Series
1138
Terlalu lama Kai Hayden memendam rasa. Perasaan terhadap isterinya kian pudar. Daripada wujudnya dua jiwa kini dia membiarkan isterinya Irene bertepuk sebelah tangan mencintainya. Waima Irene dibiarkan sebegitu, dia tidak ada perasaan serba salah. Yang penting misi untuk meninggalkan isterinya adalah muktamad. Dia tidak mampu menipu dirinya lagi dan menyeksa isterinya. Irene, gadis kacukan Belanda itu teramat cantik. Wajahnya jelita. Rambutnya perang. Bibirnya mungil. Tatkala orang ramai memuja kecantikannya, dia tidak mampu menyimpan sebuah rahsia. Iaitu dia adalah seorang gadis jadian yang boleh bertukar menjadi gadis hodoh yang dibenci manusia dan sekalian alam. Tidak pernah dia terfikir bahawa suaminya yang dahulu penyayang kini merupakan musuh pertamanya. Suaminya ingin dia mati. Rahsianya masih terkubur di dasar bumi. Apa yang akan berlaku jika Kai dapat tahu tentang kewujudan dirinya? Pasti tidak akan dibiarkan walau sesaat pun untuk Irene hidup. Dylan, seorang jejaka tiba-tiba muncul dalam hidup Irene. Menyelamatkan nyawanya yang sudah nyawa-nyawa ikan. Lemas. Firasatnya, cantik itu bukanlah segala-galanya. Yang penting perasaan. Wajahnya yang hodoh itulah yang akan dia tatap selama-lamanya. Menyayanginya dan mendakapnya sehingga hilang api marah dan ketakutan dalam diri.
Update 06 December 2024