari saya. Saya sentiasa ada di sini. Ya?”
Bezanya bagai langit dan bumi. Suaminya tidak pernah mengucapkan kata semangat. Dia juga sudah lupa bagaimana mahu menaikkan semangat diri. Berlainan pula dengan dr dylan. Orangnya berlemah lembut tetapi tegas dalam berkata-kata. Perasaan gusar sedikit demi sedikit hilang. Jadi selepas ini, dia perlu memperjuangkan diri untuk anaknya. Tiada lagi hanya irene. Tetapi ibu dan baby irene. Ibu sudah mula menyayangi kamu, sayang.
****
Irene menunggu di meja makan dalam gelap. Sengaja dia tidak mahu membuka lampu. Dia menunggu suaminya penuh seksa. Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Irene banyak mengeluh di kerusi itu. Fikirannya jauh dilemparkan. Mujurlah malam ini dia tidak bertukar menjadi serigala jadian. Entah apa yang dapat menukarnya. Dia masih belum tahu. Apa yang pasti, jika dia terlalu marah, badannya terus berubah. Refleksinya nampak menakutkan. Dia dapat rasakan ada orang lain yang menginap dalam badannya itu. Bayangan refleksi itu ditenungnya lama. Benci. Dia benci dirinya.
Pintu terkuak. Suaminya masuk separa mabuk. Kolar baju tidak terurus. Jalannya lintang pukang.
“Oi, Irene! Kau buat.. buat apa gelap-gelap ni. Macam hantu!”
Irene bangkit. Dia memapah suaminya ke kerusi makan. Duduknya kasar.
“Kenapa kau pandang aku macam ni… ha! Kau ni aku rasa memang hantu dan pembawa sial. Muka kau yang cantik ni tak pernah berubah! Aku bosan! Bosan dan bosan!”
“Abang, teringin ke abang tengok muka Irene yang hodoh?”
Kai tiba-tiba ketawa tidak semena. “Kau hodoh? Tak payahlah! Muka kau yang macam ni pun aku rasa muak nak tengok! Eh… bagitahu aku la betul-betul. Kau buat apa keluar malam-malam? Ingat aku tak tahu!” Suaminya menendang kerusi meja dihadapannya.
Irene mendengus. “What went wrong? You were so in love with me. Abang always here for me. Sekarang ni kata caci dan maki je untuk irene!”
“Since you are asking. Im just going to say this! Lets get a divorce. Im not for you anymore. Forget us! Forget we! Im sick of you. seeing you all lembik! Always penat! Penat dan penat!”
Ya, memang dia tidak nafikan pada siang hari dia kepenatan. Manakan tidak pada waktu malam dia sibuk melarikan diri masuk ke dalam hutan.
“Im pregnant.” Irene mula meluahkan.
“What? Idiot! Dengan siapa kau buat sex? Cakap dengan aku!” Kai terus bangun daripada kerusi lalu menampar irene.
“Dont you dare to touch me again, Kai! Im pregnant with your child. Stop it. Jangan buat irene marah!” Irene terus membelakangi suaminya. Dia memeluk tubuh. Cuba memendam perasaan marah. Takut pula sifat semula jadinya timbul.
“Oh, no! Not yet! Im not done, Irene. Siapa lelaki tu? Dengan siapa!”
“Dengan abang! Abang lupa? Tiga bulan lepas? Abang balik menangis sebab abang sendiri kata abang rindu irene. Dan kita bersama selepas itu?”
“Yes. Cakap pasal rindu. Aku dah rindukan perempuan lain!”
“ then tinggalkan dia. Untuk anak kita.”
Kai menarik lengan Irene kasar. “Then what? Kau nak aku semula? Aku pun tak pasti anak siapa kau kandungkan! Aku menyesal berkahwin dengan kau, perempuan tak guna!”
“Abang!” Tiba-tiba tangan Irene mengeluarkan kuku yang tajam. Tangannya berbulu. Separuh sifatnya sudah timbul. Tanpa disedari, irene terus mencakar lengan Kai sedikit dalam. Darah menitik mengalir pada luka. Kai menjerit kesakitan. Dia terus rebah dan pengsan di atas lantai sejuk itu. Irene terasa menyesal. Dia takut Kai sedar akan perubahannya sebentar tadi. Irene terus meninggalkan Kai lalu keluar dari rumah.
Share this novel
Adakah cerita ini akan di teruskan ?
Best nya cerita nI ! Tak sabar nak tunggu sambungannya heh